Cerpen :: Ramadhan terakhir


“Dengan ini saya Penyimpan Mohor Besar Raja-raja menetapkan tarikh berpuasa akan jatuh pada esok bersamaan…..”

“Lia…sok kita posa….!”jeritan Farah memenuhi ruang tamu…

 “Abis tu..tunggu apa lagi….cepat la siap…solat terawih jom..malam ni start…”ajak Dahlia sambil menuju ke tandas untuk mengambil wuduk…

 “Errr….Lia,malam ni ko pergi dulu la..lain kali aku join ye…”tersengih Farah memberi alasan… 

“Ya Allah,semoga Kau bukakan lah pintu hati sahabatku,Nur Farah untuk kembali ke jalan yang diRedhaiMu..”doa Dahlia dalam hatinya…tersenyum memandang Farah yang masih tersengih…

[][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][]

Dua tahun lalu ketika sibuk mencari rumah sewa baru,Dahlia terserempak dengan Farah yang sedang menampal iklan mencari ‘housemate’ di kedai 24jam…lepas berborak-borak dan nampak keserasian antara dia dan Farah,Dahlia setuju untuk menyewa bersama Farah…bermula detik itulah mereka menjadi rapat…selepas beberapa bulan mengenali,barulah dia tahu rumah itu adalah milik Farah…

Oleh sebab penampilan Farah yang biasa-biasa,Dahlia tidak sedar bahawa Farah dari keluarga yang berada…dan kalau tidak disebabkan ada majlis kesyukuran di rumah ibu bapa Farah, mungkin sehingga sekarang dia tidak tahu status Farah sekarang…bukan tidak pernah ibubapa Farah datang menziarahi, malah penampilan ibu bapanya juga tidak seperti kebanyakan orang-orang elit…bersahaja dan juga sangat ramah…

Walaupun Dahlia rapat dan senang berkawan dengan Farah,namun jauh disudut hatinya tidak pernah putus mendoakan sahabatnya yang sering mengabaikan tiang agama..solat…bukan tidak pernah menasihatinya secara terus terang,tapi apabila banyak sangat alasan serta suka tukar tajuk buat Dahlia hanya mampu berdoa agar dilembutkan hati Farah untuk bersolat…




Dan tahun ini adalah tahun kedua mereka akan berpuasa bersama…….sama seperti solat,puasa juga amat liat untuk Farah tunaikan…setahu Dahlia ibubapa Farah bukan jenis yang sering tinggalkan ajaran Islam tapi entah dimana silapnya Farah selalu ambil mudah tentang solat dan puasa…pernah juga dulu ibu Farah minta tolong Dahlia nasihatkan anaknya itu…kata ibu Farah,sudah puas dia mensihati Farah...namun hanya sekejap sahaja berubah....betullah seperti yang pernah dia dengar selama ini,Iman itu tidak boleh diwarisi juga tidak dijual beli…

Dahlia tidak akan pernah berputus asa untuk nasihati Farah…dia berharap suatu hari nanti Farah akan berubah sebelum terlewat…

[][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][] 

Di suatu petang yang damai Farah mengajak Dahlia bersantai di beranda bersama… “Hmmm…macam dah lama kita tak lepak-lepak sama cmni kan…”sapa Farah bila melihat Dahlia membetulkan duduknya…

“ye la…kamu tu yang sibuk sangatkan…hari-hari bekerja sampai tak dunia…”gurau Dahlia… 

“Errr…sejuk plak kan petang ni…macam nak hujan je…”Farah cuba memotong cakap Dahlia,kata-kata Dahlia bakal terkena batang hidungnya….

“hmmm…kamu ni suka sungguh tukar topic ye…”perli Dahlia yang dah faham gelagat Farah…berderai ketawa mereka memecah kedamaian petang itu…

“rasa sekejap je kan..ari ni dah hari 23 kita puasa…minggu depan dah nak raya…”Farah mulakan perbualan setelah terdiam sebentar menyaksikan keindahan petang itu…

“A’a la…rasa cam tak puas je…sedih pulak bila kenang Ramadhan dah nak tinggalkan kita…”mata Dahlia mula berkaca sambil merenung jauh-jauh di dada langit… “entah sempat atau tidak untuk Ramadhan akan datang”sambung Dahlia lagi…

“Isshhh…ko ni Dahlia,jangan cakap camtu la..insyaAllah sempat kita sambut puasa bersama lagi tahun depan…”ujar Farah seakan memujuk…. 

“semalam ada tazkirah kat surau… penyampai tu ustaz yang slalu keluar kat tv...”Dahlia cuba berkongsi apa yang dia dengar semalam…

“mesti porpular kan ustaz tu…”gurau Farah tersenyum sehingga menampakkan lesung pipit di kedua-dua pipinya…

“Tak da la porpular sangat sebab saya tak berapa kenal pun…”berderai ketawa mereka berdua lagi mendengar kata-kata Dahlia… 

“Eh..Lia,ko tu ulat buku,bukan kaki tv cam aku ni..sebab tu ko tak kenal dia…”gurauan Farah membuatkan Dahlia tersenyum megiakan kata-kata Farah… 

“apa tajuk tazkirah semalam…kasi share la sikit kan..”soal Farah…

“Ramadhan terakhir”jawab Dahlia…

Melihat Farah seakan berminat Dahlia meneruskan tazkirah yang dia dengar semalam … 

“kata ustaz, Ramadhan datang hanya setahun sekali sahaja…selepas 11bulan kemudian baru kita akan jumpa kembali bulan yang penuh keberkatan ni…ada yang tak sempat untuk berjumpa dengan Ramadhan…ada yang dijemput pada malam bulan Ramadhan tiba..tidak berkesempatan untuknya menikmati Ramadhan…bagi arwah,Ramadhan lepas adalah Ramadhdan yang terakhir baginya…alhamdulillah,kita masih diberi peluang untuk menikmati ramadhan hingga hari ini,tapi tiada jaminan untuk hari esok…

Ramadhan hanya setahun sekali,masa inilah kita sebagai hambaNya diberi peluang untuk merebut segala nikmat yang ada disepanjang bulan ini…umpamanya seperti hujan emas yang turun dari langit,takkan kita hanya mendongak melihat sahaja..tidak mahukah kita merebut kepingan-kepingan emas tersebut…

Setelah 11bulan itu juga la hati kita dijamu dengan macam-macam…perasaan buruk sangka,busuk hati,pemarah,pendendam dan segala macam penyakit hati…

Namun dalam masa sebulan inilah,kita usaha untuk rawat dan format semula hati kita…membersihkan semula hati kita…mencari bekalan untuk dibawa ke sana nanti…tiap amalan yang kita lakukan ada pahalanya…

Manusia akan berlumba-lumba untuk mencari keredhaannya…Rugilah kita seandainya tidak mengambil peluang yang terbentang luas ini…lebih merugikan seandainya kita membiarkan Ramadhan berlalu tanpa memperoleh apa-apa kenikmatannya…”Dahlia berhenti sekejap cuba mengingati lagi kata-kata ustaz semalam…

Farah terdiam membisu..seakan-akan ada sesuatu yang menusuk dihatinya…dadanya berombak…nafasnya tidak teratur…sukar untuk gambarkan perasaannya tika itu…

Dahlia kembali meneruskan apabila melihat Farah hanya diam mendengar…

“kata ustaz lagi…mati itu pasti…kita tiada jaminan untuk hidup keesokkan hari…seandainya Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang terakhir,bertambah-tambahlah rugi diri kita ini sebab tidak mengambil kesempatan atas nikmat yang melimpah ruah ni…kematian tidak akan lewat atau awal walau sesaatpun..bila tiba masanya…kembali lah kita pada Nya…apakah kita ni semua berpeluang bertemu lagi Ramadhan yang akan datang atau ini adalah Ramadhan  kita yang terakhir…”

Hampir menitis air mata Farah mendengar kata-kata terakhir Dahlia…

“Ya Allah,apakah aku akan bersama dengan golongan yang rugi itu…masih sempatkah aku merebut nikmatMu Ya Allah…”doa Farah dilubuk hatinya…


Dahlia tersenyum melihat Farah menunggunya siap bertelekung sembahyang di ruang tamu… “Alhamdulillah…”itu sahaja yang terlafaz dibibir Dahlia…

“Ya Allah,janganlah  Kau palingkan hati kami setelah Kau berikan kami hidayahMu..Ya Allah…”doa Dahlia di hatinya berharap perubahan Farah bukan hanya sementara…

 [][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][] 

“Lia,aku dah start cuti sok…jadi lepas subuh..pagi-pagi tu aku bertolak la balik kampong…”jelas riak gembira diwajah Farah…tidak sabar untuk pulang berhari raya… 

“ye ke..awalnya…saya masih kerja la esok…may be malam raya saya baru balik…lagipun kampung saya dekat je…entah-entah saya yang sampai dulu…”balas Dahlia sambil bergurau…

“amboi…ko ingat aku balik naik bot ke sampai berhari baru nak sampai…”berderai gelak tawa disuatu malam selepas pulang dari solat terawih…

Malam tu mereka leka berbual diberanda sambil menghabiskan sisa kuih yang dibeli untuk berbuka tadi… walaupun mereka tinggal serumah dan selalu bersama tapi itulah kali pertama mereka berbual rancak sebegitu…macam-macam cerita diungkit…kenangan zaman kanak-kanak...sesekali terdengar gelak tawa mereka memecah keheningan malam…

[][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][] 

Selepas berbuka puasa,Dahlia bersiap-siap mahu pulang… pada mulanya dia ingin pulang sebelum berbuka,oleh sebab mahu bercuti panjang Dahlia cuba siapkan kerja-kerjanya…selepas membaca doa menaiki kenderaan dan mengucap,Dahlia menunggang motosikal dengan berhati-hati..nasihat emaknya masih terngiang-ngiang di telinganya…biar lambat asalkan selamat…

Entah kenapa sepanjang perjalanan hatinya dirundung resah…puas difikirkan risau dia ada tertinggal sesuatu dirumah sewanya itu…namun tiada…Dahlia cuba menenangkan hatinya dengan berzikir…

Ingatannya tiba-tiba teringat Farah yang telah selamat sampai dikampung halaman,telah menghubunginya petang tadi… “InsyaAllah raya ketiga nanti aku beraya rumah ko ye,jangan lupa buat kenduri besar sambut aku tau…”Tersenyum Dahlia mengingati perbualan antara dia dan Farah...


Sampai di satu simpang masuk ke lorong kampungnya,belum sempat Dahlia menekan brek,tiba-tiba seperti ada sesuatu yang kuat menghentam belakang motornya…Tika itu terasa jasadnya melayang ke udara dan hanya kalimah Allah sahaja yang terpacul dibibirnya… Ya Allah~~~

[][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][] 


Keriangan Aidilfitri kali ini tidak semeriah dulu,sesekali terdengar tangisan tertahan-tahan…Farah pengsan apabila mendapat panggilan sesudah tunaikan solat sunat Hari Raya…dia telah kehilangan seorang sahabat baik…seorang sahabat yang tidak pernah bosan untuk menasihatinya ke arah kebaikan…

Farah agak kecewa tidak dapat bersama pada saat-saat akhir sahabatnya… pada hari raya ketiga barulah dia berkesempatan menziarahi sahabat baiknya…kakinya longlai untuk memandu jauh…tiada semangat…air mata pula tidak henti-henti mengalir…mujurlah bapanya menawarkan diri untuk memandu…


Longlai kakinya melangkah menuju ke pusara sahabatnya itu…terjelepok Farah apabila membaca nama yang terpahat pada nesan dihadapannya… Nur Dahlia Nordin…selesai membaca Yassin dan bersedekah Al-Fatihah…Farah meninggalkan pusara dengan hatinya masih berbekam kesedihan…tidak mampu Farah lama di pusara sahabatnya itu...Air matanya ditahan-tahan agar tidak menitis...dikuatkan semangat sehingga selesai membaca surah Yassin...

Kelihatan ibu sahabatnya berada disebelah Farah juga sedang tekun membaca Yassin...tabah...tiada tangisan lagi...namun kedua belah matanya masih bengkak...mungkin menangis semalaman semalam...ibu mana yang tidak sedih bila anak yang pergi menyahut seruan Ilahi terlebih dahulu...walaupun sedih semuanya redha dengan pemergian mengejut Dahlia....

Menurut saksi kejadian,sebuah MPV dipandu laju tidak sempat menekan brek apabila lampu isyarat bertukar merah...selepas merempuh motosikal yang dinaiki Dahlia,MPV itu berpusing beberapa kali sebelum terhumban ke dalam longkang besar seberang jalan...pemandu dan penumpang MPV masih koma dan dirawat dihospital...apa yang Farah dapat tahu lagi,pemandu tersebut memandu dibawah pengaruh alkohol...itu lah yang buat dia benar-benar terkilan dengan kejadian tersebut...


 [][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][] 


Selepas seminggu barulah Farah dapat mengemas barang-barang milik Dahlia,air matanya pasti mengalir apabila terlihat barang-barang tersebut...sedang Farah mengemas fikirannya menerawang mengingati pada malam mereka berbual rancak…itulah kali pertama dan terakhir mereka berbual begitu…mesra…bergelak tawa bersama…

Dan dia akan ingat sampai bila-bila nasihat terakhir Dahlia pada petang itu…petang yang damai itu dan nasihat ikhlas dari seorang sahabat,dengan izin Allah,telah terbuka hatinya untuk membuat perubahan kearah kebaikan…

“Ya Allah,ku pohon agar Kau panjangkan usiaku sehingga melewati Ramadhan akan datang…sesungguhnya aku adalah dikalangan orang-orang yang rugi kerana  telah mensia-siakan Ramadhan yang lalu…”doa Farah penuh keinsafan dan pengharapan agar diberi peluang untuk merebut nikmat Ramadhan akan datang…



“Ya Allah..ya Tuhanku…seandainya Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang terakhir bagiku dan sahabatku,ku pohon agar Kau tetapkanlah hati kami dan iman kami agar dapat kami meraih segala nikmat yang Kau berikan sepanjang bulan Ramadhan ini….moga dapat kami jadikan bekalan untuk bertemuMu..Ya Allah…”berderai air mata farah membaca bait-bait yang tertulis di muka surat terakhir diari milik arwah Dahlia…