Bab 14 :: Cintailah Ia Dalam Diam

“Aku tak boleh tahan tengok perempuan tu bergedik semacam sebelah Amir”rungut Puteri sambil diperhatikan oleh sepupu rapatnya,Diana.

“Tadi kau cakap siapa nama perempuan gedik tu...Lisa ke”soal Diana seperti pernah dengar nama Lisa sebelum ini
.
“Apa yang aku dengar la..kalau tak silap aku nama perempuan tu Lisa”

“Lisa..Lisa...macam aku pernah dengar...”Diana masih tidak dapat mengingati tapi seakan-akan kenal pemilik nama tersebut.

“Ishk..kalau aku dapat perempuan tu siap aku kerjakan”Puteri mengepal-ngepal penumpuk geram.

“Hei..Puteri..setahu aku kan,bukan ke kau yang minta putus dengan Amir tu,apasal kau nak mengamuk pula.biarla dia couple dengan siapa pun,kenapa kau nak kisah pula”hairan Diana

“eh..haloo..cik Diana,memang aku yang minta putus dengan Amir.Tapi bila bersama Carl aku masih teringat Amir.Aku ingat dia nak datang pujuk aku minta jangan putus.hmmm..haremm..tak ada pun..tup..tup aku dengar dia date dengan client dia.”

“Kau kan dah ada Carl kenapa pula nak ambil kisah pasal budak kampung tu”

“Itu la masalah nya,sejak balik dari oversea aku tengok carl macam dah berubah,macaam ada sesuatu yang dia sembunyikan dari aku”jelas Puteri meneguk jus oren yang dipesan tadi.

“Tu la kau,dulu kau buang Amir sekarang kau nak pungut balik ke?”tajam soalan Diana

“Kau cakap kalau tak sindir aku tak boleh ke?”

“Nape terasa ke? Dah la aku malas nak layan soal-soal hati ni”jawab Diana malas.

Tiba-tiba sahaja Puteri tersedak dan matanya asyik memandang pada sepasang pasangan berjalan dihadapan mereka.

“OMG..baru je sebut dah muncul”perasaan Puteri tidak keruan.

“Tu ke Lisa yang kau dok sebut-sebut dari tadi..”tanya Diana sambil memanjangkan lehernya memerhati pasangan yang baru sahaja melalui mereka.

Amir dan Lisa tidak sedar ada mata-mata tajam memandang mereka dari dalam restaurent apabila mereka melaluinya.

“Hah..tu la Lisa yang aku dok sebut-sebut dari tadi..kau tengok tu,mesra nya.Arghh..gedik nya sakit mata aku tengok”Puteri geram

“Hah...”tiba-tiba pula Diana menjerit kecil

“La..kenapa pula dengan kamu ni Diana..menjerit macam nampak hantu”Puteri kehairanan.

“Wei..kalau kau nak tau,hubungan aku dengan Rizal putus sebab perempuan tu la,berlagak baik konon..Huh..”marah Diana apabila kenangan pahit itu menerpa kembali apabila terlihat Lisa.

“Owh..dia ke perempuan yang pernah kau cerita dulu..huh..nampaknya perempuan yang sama dalam kes ni..so apa plan kau sekarang,nak biarkan ke macam tu je”

“Gila la aku kalau nak biar macam tu je,kau tau berapa lama aku simpan dendam takkan aku nak biar macam tu je.”dendam Diana terhadap Lisa tidak pernah padam.

“kalau macam tu,apa plan kau..perempuan macam tu tak boleh dibiarkan..kena ajar cukup-cukup biar dia rasa” hasut Puteri

“Biar aku plan dulu,sampai masa aku tau apa yang aku nak buat.Dia takkan hidup senang lepas ni”sumpah Diana sambil mengajak Puteri meninggalkan restaurent tersebut.

Di masa yang sama tapi di restaurent yang berlainan,kelihatan Amir rancak bebual mesra dengan Lisa.Hubungan mereka bertambah rapat selepas pulang dari majlis pertunangan Iskandar dan Hani. Perbualan mereka tidak lagi kekok seperti sebelum ni.Berbual mesra dan bergurau senda.

“Amboi mesra tak ingat...terconggok kami kami sini pun tak sedar”Suara Iskandar seakan mengganggu perbualan antara Amir dan Lisa.

“Oppss...sorry..tak perasan..dah lama ke sampai..duduk la,nape berdiri”Amir jemput Iskandar dan Hani duduk menutup perasan malu.Iskandar ketawa kecil melihat kelam-kabut Amir.

Hani duduk berhadapan Lisa sambil menjungkit keningnya seakan berkata pada Lisa “mesra nampak”.

“Mana ada,biasa-biasa je la”balas Lisa dengan mimik muka sambil tersenyum.

“huh.. dasyat la diorang ni bersembang guna mata je”perli Iskandar apabila melihat Hani dan Lisa diam tapi wajah mereka seperti berbual.

Lisa dan Hani sekadar tersenyum mendengar kata-kata Iskandar.

“kau jangan tak tahu mereka berdua ni memang arif bab-bab bahasa isyarat ni”Amir mencelah dengan kenangan lalu.

“Biar betul,setahu aku sekolah tu tak ada pelajaran bahasa isyarat”balas iskandar terkejut.

“Is,bukan bahasa isyarat tu la,ini yang lain.”

“Macam mana tu”soal Iskandar

“Entah la,tapi ini diorang-diorang je yang tau..pelik..macam makhluk asing je aku tengok tiap kali diorang ni komunikasi.Pernah ada sekali tu,Lisa kat bawah Hani kat tingkat tiga.lepas tu angkat-angkat tangan buat isyarat,kemudian Hani bagitau kelas cikgu suruh pergi Library..pelik kan..”Amir mengimbau kenangan lalu.

“hahaha...”ketawa Iskandar apabila mendengar cerita dari Amir.

Lisa dan Hani hanya mampu tersenyum.Hari itu mereka berempat seperti biasa,berjumpa,menjamu selera dan berbual tapi kali agak istimewa sebab menyambut ulangtahun kelahiran Hani.Walaupun sambutan kecil-kecilan dan disambut hanya mereka berempat tapi sungguh menyeronokkan,tambah-tambah Hani kerana itulah kali pertama dia menyambut dengan insan yang dicintainya.

***

Suatu petang yang mendamaikan diberanda tempat biasa, Lisa melayan perasaannya.Tiap kali Lisa teringat mengenai Amir Hamzah hatinya kini terasa seakan ada bahagia.Dia selesa bersama Amir.Tapi Lisa hairan degup jantungnya seperti kuat bekerja bila dia bersama Amir.

“sakit jantung kah aku ni..hmmm”tanya Lisa sendirian “atau dalam hati ada taman..”sambung Lisa sambil tersenyum..

Hani membawa dua mug berisi nescafe ke balkoni menemani Lisa.Seingat Hani,sejak dia mengikat pertunangan dia jarang nak berbual-bual dengan Lisa seperti dulu.Tambahan pula Lisa juga sibuk dengan projek barunya.Sesekali terdengar gelak ketawa dari mereka berdua.

Deringan pendek dari handphone Lisa menandakan ada mesej masuk.Selesai membaca mesej tersebut tiada lagi senyuman dibibir Lisa.Tiba-tiba tangannya mengigil.Sudah tiga kali Lisa menerima mesej begitu.

Hatinya resah.Siapa yang hantar.pernah Lisa cuba menghubungi pemilik nombor tersebut tapi tidak diangkat.Hatinya makin keliru.

“Cik Lisa”sapaan Hani tiba-tiba menyebabkan handphone terlepas dari tangan Lisa.Apabila melihat Lisa masih terkaku Hani mengutip handphone Lisa dilantai.Pelik dengan keadaan Lisa,Hani mencuri baca apa yang terdapat di paparan skrin mesej.

"Ya Allah"terbit suara dari bibir Hani.

Bab 13 :: Cintailah Ia Dalam Diam

“Tahniah Hani...aku doakan kau bahagia”ucap Lisa dengan perasaan berbaur..sedih dan gembira..

“Ehh..aku baru bertunang kot..jangan la sedih-sedih pula..”balas Hani apabila melihat perubahan pada wajah Lisa..

“mana ada..aku happy la..”

“Errr...Hani..Taniah..aku doakan kau bahagia”entah dari mana tiba-tiba muncul Amir Hamzah diantara mereka.

“Uikk...tetiba je menyelit...”terkejut Hani dan Lisa dengan kehadiran amir tiba-tiba itu.

“Tapi ucapan kau sama je dengan Lisa...err..korang pakat ke..?sambung Hani lagi mengusik..

Amir hanya memandang Lisa dan tersenyum..senyuman yang tersirat seribu makna..
“Ehem...korang ni nak jeling-jeling manja sambil bila ye..aku rasa cam dah bertukar jadi tiang lampu la pula kat sini”sakat Hani lagi...

Dari kejauhan Iskandar hanya memerhati sahaja gelagat tunang dan sahabatnya itu..tiba-tiba Isakandar tersengih dan berlalu menghampiri mereka bertiga..

“Sorry guys..nak pinjam tunang aku kejap ye”Iskandar terus menarik lengan Hani mengajak meninggalkan Lisa dan Amir Hamzah.

Belum sempat Amir mencelah,Iskandar dan Hani dah hilang disebalik tetamu yang hadir..kini hanya tinggal dia dan Lisa sahaja disitu..

Keriuhan dimajlis pertunangan tersebut tiba-tiba bagaikan sepi apabila Lisa bertentangan mata dengan mata Amir.. Masing-masing bagai terpukau,diam seribu bahasa.

“hmmm...dah bagi peluang pun tak menjadi ke..”rungut Iskandar yang memerhati dari jauh..kini baru la Hani faham mengapa dia ditarik meninggalkan sahabatnya begitu sahaja.

“Awak ni,tak agak-agak la..diorang tu kan dua-dua pemalu..takkan menjadinya kalau awak buat drastik camtu”balas Hani mengerti niat Iskandar yang kini sudah pun sah bergelar tunangnya..

“Aikk..dulu kan awak cakap,Amir ni ligat kalau bab menyakat Lisa..”soal Iskandar sambil matanya tidak terlepas lagi dari memandang Amir dan Lisa.

“Ye la..memang dulu Amir suka sakat Lisa sampai nangis-nangis..tapi tu dulu..zaman kanak-kanak..zaman yang tak tau malu..memang la seronok sakat-sakat orang”

“Alaa..tapi masih Amir Hamzah yang sama kan...tak pa,kita tengok la apa nak jadi..jangan masing-masing jadi bisu dah la..”

Amir masih kebuntuan ayat nak diucapkan...bukan dia tak pernah berbual dengan Lisa sebelum ni tapi bila di fikirkan balik dia dan Lisa bertemu hanya urusan kerja sahaja..maka berbual pun berkaitan kerja.

“Aisshh...jaga kau Is,saja je kan nak kenakan aku..apa aku nak cakap ekk.. nak cakap pasal kerja,time-time happy nak ungkit pasal kerja..memang potong la..takkan nak cakap pasal cuaca pula..pelik kot tiba-tiba nak cakap pasal cuaca..aku bukannya pengkaji cuaca..”bicara Amir dalam hatinya

“Awak fikir pasal apa sampai berkerut dahi...masalah negara ke”akhirnya Lisa memecah dinding kesepian antara mereka..

“Hah..awak cakap dengan saya ke..awak cakap apa ekk?”Soal Amir yang baru tersedar dari lamunan

“Ehh..taklah..saya cakap dengan bunga manggar ni..cantik pula dia hari ni ye..colourful”balas Lisa tersenyum..

“Arghh..manisnya..senyuman ni la yang buat aku tak senang duduk sejak zaman sekolah dulu”monolog Amir lagi.

“Hmmm..tengok..dah sampai bulan ke Encik Amir”perli Lisa apabila sedar dia cakap seorang diri.

“Hah..baru nak sampai tadi patah balik ke bumi”balas Amir tersengih

“Ehh..kenapa pula”

“Sebab kat bulan tak ada alien comel macam cik Lisa”nakal menyakat Lisa..

Lisa tunduk malu.

“Hmmm..Amir Hamzah..welcome back”balas Lisa tiba-tiba..

“Hah..”Amir kehairanan..

“bukan ke awak dah selamat balik ke bumi..so welcome back”giliran Lisa pula menyakat..

“Owh”masing-masing ketawa walaupun dalam hati mereka berdebar-debar hanya Tuhan saja yang tahu..

“Yes..menjadi....”Iskandar bersorak keriangan dengan rancangannya...

“Memang la menjadi,tapi tadikan Lisa yang mulakan dulu..bukan yang macam awak plan pun..”

“Alaaa..tak kisah la sapa yang start dulu,yang penting dua-dua dah boleh bergurau bukan lagi bincang pasal kerja..tak begitu cik Hani sayang..”tersenyum bahagia Hani bila terdengar perkataan “sayang” dari tunangnya...

Dari kejauhan ada mata yang merenung tajam memerhati kemesraan dan gurau senda Amir Hamzah dan Lisa Arrayyanti...

“Huh..aku akan dapatkan kau kembali, Amir”

kelibat seorang wanita yang seksi diantara tetamu yang hadir berlalu meninggalkan majlis yang tak mengundangnya. api dendam semakin membara.

“hai,Amir..kamu agak-agak bila pula..?”tiba-tiba suara sumbang menggangu perbualan Lisa dan Amir..

“Eh..pakcik..makcik”tegur Amir menyalami tangan milik ayah Hani dan dturuti Lisa menyalami ibu Hani.

“Entah la pakcik,calon pun tak ada macam mana nak kahwin”gurau Amir tersenyum menjeling Lisa.

“Kamu ni memilih sangat kot..ada depan mata tak nampak atau kamu sedang tunggu seseorang”teka pakcik Hashim,ayah Hani.

“Alaa..jodoh rezeki ajal maut di tangan Tuhan, InsyaAllah sampai masanya pakcik dan makcik boleh la merasa nasi minyak saya pula”balas Amir

“Ye la Amir,jodoh tu sememangnya ditetapkan sejak kita dalam kandungan lagi,tapi kita di suruh berusaha bukan menunggu sahaja”kali ini makcik Seha pula mencelah.

Amir sekadar tersenyum mengiakan sahaja.

“Kalau tak silap makcik kamu ni Lisa kan,anak Haikal cucu Tok Mat,betul tak?”tegur Makcik Seha

“Err..ye makcik..Saya Lisa yang selalu datang main dengan Hani masa kecil-kecil dulu.”perkenal Lisa

“Hmmm...lepas ayah kamu pindah pakcik jarang-jarang nak jumpa dia.Balik sekali-sekala je.Macam mana dia sekarang?”Pakcik Hashim pula menyampuk

“Ayah Alhamdulillah.dia sihat.Tapi rasanya baru minggu lepas ayah balik jenguk atok.Pakcik tak jumpa ayah ke?”

“Hmm...Lisa jangan kamu layan pakcik kamu ni.dia yang sibuk memanjang.ada saja kursus tiap bulan.Makcik sempat je jumpa mak kamu.”Makcik Seha pulang buah keras.

“Ye la..saya je yang sibuk.hmm..jom la kita ke sana pula.nampak macam Abang Suffian”ajak Pakcik Hashim sambil bergerak meninggalkan Amir dan Lisa.

“Amir,jodoh takkan datang bergolek.Jangan biar lama-lama nanti di kebas orang”sempat lagi Pakcik Hashim berbisik pada Amir.

“Apa yang pakcik bisik kat awak tadi?”soal Lisa apabila Pakcik Hashim dan Makcik Leha jauh meninggalkan mereka.

“Hah..errr...rahsia orang lelaki”sengih Amir

“Banyak la rahsia lelaki”Lisa mencebik mendengar jawapan dari Amir.Lisa berlalu meninggalkan Amir setelah memberitahu dia ingin kedalam mencari Hani.

Suka Amir melihat mimik muka Lisa.Comel.

Bab 12 :: Cintailah Ia Dalam Diam

Keakraban antara Lisa dan Amir terjalin hanya atas nama kerja sahaja. Bagi Lisa dan Amir mereka perlu bersikap profesional untuk menghasilkan kerja yang terbaik.Mereka berdua lebih pentingkan hal kerja dari segalanya.Hal ini telah merunsingkan Hani dan Iskandar.Pada pandangan mereka berdua,baik Lisa mahupun Amir,seperti menyimpan perasaan tapi pendamkan sahaja.Seperti ada sesuatu yang menjarakkan hubungan itu.

“Lisa, minggu depan kita balik kampung jom” suara milik Hani mematikan lamunan Lisa.

“Astagfirullahal’azim...cik Hani ooiii....boleh tak lain kali bagi mukadimah dulu sebelum main terjah je”leter Lisa apabila terperanjat dengan kehadiran Hani.

“Huh..ye la..saja je nak sergah kau...ingatkan tak sedar...jauh sangat aku tengok kau terbang”perli Hani sambil mengambil tempat di sebelah Lisa.

Tempat kegemaran mereka berdua melepak,beranda yang mengadap kehijauan bukit.Penuh ketenangan.

“Nasib baik aku tak ada penyakit tiga serangkai tu,kalau tidak tak pasal-pasal kau nanti merengkok dalam penjara,bunuh tanpa niat..haha”gurau Lisa menutup malunya termenung sehingga tidak sedar kehadiran Hani di sebelahnya tadi.

“Kau cakap apa tadi..?aku kurang jelas la”soal Lisa kembali bila teringat hal sebentar tadi.

“Hmmm...tahu la petang ni tenang..angin sepoi-sepoi bahasa...burung berkicauan...sesuai sangat la nak berjiwang kan...sampaikan aku bertenggek sebelah kau macam dah tumbuh akar kau tak sedar kan...”perli Hani mengusik...

“Ehh..aku bukannya macam kau yang suka jiwang-jiwang karat ni...aku layan pop rock je”balas Lisa tersengih

“Eh..eh..Sama la taste kau dengan Amir tu...setahu aku dia pun layan pop rock.Tapi dengar-dengar cerita sekarang ni dia layan pop leleh pulak...hmmm...pelik..”makin kuat Hani usik Lisa..merona wajah Lisa mendengar usikkan Hani.

“Err...aku dengar kau nak balik kampung..bila ek..?tanya Lisa cuba mengubah perbualan petang itu..

“Aik..ubah channel nampak”balas Hani senyum penuh makna
“Mana ada,aku risau je nanti kau hanyut jauh sangat..dah jauh sangat melalut”sangkal Lisa

“Hmmm...aku nak balik minggu depan.Jom kita balik sekali”ajak Hani.
“Minggu depan..?aku rasa tak dapat la.Ada presentation hari Rabu,nak kena prepared la mana patut”

“Alaaa...minta postpone tak boleh ke?kalau boleh nak minta kau apply cuti hari Khamis dengan Jumaat tu”pinta Hani mengharap.

“Uiks..mana boleh suka-suka nak postpone.Ni projek baru aku nak kena presentation kat syarikat buah hati kau tu.Tapi kan,perlu kah aku apply cuti..hmmm...dua hari tu..ada apa-apa kah?”

“Rahsia”jawab Hani sambil menguntum senyuman makna.

“Kalau dah rahsia,kau balik la sorang-sorang”dengan nada merajuk Lisa menjawab.

“Alaa..kau apply la cuti dulu nanti aku cerita la”Hani memujuk.

“Hmm..tengok la macam mana..”balas Lisa bersahaja sambil berlalu meninggalkan Hani keseorangan di beranda...

“Aku nak bertunang”balas Hani perlahan namun mampu didengari Lisa.

“What..?!”jerit Lisa..

“Tak pa la kalau kau taknak balik.aku balik sorang je la”rajuk Hani

“Hani...benda macam ni kau sorok dari aku...sampai hati...”

“Aku minta maaf..aku tak terniat nak sorokkan dari kau..sebenarnya aku malu nak bagitau kau hal ni”

“Hani..benda baik macam ni apa yang nak dimalukan...sampai hati kau tak bagitau aku perkara ni”giliran Lisa pula merajuk.

“Aku bukan tak nak bagitau kau..tapi aku pun tak jangka perkara ni cepat macam ni...lagipun aku malu la nak bagitau awal-awal,buatnya tak jadi,malu aku nanti..belum apa-apa dah riuh..kan”balas Hani...

“Owh...so who’s the lucky one?”

“I think you know who..”sengih Hani

“Is that Iskandar or another guy?”

“Ada kau nampak aku berkawan dengan lelaki lain ke..?”jawab Hani malu..

“Mana nak tau kan..kalau hal besar macam ni pun kau boleh rahsia dari aku ini kan pula dengan siapa kau berkawan kan...”

“Lisa,kalau kau masih terasa dengan aku,betul-betul aku nak minta maaf.aku sememangnya tak terniat langsung nak rahsia dari kau.Bulan lepas,aku pun terkejut bila Is lamar aku.”terang Hani

“What..?bulan lepas dia lamar kau...tapi kenapa baru sekarang kau bagitau aku...apa aku tak layak ke nak kongsi kegembiraan sahabat aku..”Lisa memotong dengan suara yang masih ada nada rajuk.

“Lisa,please...dengar aku nak cerita dulu...”

“ok..sorry”

“Memang la bulan lepas Is lamar aku..tapi aku minta masa..aku ingat nak tanya pendapat kau..tapi aku tengok kau dah macam mayat hidup..hampir 24jam sehari 7hari seminggu kau bekerja siapkan proposal...aku minta petunjuk dari Dia...selepas Is lamar aku buat istiqarah setiap malam..aku betul-betul buntu masa tu...aku perlukan kau masa tu tapi aku tak sanggup nak kacau kau...sedangkan makan minum dan tidur pun kau tak kisah ini kan pula hal aku.aku tak nak susahkan kau.Aku tanya pendapat mak ayah aku,diorang tak halang malah merestui pilihan aku.So hari terakhir sebelum aku beri keputusan,aku buat istiqarah sekali lagi,masa tu aku dapat keyakinan yang pilihan aku buat adalah betul.tapi aku masih ada risau mana nak tau tiba-tiba Is pula buat hal.sebab tu aku rahsiakan dari kau.Lisa aku betul-betul minta maaf”panjang lebar Hani menerangkan kepada Lisa.

Lisa tidak dapat menafikan kata-kata Hani,bulan lepas memang dia sangat sibuk.Dan dia juga merasakan juga seperti mayat hidup tungkus lumus siapkan proposal.Dia juga ada terperasan sikap Hani ketika itu,tapi dia tidak mampu untuk bertanya.Fikirnya mahu bertanya selepas siap kerja tapi dia terlupa.

“Lisa...”

“Owh...Hani...aku yang patut minta maaf dengan kau.aku perasan sikap kau pelik masa tu tapi aku abaikan sebab terkejar-kejar hal kerja.aku minta maaf sebab salah faham”

“Lisa,kau tak salah..”balas Hani sambil memeluk Lisa..

Sepi....

“Eh..sentimental la pula...Hani..apa-apa pun aku nak ucap tahniah...”Lisa mematikan suasana sepi.

“Terima kasih...sebab tu aku harap kau dapat teman aku nanti...minta la cuti ek..pasal presentation tu aku rasa mesti postpone nye.”berseri-seri wajah Hani.

“InsyaAllah aku try apply cuti...lagipun aku kerja macam orang gila bulan lepas.nak gak bercuti..kan.”

“Lisa..aku ada satu lagi rahsia..kau nak tau tak..?tanya Hani malu-malu

“Aik..ada lagi rahsia..hmmm..banyak sungguh rahsia kau Hani..kalau kau sudi kongsikan aku sejuta kali sudi dengar”balas Lisa tersenyum.

“sebenarnya...errrr...sebenarnya....”tergagap-gagap Hani mulakan cerita

“haiii...sejak bila kau gagap ni Hani..takkan penangan nak bertunang kau terus gagap”perli Lisa tersenyum lagi...manis...

“aku ...aku...Is..sebenarnya...errr...malu la aku nak cakap...hmmm...tak payah la..ek”

“Ya Allah...Hani..Hani..benda apa yang kau nak cakap sampai tergagap-gagap macam ni...”

“hah..kau dengan Is ada buat benda tak elok ke..?”teka Lisa

“Weh..agak-agak la nak serkap..serkap kau tu jarang..selalu tak mengena”balas Hani geram

“habis dah kau tak nak cakap..aku serkap je la..mana tau..kot-kot bertuah kali ni”gurau Lisa

“banyak la kau bertuah..tu malang tau kalau serkap kau mengena...kalau aku cakap kau jangan gelakkan aku ye...”

“errr..tengok keadaan la..kalau kelakar ku gelak la..tapi kalau tak aku pura-pura gelak boleh?”ligat Lisa bergurau.suka Lisa bila tengok wajah Hani mengelabah.

“Kau ni Lisa..aku serius ni”

“Ye la..ye la...cepat pecahkan rahsia tadi”

“sebenarnya dulu aku pernah sukakan Is.Tapi dalam diam je la.Masa tu aku tengok dia macam tak berminat dengan perempuan je,asyik berkepit dengan Amir.Walaupun dok berkepit dengan Amir,Is masih ramai peminat,tapi semua ditolak mentah-mentah.So aku pun minat dalam diam je la”terbongkar jua rahsia Hani yang dipendamkan selama ini.

“Owh..ye ke..patut la masa mula-mula jumpa Iskandar kau macam excited semacam je..pelik aku tengok masa tu tapi tak terasa pula nak tegur..”

“Owh..nampak sangat ke?”tanya Hani malu-malu

“Too obvious....Cer citer lagi perkembangan perasaan hati kau tu”

“Errrr...to be continued...aku belum solat Asar lagi...haha”kata Hani sambil berlalu meninggalkan Lisa keseorangan..

“sok jangan lupa apply cuti ye...i wish you will be with me”sambung Hani lagi...

Lisa keseorangan di beranda menyambung kembali lamunannya...termenung memikirkan masa depannya.apakah masih ada bahagia dalam hidupnya...

Teringat kata-kata Hani semalam ketika perjalanan pulang dari kerja...

“Lisa,aku bukan nak campurtangan hal perasaan kau atau urusan peribadi kau,tapi aku sebagai kawan merangkap sahabat baik,aku nak cakap sikit boleh”

“Apa nya..bunyi macam serius je..aku ada buat salah ke?”soal Lisa..risau

“Kau tak ada buat salah..Cuma aku nak tanya kau la..apa perasaan kau sekarang”

“Perasaan aku...?maksud kau..?”

“Err..maksud aku..apa perasaan kau sekarang lepas kau jumpa kembali dengan Harris..apa kau masih beri dia peluang atau kau dah tengah kemaskan perasaan kau?”

Sepi..tiada jawapan dari Lisa...

“Aku minta maaf la kalau kau rasa aku masuk campur hal peribadi kau...tapi kau pernah dengar tak cerita seorang perempuan dengan bas..”soal Hani berharap Lisa berminat untuk mendengar..

“Err..tak pernah,tapi apa kena mengena cerita perempuan tu dengan benda yang kau nak cakap..”tanya Lisa kembali...

Hani tersenyum bila pancingannya berjaya...

“saja je nak cerita-cerita petang yang indah sambil terperangkap dalam lautan kereta..arghh..aku benci betul la time cam ni”balas Hani

“Banyak la kau punya petang yang indah..lautan kereta bagai...aku rasa tak da sorang pun yang suka cam ni..”Lisa juga bosan dengan suasana kota setiap hari..

“hah..cepat la cerita sebelum kebosanan aku di tahap maksima..”sambung Lisa

“macam ni...ada seorang perempuan tu..Cik A..suatu hari dia naik bas no 1..bas tu yang sangat selesa..Cik A senang hati dalam perjalanan.Tiba-tiba bas no 1 yang selesa tu rosak ditengah jalan,Cik A tadi terpaksa turun kemudian bas no 1 pergi tinggalkan Cik A keseorangan...

Dalam masa tengah tunggu datang bas no 2,bas tu sangat selesa,bersih sama je kalau nak dibandingkan dengan bas no 1..tapi Cik A biarkan bas no 2 tu berlalu dengan harapan bas no 1 tu kembali.tidak lama kemudian datang pula bas no 3.bas no 3 tu pandangan dari luar nampak cantik,ada air-con tapi seatnya banyak yang rosak..Sekali lagi Cik A biarkan bas no 3 tu pergi juga.dalam hati dia rasa menyesal sebab abaikan bas no 2 tadi.tapi dalam masa dok tunggu Cik A masih mengharapkan bas no 1 tadi datang”Hani berhenti sebentar memalingkan wajahnya memandang Lisa..

Sepi...

Melihat tiada reaksi dari Lisa,Hani memyambung kembali ceritanya itu..

“Tiba-tiba datang bas no 4,tapi bas ni lagi teruk dari bas no 3 tadi.dah la kotor,tak da air-cond dan seat pun banyak yang rosak.Cik A biarkan bas tu berlalu lagi dengan harapan lepas ni ada bas yang lebih baik dari ini...

Hari pun dah semakin petang..tapi Cik A masih belum naik bas untuk teruskan perjalanan lagi...dalam hatinya dia benar-benar menyesal sebab abaikan bas 2 dan 3 tadi.kali ini Cik A benar-benar tekad walaupun teruk macammana pun bas yang akan datang dia mesti naik.sebab kalau dia abaikan juga kali ni,dia tidak akan sampai ke destinasinya”panjang lebar Hani bercerita...

“The end”sambung Hani lagi bila melihat Lisa masih seperti tadi..tiada reaksi

“so..moral of the story..?”soal Lisa

“Lu pikir la sendiri”kata Hani sambil meniru gaya Nabil Raja Lawak.Lisa mencebik.Lisa sengaja tanya Hani sedangkan dia faham maksud yang nak disampaikan...

“Aku kah Cik A tu..Aku taknak jadi macam Cik A..melepaskan peluang yang ada...sampai akhir terpaksa terima pilihan terakhir”bicara Lisa dengan perasaannya..mengenang cerita Hani..

“Hai Cik Lisa..jauh sangat menung tu..sudah-sudah la..dah nak maghrib ni...”lamunan Lisa terhenti mendengar suara Hani dari dapur.

“huh..kacau sungguh la...aku nak melayan jiwang sikit pun tak boleh..”rungut Lisa bangun menutup pintu beranda.

“itu la..kalau suka katakan suka...tidak la ternanti..merana jiwa..merana perasaan...”sakat Hani lagi...

“Ya Allah...Aku ingin beri peluang pada hatiku menyintai dia keranaMu..aku ingin beri peluang pada hatiku untuk merindui dia keranaMu..tapi layak kah aku sedangkan cintaku padaMu dan rinduku padaMu sering kuabaikan...dalam fitrah ku sebagai manusia ingin jua mencintai dan dicintai,namun aku ingin mencintaiMu setulusnya,..ku mengharapkan keredhaanMu..Ya Allah...bimbinglah daku,pelihara lah hatiku dan diriku agar jauh dari kemungkaranMu Ya Allah..Amin”doa Lisa dalam hatinya.

Sayup-sayup terdengar azan maghrib di surau kawasan perumahan mereka.Dengan segera Lisa menyiapkan diri,bersedia menyerah jiwa dan raga untuk sujud pada yang Satu..rindu untuk berbicara dan mengadu dengan Pencipta...

Bab 11 :: Cintailah Ia Dalam Diam

Seperti menjadi rutin mingguan mereka berempat akan berkumpul di gerai tersebut untuk makan bersama di malam minggu...bermacam-macam cerita di kongsi,gossip-gossip terbaru tapi mereka sepakat untuk menolak berbincang hal kerja jika berkumpul sedemikian...

Hubungan mereka bertambah erat,hal ini memudahkan peluang Iskandar mencuba kembali memikat hati Hani yang sekian lama di pendam sejak sekolah dahulu lagi...Seingatnya,sejak awal persekolahan di tempat baru,Iskandar memang terpikat dengan Hani...namun ditahan perasaannya sehingga habis sekolah...ini adalah kerana perjanjian dengan ibubapanya untuk tidak mahu terlibat dalam apa-apa masalah lagi setelah pelajaran merosot teruk hingga terpaksa bertukar sekolah...Kenangan hitamnya samar-samar muncul kembali,tapi dikepil rapi agar tidak menghantui dirinya lagi...apa yang terjadi biarlah tinggal kenangan,yang akan datang tempuhi dengan redha...
Kisah antara Puteri dan Amir masih belum dia ketahui...namun kelihatan semangat Amir semakin pulih...tapi sejak terlepas cakap beberapa minggu lepas di gerai makan itu,Amir kadang-kadang sering termenung...risau juga keadaannya begitu...

“Amir,kau okay ke...?....ada problem ke...?soal Iskandar di suatu malam minggu yang tenang... 

“aku okay je...nape nampak cam tak okay ke..?”balas Amir sambil menghirup nescafe panas...

“Tak da la...sejak dua menjak ni aku tengok kau ni cam ada problem je...termenung sana..termenung sini...”tanya Iskandar lagi membetulkan duduknya...tempat duduk di beranda menghadap bukit adalah port mereka berdua lepak dan berborak sambil memerhati ketenangan alam...menghirup udara yang nyaman...damai dan segar...

Di beranda itulah tempat  jika Amir gelisah atau tak dapat tidur,dia akan duduk sambil merenung langit dikepekatan malam...memerhati bintang-bintang dan bulan...indah sungguh ciptaan Tuhan...

 “Lisa suka tengok bintang...walau dalam gelap tapi tetap nampak cantik...Lisa nak jadi macam bintang...walaupun bintang tu jauh dan tak nampak disiang hari tapi dia tetap ada bersama kita...tak kira berada kat mana pun....dan walaupun bintang tu hanya bercahaya kecil-kecil tapi cukup membahagiakan kalau memandang langit waktu malam...Amir,tengok tu..cantik kan bintang-bintang tu... ”ujar Lisa suatu malam ketika mereka pulang dari mengaji al-Quran zaman kanak-kanak dahulu... 

“hmmm...cepat sungguh masa berlalu...”bisik hati kecil Amir...tersenyum mengenangkan kenangan indah zaman kanak-kanak dahulu

“Eh...Amir...are you okay...?aku tanya dari tadi diam je...”lamunan Amir dikejutkan oleh soalan Iskandar...

“Err...sorry..kau tanya apa tadi...?”soal Amir gelabah...

“aku tanya bila kau nak masuk minang Lisa...?”soal Iskandar tersenyum...

 “hah..?”terkejut Amir disoal begitu...

“aku gurau je...tapi tak salah kan kalau betul...if you like her...make a first step..okay..takkan nak biar perempuan yang mulakan...perempuan kan pemalu...melepas kau nanti...”Iskandar cuba mengorek rahsia dihati Amir...

“alaaa...tapi kan sekarang ramai kot perempuan yang mulakan dulu...apa nak dimalukan...zaman dah berubah...semua dah open minded”pancingan Iskandar mengena apabila Amir berminat dengan perbualannya...

“ye la...memang zaman dah berubah...tapi perempuan masih perempuan penuh dengan sifat pemalunya...kalau ada pun mungkin terpaksa sebab lelaki tu slow...orang bercinta dia pun nak bercinta...baik punya adjust tapi tak reti nak mula...so perempuan ni kena la tebal muka tanya...tapi kau tahu kan perempuan ni...sekasar-kasar mana pun diorang...hati diorang mudah tersentuh...” terselit sedikit emosi pada kata-kata Iskandar...

“hai bro,macam berpengalaman je..”teka Amir...

 “bukan aku la bro,adik aku hah....”ujar Iskandar tersenyum mengenangkan adik perempuannya.

“siapa..Sofi ke? Kenapa dengan dia..?” tanya Amir ingin kepastian...

“kau ni macam ramai sangat adik aku...ye la si Sofi tu la...bukan ke dia tu macam tomboy...kasar semacam...tapi bila bab kasih-kasih ni meleleh je aku tengok...kesian dia..”Iskandar mulakan cerita 

“Naper..cer citer kat aku”

“ada sorang mamat ni,aku tengok macam nak adjust je...contact tiap-tiap malam...sampaikan adik aku yang ala-ala tomboy tu boleh sangkut...tapi tak cakap apa-apa pun...macam main tarik tali...nak kata suka tapi macam main-main...nak kata tak suka tapi macam ada suka...Sofi  ngadu la kat aku...minta pendapat...aku pun apa lagi...basuh dia cukup-cukup la...” jelas Iskandar

“apa yang kau basuh si Sofi tu..”soal Amir tidak sabar... 

Iskandar mengimbas kembali perbualan antara dia dan adik kesayangannya Sofi...

“Sofi,abang ni bukannya pandai sangat bab-bab cintan-cintan ni,tapi kalau nak tanya pendapat abang,hmmmm...abang rasa lebih baik tanya sekarang apa status hubungan korang..bukan apa ...takut nanti Sofi dok layan sorang-sorang tapi mamat tu just suka-suka isi masa lapang je...”

“tapi abang...takkan Sofi yang nak mulakan dulu..malu la nanti...”sangkal Sofi.wajahnya juga berubah kemerahan setelah mendengar cadangan abangnya itu...

“Aik..ada perasaan malu juga adik abang ni ye..ingatkan main redah je tak tahu malu...”sakat Iskandar apabila menyedari perubahan wajah adiknya..

“Abang...!”marah Sofi apabila sedar dia diusik Iskandar..

“Abis takkan Sofi nak tunggu sampai bila..kalau betul la dia sekadar selesa dan senang berkongsi cerita saja,baik Sofi langkah kaki dulu,Abang taknak tengok Sofi kecewa dikemudian hari”balas Iskandar...

“Jadi apa tindakan Sofi..?”tanya Amir bila Iskandar diam dan tersenyum...

“Aku tak tau la macam mana si Sofi tanya tapi keputusannya positif...diorang dah bertunang and kahwin next year...”Iskandar berhenti sekejap meneguk nescafe yang dah hampir sejuk...

“Bila aku tanya adik aku tu,rupa-rupanya mamat tu tak berani nak mulakan...takut kecewa...nasib baik adik aku buat muka tak malu...kalau tak memang dua-dua melepas...”sambung Iskandar lagi...

Amir yang dari tadi hanya mendengar sahaja...seperti terkena pada dirinya juga... 

“Hmmm...Adik-adik dah nak kahwin...abang-abang je masih bujang...”gurau Iskandar...

 “iya la...adik-adik dah nak kahwin,abang-abang ni pakat tunggu bidadari tu yang tak kahwin-kahwin lagi”Amir mengiakan kata-kata Iskandar,berderai ketawa dua sahabat baik itu memecah kesunyian malam...

“lega hati aku tengok kau ketawa...kau ni kalau ada problem cuba cerita kat aku...pasal kau dengan Puteri dulu pun belum cerita...tapi dua tiga hari je kau layan blues...tapi kali ni aku tengok semacam  je...”cubaan mencungkil dari Amir untuk kali kedua...

“Aku okay je...Cuma lepas malam kau sebut pasal Puteri tu,aku rasa gelisah”Amir memulakan bicara hatinya...

“sebenarnya apa terjadi masa hari kau jumpa Puteri hari tu...nape kau nak gelisah pula?”soal Iskandar

“owh...pasal aku dengan puteri tu....hmmm...hari tu aku ingat nak bincang dengan Puteri,kalau nak putus pun biar la elok-elok,tapi....tapi...aku betul-betul tak sangka...”Amir tarik nafas dalam-dalam.

“tapi rasanya hal antara aku dengan puteri tu biarlah rahsia...aku dah tak mau ingat lagi perkara yang dah lepas...”sambung Amir lagi.

“hmm...macam tu ka...tak pa la..kau banyak-banyak sabar ek...mungkin tu bukan yang terbaik untuk kau...mana tau kot-kot Cik Lisa tu yang sesuai untuk kau...tapi kau jangan pula slow pula...aku dengar Hani cerita,Lisa pun masih single...cer  try..”balas Iskandar  tersenyum penuh makna...

“owh..baik punya pusing cerita ek...dok nak adjust aku la ni...yang kau dengan Hani apa cerita...haa..dalam diam-diam korang couple ekk...”terjah Amir...

“Eh..mana ada kita orang couple...sesi suai kenal hati budi je la...”terserlah lesung pipit Iskandar menahan senyuman...

“iya la tu..tapi nape dari dulu kau tak adjust dia...dulu zaman sekolah pun aku tengok hang layan dia semacam je...”giliran Amir pula mencungkil rahsia hati Iskandar...

“dulu zaman belajar kena la belajar,bukan zaman nak bercinta-cinta...”Iskandar cuba menutup kisahnya...
 “tapi kan aku ada terdengar kisah blues kau masa zaman sekolah dulu...hehe...nakal gak kau ye...sakat Lisa sampai dia nak pindah sekolah...”sambung Iskandar lagi mengubah cerita...

“Ooo..pandai ye...cerita aku kau nak korek..cerita kau baik punya simpan...”perli Amir tersenyum...

Tanpa mereka sedari malam semakin menginjak ke pagi.masing-masing mata dah mengecil.letih bercampur aduk.Akhirnya kedua sahabat melangkah masuk ke bilik masing-masing.Dalam kesamaran cahaya,Amir keluh resah terbaring di katilnya.Matanya letih hampir tertutup namun hatinya berdebar tatkala bayangan itu muncul diingtannya.

 “Ya Allah,temukanlah aku dengan jodoh yang mencintaiMu lebih dari mencintaiku agar dia dapat mengajarku untuk mencintaiMu dan jodoh yang merinduiMu lebih dari merindui diriku”

“Dengan namaMu,Ya Allah yang menghidupkan aku dan mematikan aku..Amin”

Cerpen :: Ramadhan terakhir


“Dengan ini saya Penyimpan Mohor Besar Raja-raja menetapkan tarikh berpuasa akan jatuh pada esok bersamaan…..”

“Lia…sok kita posa….!”jeritan Farah memenuhi ruang tamu…

 “Abis tu..tunggu apa lagi….cepat la siap…solat terawih jom..malam ni start…”ajak Dahlia sambil menuju ke tandas untuk mengambil wuduk…

 “Errr….Lia,malam ni ko pergi dulu la..lain kali aku join ye…”tersengih Farah memberi alasan… 

“Ya Allah,semoga Kau bukakan lah pintu hati sahabatku,Nur Farah untuk kembali ke jalan yang diRedhaiMu..”doa Dahlia dalam hatinya…tersenyum memandang Farah yang masih tersengih…

[][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][]

Dua tahun lalu ketika sibuk mencari rumah sewa baru,Dahlia terserempak dengan Farah yang sedang menampal iklan mencari ‘housemate’ di kedai 24jam…lepas berborak-borak dan nampak keserasian antara dia dan Farah,Dahlia setuju untuk menyewa bersama Farah…bermula detik itulah mereka menjadi rapat…selepas beberapa bulan mengenali,barulah dia tahu rumah itu adalah milik Farah…

Oleh sebab penampilan Farah yang biasa-biasa,Dahlia tidak sedar bahawa Farah dari keluarga yang berada…dan kalau tidak disebabkan ada majlis kesyukuran di rumah ibu bapa Farah, mungkin sehingga sekarang dia tidak tahu status Farah sekarang…bukan tidak pernah ibubapa Farah datang menziarahi, malah penampilan ibu bapanya juga tidak seperti kebanyakan orang-orang elit…bersahaja dan juga sangat ramah…

Walaupun Dahlia rapat dan senang berkawan dengan Farah,namun jauh disudut hatinya tidak pernah putus mendoakan sahabatnya yang sering mengabaikan tiang agama..solat…bukan tidak pernah menasihatinya secara terus terang,tapi apabila banyak sangat alasan serta suka tukar tajuk buat Dahlia hanya mampu berdoa agar dilembutkan hati Farah untuk bersolat…




Dan tahun ini adalah tahun kedua mereka akan berpuasa bersama…….sama seperti solat,puasa juga amat liat untuk Farah tunaikan…setahu Dahlia ibubapa Farah bukan jenis yang sering tinggalkan ajaran Islam tapi entah dimana silapnya Farah selalu ambil mudah tentang solat dan puasa…pernah juga dulu ibu Farah minta tolong Dahlia nasihatkan anaknya itu…kata ibu Farah,sudah puas dia mensihati Farah...namun hanya sekejap sahaja berubah....betullah seperti yang pernah dia dengar selama ini,Iman itu tidak boleh diwarisi juga tidak dijual beli…

Dahlia tidak akan pernah berputus asa untuk nasihati Farah…dia berharap suatu hari nanti Farah akan berubah sebelum terlewat…

[][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][] 

Di suatu petang yang damai Farah mengajak Dahlia bersantai di beranda bersama… “Hmmm…macam dah lama kita tak lepak-lepak sama cmni kan…”sapa Farah bila melihat Dahlia membetulkan duduknya…

“ye la…kamu tu yang sibuk sangatkan…hari-hari bekerja sampai tak dunia…”gurau Dahlia… 

“Errr…sejuk plak kan petang ni…macam nak hujan je…”Farah cuba memotong cakap Dahlia,kata-kata Dahlia bakal terkena batang hidungnya….

“hmmm…kamu ni suka sungguh tukar topic ye…”perli Dahlia yang dah faham gelagat Farah…berderai ketawa mereka memecah kedamaian petang itu…

“rasa sekejap je kan..ari ni dah hari 23 kita puasa…minggu depan dah nak raya…”Farah mulakan perbualan setelah terdiam sebentar menyaksikan keindahan petang itu…

“A’a la…rasa cam tak puas je…sedih pulak bila kenang Ramadhan dah nak tinggalkan kita…”mata Dahlia mula berkaca sambil merenung jauh-jauh di dada langit… “entah sempat atau tidak untuk Ramadhan akan datang”sambung Dahlia lagi…

“Isshhh…ko ni Dahlia,jangan cakap camtu la..insyaAllah sempat kita sambut puasa bersama lagi tahun depan…”ujar Farah seakan memujuk…. 

“semalam ada tazkirah kat surau… penyampai tu ustaz yang slalu keluar kat tv...”Dahlia cuba berkongsi apa yang dia dengar semalam…

“mesti porpular kan ustaz tu…”gurau Farah tersenyum sehingga menampakkan lesung pipit di kedua-dua pipinya…

“Tak da la porpular sangat sebab saya tak berapa kenal pun…”berderai ketawa mereka berdua lagi mendengar kata-kata Dahlia… 

“Eh..Lia,ko tu ulat buku,bukan kaki tv cam aku ni..sebab tu ko tak kenal dia…”gurauan Farah membuatkan Dahlia tersenyum megiakan kata-kata Farah… 

“apa tajuk tazkirah semalam…kasi share la sikit kan..”soal Farah…

“Ramadhan terakhir”jawab Dahlia…

Melihat Farah seakan berminat Dahlia meneruskan tazkirah yang dia dengar semalam … 

“kata ustaz, Ramadhan datang hanya setahun sekali sahaja…selepas 11bulan kemudian baru kita akan jumpa kembali bulan yang penuh keberkatan ni…ada yang tak sempat untuk berjumpa dengan Ramadhan…ada yang dijemput pada malam bulan Ramadhan tiba..tidak berkesempatan untuknya menikmati Ramadhan…bagi arwah,Ramadhan lepas adalah Ramadhdan yang terakhir baginya…alhamdulillah,kita masih diberi peluang untuk menikmati ramadhan hingga hari ini,tapi tiada jaminan untuk hari esok…

Ramadhan hanya setahun sekali,masa inilah kita sebagai hambaNya diberi peluang untuk merebut segala nikmat yang ada disepanjang bulan ini…umpamanya seperti hujan emas yang turun dari langit,takkan kita hanya mendongak melihat sahaja..tidak mahukah kita merebut kepingan-kepingan emas tersebut…

Setelah 11bulan itu juga la hati kita dijamu dengan macam-macam…perasaan buruk sangka,busuk hati,pemarah,pendendam dan segala macam penyakit hati…

Namun dalam masa sebulan inilah,kita usaha untuk rawat dan format semula hati kita…membersihkan semula hati kita…mencari bekalan untuk dibawa ke sana nanti…tiap amalan yang kita lakukan ada pahalanya…

Manusia akan berlumba-lumba untuk mencari keredhaannya…Rugilah kita seandainya tidak mengambil peluang yang terbentang luas ini…lebih merugikan seandainya kita membiarkan Ramadhan berlalu tanpa memperoleh apa-apa kenikmatannya…”Dahlia berhenti sekejap cuba mengingati lagi kata-kata ustaz semalam…

Farah terdiam membisu..seakan-akan ada sesuatu yang menusuk dihatinya…dadanya berombak…nafasnya tidak teratur…sukar untuk gambarkan perasaannya tika itu…

Dahlia kembali meneruskan apabila melihat Farah hanya diam mendengar…

“kata ustaz lagi…mati itu pasti…kita tiada jaminan untuk hidup keesokkan hari…seandainya Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang terakhir,bertambah-tambahlah rugi diri kita ini sebab tidak mengambil kesempatan atas nikmat yang melimpah ruah ni…kematian tidak akan lewat atau awal walau sesaatpun..bila tiba masanya…kembali lah kita pada Nya…apakah kita ni semua berpeluang bertemu lagi Ramadhan yang akan datang atau ini adalah Ramadhan  kita yang terakhir…”

Hampir menitis air mata Farah mendengar kata-kata terakhir Dahlia…

“Ya Allah,apakah aku akan bersama dengan golongan yang rugi itu…masih sempatkah aku merebut nikmatMu Ya Allah…”doa Farah dilubuk hatinya…


Dahlia tersenyum melihat Farah menunggunya siap bertelekung sembahyang di ruang tamu… “Alhamdulillah…”itu sahaja yang terlafaz dibibir Dahlia…

“Ya Allah,janganlah  Kau palingkan hati kami setelah Kau berikan kami hidayahMu..Ya Allah…”doa Dahlia di hatinya berharap perubahan Farah bukan hanya sementara…

 [][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][] 

“Lia,aku dah start cuti sok…jadi lepas subuh..pagi-pagi tu aku bertolak la balik kampong…”jelas riak gembira diwajah Farah…tidak sabar untuk pulang berhari raya… 

“ye ke..awalnya…saya masih kerja la esok…may be malam raya saya baru balik…lagipun kampung saya dekat je…entah-entah saya yang sampai dulu…”balas Dahlia sambil bergurau…

“amboi…ko ingat aku balik naik bot ke sampai berhari baru nak sampai…”berderai gelak tawa disuatu malam selepas pulang dari solat terawih…

Malam tu mereka leka berbual diberanda sambil menghabiskan sisa kuih yang dibeli untuk berbuka tadi… walaupun mereka tinggal serumah dan selalu bersama tapi itulah kali pertama mereka berbual rancak sebegitu…macam-macam cerita diungkit…kenangan zaman kanak-kanak...sesekali terdengar gelak tawa mereka memecah keheningan malam…

[][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][] 

Selepas berbuka puasa,Dahlia bersiap-siap mahu pulang… pada mulanya dia ingin pulang sebelum berbuka,oleh sebab mahu bercuti panjang Dahlia cuba siapkan kerja-kerjanya…selepas membaca doa menaiki kenderaan dan mengucap,Dahlia menunggang motosikal dengan berhati-hati..nasihat emaknya masih terngiang-ngiang di telinganya…biar lambat asalkan selamat…

Entah kenapa sepanjang perjalanan hatinya dirundung resah…puas difikirkan risau dia ada tertinggal sesuatu dirumah sewanya itu…namun tiada…Dahlia cuba menenangkan hatinya dengan berzikir…

Ingatannya tiba-tiba teringat Farah yang telah selamat sampai dikampung halaman,telah menghubunginya petang tadi… “InsyaAllah raya ketiga nanti aku beraya rumah ko ye,jangan lupa buat kenduri besar sambut aku tau…”Tersenyum Dahlia mengingati perbualan antara dia dan Farah...


Sampai di satu simpang masuk ke lorong kampungnya,belum sempat Dahlia menekan brek,tiba-tiba seperti ada sesuatu yang kuat menghentam belakang motornya…Tika itu terasa jasadnya melayang ke udara dan hanya kalimah Allah sahaja yang terpacul dibibirnya… Ya Allah~~~

[][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][] 


Keriangan Aidilfitri kali ini tidak semeriah dulu,sesekali terdengar tangisan tertahan-tahan…Farah pengsan apabila mendapat panggilan sesudah tunaikan solat sunat Hari Raya…dia telah kehilangan seorang sahabat baik…seorang sahabat yang tidak pernah bosan untuk menasihatinya ke arah kebaikan…

Farah agak kecewa tidak dapat bersama pada saat-saat akhir sahabatnya… pada hari raya ketiga barulah dia berkesempatan menziarahi sahabat baiknya…kakinya longlai untuk memandu jauh…tiada semangat…air mata pula tidak henti-henti mengalir…mujurlah bapanya menawarkan diri untuk memandu…


Longlai kakinya melangkah menuju ke pusara sahabatnya itu…terjelepok Farah apabila membaca nama yang terpahat pada nesan dihadapannya… Nur Dahlia Nordin…selesai membaca Yassin dan bersedekah Al-Fatihah…Farah meninggalkan pusara dengan hatinya masih berbekam kesedihan…tidak mampu Farah lama di pusara sahabatnya itu...Air matanya ditahan-tahan agar tidak menitis...dikuatkan semangat sehingga selesai membaca surah Yassin...

Kelihatan ibu sahabatnya berada disebelah Farah juga sedang tekun membaca Yassin...tabah...tiada tangisan lagi...namun kedua belah matanya masih bengkak...mungkin menangis semalaman semalam...ibu mana yang tidak sedih bila anak yang pergi menyahut seruan Ilahi terlebih dahulu...walaupun sedih semuanya redha dengan pemergian mengejut Dahlia....

Menurut saksi kejadian,sebuah MPV dipandu laju tidak sempat menekan brek apabila lampu isyarat bertukar merah...selepas merempuh motosikal yang dinaiki Dahlia,MPV itu berpusing beberapa kali sebelum terhumban ke dalam longkang besar seberang jalan...pemandu dan penumpang MPV masih koma dan dirawat dihospital...apa yang Farah dapat tahu lagi,pemandu tersebut memandu dibawah pengaruh alkohol...itu lah yang buat dia benar-benar terkilan dengan kejadian tersebut...


 [][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][] 


Selepas seminggu barulah Farah dapat mengemas barang-barang milik Dahlia,air matanya pasti mengalir apabila terlihat barang-barang tersebut...sedang Farah mengemas fikirannya menerawang mengingati pada malam mereka berbual rancak…itulah kali pertama dan terakhir mereka berbual begitu…mesra…bergelak tawa bersama…

Dan dia akan ingat sampai bila-bila nasihat terakhir Dahlia pada petang itu…petang yang damai itu dan nasihat ikhlas dari seorang sahabat,dengan izin Allah,telah terbuka hatinya untuk membuat perubahan kearah kebaikan…

“Ya Allah,ku pohon agar Kau panjangkan usiaku sehingga melewati Ramadhan akan datang…sesungguhnya aku adalah dikalangan orang-orang yang rugi kerana  telah mensia-siakan Ramadhan yang lalu…”doa Farah penuh keinsafan dan pengharapan agar diberi peluang untuk merebut nikmat Ramadhan akan datang…



“Ya Allah..ya Tuhanku…seandainya Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang terakhir bagiku dan sahabatku,ku pohon agar Kau tetapkanlah hati kami dan iman kami agar dapat kami meraih segala nikmat yang Kau berikan sepanjang bulan Ramadhan ini….moga dapat kami jadikan bekalan untuk bertemuMu..Ya Allah…”berderai air mata farah membaca bait-bait yang tertulis di muka surat terakhir diari milik arwah Dahlia…


Cerpen : Pelengkap atau sekadar mengisi kebosanan

“Hai..awak lagi ke..?tunggu sape pulak kali ni..?”terkejut Izzah namun tidak menjawab pertanyaan hanya memandang makhluk sebelahnya…. “Hai…saya cakap dengan awak ni…err…saya Donald…sementara awak tunggu boyfriend awak datang boleh saya teman awak kat sini”…sambung Donald tanpa segan silu…

Terpaksalah Izzah melayan Donald yang sedari tadi duduk disebelahnya… “Sorry,tak perasan..ingat awak cakap dengan makcik sebelah tu…saya Izzah…”tutur Izzah sopan mengukir senyuman mesra

“saya tak tunggu boyfriend tapi tunggu kawan….kawan perempuan…”sambung Izzah lagi…

“owh...ye ke…sorry nak tanya lagi, saya rasa saya selalu  nampak awak kat sini…tunggu sorang-sorang…lepas setengah jam baru kawan awak sampai…awak memang datang awal ke diorang yang datang lambat…?”soal Donald ramah walaupun baru kenal… 

“isshhh…nyibuk plak la mamat ni…diam-diam sudah la…nape la mesti Nurin janji kat tempat ni…”keluh Izzah dalam hatinya…

Melihat Izzah tidak membalas soalan tadi, Donald rasa bersalah… “err…awak…sorry la…saya tak bermaksud nak busybody…sorry ek…” …  “it’s ok” Lega hati Donald bila Izzah menguntumkan senyuman 

“hmmm….selalu ke awak lepak sini..?”soal Izzah mahu mematikan suasana suram di situ… 

“selalu la…lepak sini…sebab tu selalu jumpa awak…tapi mungkin awak tak perasan saya kot…” jelas Donald sambil memerhati sekeliling dengan senyuman tidak lekang dibibirnya… 

“emm..ramai pulak manusia minggu ni…tak pernah surut”bisik Donald sendirian…

“owh..ye ke..? sorry la tak perasan…mungkin ramai sangat kot kat sini masa tu…”Izzah mengerling jam tangannya…sudah jam 1.00 petang…

“kawan awak lewat lagi ke hari ni…?"tersentak Izzah dengan soalan Donald…risau pun ada…

“sebenarnya awak,saya tengah sedih la…” bicara Donald..“adoiya…apa kena ngan dia ni…stalker ke…ke baru terlepas…ishhh….mana Nurin ni…”bisik hati Izzah… kerisauan Izzah semakin bertambah

“kalau awak nak tau,sejak saya duduk sini, sape pun tak perasan saya…tapi bila diorang bosan baru diorang datang jumpa saya…baru diorang dekat dengan saya…masa tu saya rasa sangat gembira…happy sangat-sangat…tapi …”Donald memulakan cerita sedangkan Izzah gelisah menanti Nurin yang tak kunjung tiba….

“Tapi semua tu sementara…bila mereka dah kembali happy and ceria diorang tinggalkan saya macam tu je…diorang kembali biarkan saya keseorangan lagi…saya tau mana letak diri saya…tapi saya tak mampu nak buat apa-apa…saya terpaksa dalam rela…saya cuma mampu kembali tersenyum macam sekarang walaupun hati saya sangat sedih…”sambung Donald kembali…

Izzah cuba meredakan keadaan… “awak,saya faham perasaan awak,saya harap awak banyak-banyak sabar dan tabah ye…”

“saya faham perasaan awak…”ejek Donald… “Arghh..semua akan cakap macam tu..konon boleh faham perasaan orang lain…kalau tak pernah rasa jangan cakap faham perasaan orang lain…”

“Tapi,saya faham perasaan tu…saya tau macam mana awak rasa sekarang…saya faham perasaan bila orang sedar kehadiran kita bila diorang kebosanan…dan saya juga tau macam mana perasaan bila ditinggalkan setelah diorang kembali happy…”luah Izzah sambil tunduk kebawah…terasa sebak pulak hatinya tika itu…

“err…maaf la…saya tak bermaksud nak buat awak sedih…saya teremosi tadi…I’m really sorry…ok..”serba salah bila terlihat mata Izzah yang berkaca…

“no..it’s okay…saya yang teremosi…saya juga merasai apa yang awak rasa…memang sangat sedih…hati ni macam disiat-siat..tapi tak termampu nak buat apa-apa…Cuma sekadar senyum..itu saja…”kali ini Izzah cuba meluah perasaannya…

“tapi saya nampak  awak macam happy je,macam tak da masalah…saya tak tau pulak apa yang saya rasa awak pun rasainya…saya minta maaf buat awak sedih…”sekali lagi Donald meminta maaf…

“awak tak bersalah..buat apa nak minta maaf…saya cuma faham perasaan tu…kawan gembira memang ramai tapi kalau nak tau kawan yang sebenarnya adalah kawan yang sentiasa ada samada suka atau duka…saya tak tau nak describe macam mana kalau kawan yang cari kita bila dia bosan dan keseorangan…boleh ke kita panggil sebagai kawan…?soal Izzah diakhir penjelasannya...

“entah la…itu saya pun tak tau nak panggil apa…kalau kawan yang muncul masa dia susah dan kita senang tu kira dah normal walaupun menyakitkan…tapi kalau dia bosan dan lonely baru nak cari kita and sedar kehadiran kita dalam hidup dia itu lebih menyakitkan…itu dasar manusia tak kenang budi..tapi mungkin habitat dia kot cam tu…”ada riak marah diwajah Donald…

“bukan habitat la,itu  tabiat…tapi kita sebagai kawan yang pernah mengenali  dia, kena la ikhlas…biarlah dia nak buat apa pun…kita mampu doa harap-harap dia sedar dengan kesilapan dia tu…”jelas Izzah lembut tidak mahu terganggu oleh emosi lagi…

“hmmm…ye la kan…siapa la kita…moga kesabaran dihati ni tidak runtuh dek kebosanan hidup dia tu…”lega hati Izzah bila Donald dapat menerima pendapatnya…

‘‘sekurang-kurangnya dia tu masih ingat kita walaupun hanya tika dia bosan..tak gitu..”jelas Donald masih seperti tadi setia mengukir senyuman…

“hai Izzah…sorry..sorry aku lambat…aku terlepas bas…”lamunan Izzah terkejut apabila disapa suara Nurin…

“hai…hmmm..kalau dah dah tau bas tu tak tunggu ko,apakata lepas ni ko pulak tunggu bas…mesti dah tak terlepas lagi lepas ni…”perli Izzah tersenyum…

“sorry la…jangan la marah…lepas ni aku tunggu bas ok…”pujuk Nurin sambil mengajak Izzah meninggalkan tempat itu…

Sebelum berlalu Izzah sempat berpaling kebelakang,mahu mengucap selamat tinggal pada Donald…baru sebentar Izzah bangun tempatnya dah berganti…

“hei…yang ko perhati patung Mc’D tu lama-lama apasal…takkan tunggu aku lama tadi, ko dah tersangkut jiwang kat patung tu kot…”perli Nurin…mereka berpandangan,pecah ketawa mereka berdua…

Kalau la patung  Mc Donald tu punya perasaan, apakah pasti sama seperti aku alami…jauh sungguh aku berimaginasi tadi sehingga dengan patung pun boleh diajak berbual…hakikatnya,apakah kehadiran aku ini hanya sebagai pelengkap kehidupan seorang sahabat atau sekadar mengisi kebosanan hidup seorang kawan…Izzah masih bermonolog sendirian… tiada apa yang dia pinta dalam persahabatan melainkan kejujuran dan keikhlasan…Izzah tersenyum dan berlalu bersama teman karibnya memasuki ruang-ruang kedai di situ…dan Donald masih setia dengan senyuman walau sering ditinggalkan….




“jangan tanya pada sahabat apa yang telah kita berikan sepanjang perkenalan tapi tanya pada diri apa yang kita telah berikan pada sahabat untuk merapatkan hubungan persahabatan”

Bab 10 :: Cintailah Ia Dalam Diam

Malam itu tidak seperti malam-malam sebelum 
ini,keadaan kedai kegemaran mereka berdua agak lengang...tiada pelanggan...hanya beberapa orang sahaja...sebaik sahaja menjumpai ‘port’  yang best nak lepak, Lisa dan Hani terus duduk dan ingin memesan makanan... “dah nak kebulur aku tunggu hang bersiap”rungut Lisa sambil mencari order special...saja ingin menukar selera... “Ye la..sorry..aku salah..malam ni hang order je..aku belanja...”Hani memujuk...

“Hani...Lisa...”terdengar suara memanggil Lisa dan Hani... “Alamak...Is dengan Amir la...kacau daun betul la depa ni...”rungut Hani apabila menoleh ke arah suara memanggil tadi...tersenyum...

“Ehhh....pelik...bukan ke hang suka sangat nak jumpa Iskandar tu...”perli Lisa... “Ye la..memang aku suka...tapi sekarang aku nak berdua dengan hang...kacau line betul la mamat dua orang tu”balas Hani marah tapi suka...

“Assalamualaikum...baru sampai ke..jom lepak dengan kita orang...”tanpa sedar Iskandar sudah pun berada dekat meja mereka berdua...

“Wa’alaikumussalam...errr..tak ganggu ke kalau kami ni join...”balas Hani menjeling ke arah Lisa...

“Ehhh...tak da nya nak ganggu...kami dua orang je...bosan juga kalau dah hari-hari menyembang berdua je...jom la join...Lisa..jom...”ajak Iskandar...

Dari kejauhan kelihatan Amir Hamzah memerhati sahaja sahabatnya itu...jauh di sudut hatinya mengharapkan agar Lisa juga bersetuju ajakan Iskandar... “Alaaa..hang ni mahu tapi malu...”terngiang lagi suara Iskandar memerlinya tadi...

“Wahhh....makan besar korang berdua ni...ada apa-apa ke nak celebrate...”terkejut Iskandar melihat hidangan yang diorder oleh Lisa dan Hani sampai...

 “Mak aaii...korang nak makan ke nak menjamu...” berderai ketawa mereka berempat dengan kata-kata Amir...

“Kita makan dulu la ye...kemudian kita sambung sembang lagi...jemput makan semua...”jemput Hani agak terkejut juga bila hidangan sampai...itu la akibat kalau order makanan masa tengah lapar...nasib baik jumpa Iskandar dan Amir boleh tolong habiskan...

“Terima kasih Hani,Lisa..belanja kita orang”Amir merasa segan apabila Hani pergi membayarnya... 

“Sama-sama... hari tu kan korang dah belanja...kali ni biar aku pula yang belanja...lagipun banyak sangat kita orang punya order...lain kali giliran korang pula ye...”balas Hani sambil menyedut jus yang baru di order nya lagi tadi...

Perbualan malam itu semakin rancak...mengukit kembali zaman-zaman sekolah dahulu...Lisa hanya mampu tersenyum dan sesekali ketawa...dia tak dapat nak bercerita kerana ketika itu dia dah bertukar ke sekolah lain berasrama penuh...

“Is..kalau awak nak tau ada sorang budak ni,hari-hari nangis kat kelas... tak mau pi sekolah...sampai nak pindah sekolah...”usik Hani sambil mengerling ke arah Lisa...merah padam wajah Lisa menahan malu...

“Tu dia...mesti budak manja kan...tak kan hari-hari nangis...”soal Iskandar sambil ketawa...
Lisa menunduk malu manakala Amir diam membisu... “Arghh...Hani kenapa la mesti mengungkit peristiwa ni...”bentak Amir dalam hatinya...

Melihat dua sahabat baiknya diam,Hani semakin suka untukmenyakat... “Amir takkan hang tak ingat...hang buat apa sampai Lisa nak tukar sekolah...”

“Wei...tu cerita lama la..tak payah nak ungkit-ungkit lagi...lagipun aku memang nakal dulu..”Amir cuba menahan Hani dari terus bercerita...

“Oppss...kejap-kejap...Amir nakal ke dulu mengusik sampai ada yang nak tukar sekolah..”berderai ketawa Iskandar lagi...“Setahu aku dia skema je”kali ini ketawa Iskandar disambut Hani...Cuma Lisa dan Amir sahaja membisu...
 
Hani semakin rancak bercerita kenangan tersebut kepada Iskandar...sesekali mereka ketawa... Amir memandang Lisa yang berdiam diri sejak tadi...

“Errr...Lisa..pasal dulu tu hang...err...awak...masih marahkan saya ke...?”soal Amir tidak menghiraukan perbualan Hani dan Iskandar...

Kelu lidah Lisa untuk berbicara... “Lisa,awak masih marahkan saya lagi ke”ulang Amir melihat Lisa tidak membalasnya...

Senyum... “Lisa rasa semua tu dah berlalu...zaman kanak-kanak kan...masa tengah nakal...masa tu memang la marah tapi bila fikir-fikir semula kelakar pun ada...”balas Lisa...

Baru saja Amir ingin berbual dengan Lisa,Hani mencelah... “Amir,tahniah ye...hang bertunang tak cerita pun kan...”

“kacau betul la minah ni”rungut Amir dalam hati apabila baru saja berpeluang sembang dengan Lisa...

“Amir...bila hang tunang pula...tak bagitau aku pun...”Iskandar kehairanan

Terpinga Amir mendapat ucapan tahniah dari Hani... “bila masa pula aku tunang...mana hang dapat khabar angin ni...?”

“Akhirnya Hani hang tanya juga...”bisik hati Lisa mengharap jawapan dari Amir...
“Eh..bukan ke hari tu aku jumpa hang kat kedai Ah Seng yang jual barang-barang kahwin..banyak benar aku tengok hang borong...tu pun tak mau ngaku lagi ke?”Hani serkap jarang sesuka hati...

“Ooo...yang tu...lain kali tanya la dulu jangan main serkap je...hari tu memang aku pi beli barangan bertunang,tapi bukan untuk aku..untuk adik aku...adik kembar aku tu...si Anis”terang Amir...

“wahh...Anis dah tunang ke...? owh...bukan hang ek..aku ingat kan hang...”malu tapi Hani puas hati mengetahui perkara sebenar...

“Ehh..Anis dah tunang ek..dah lama tak dengar cerita pasal dia...apa dia buat sekarang ek...”Lisa tiba-tiba teruja bila mendengar nama Anis...kawan sepermainannya dan Hani...Tapi mereka terpisah apabila Anis ditawarkan ke sekolah berasrama penuh...jarang sekali untuk bertemu walaupun cuti sekolah...

“Hurm... a’a...Anis dah bertunang dua minggu lepas dengan rakan sekolah lamanya dulu...sorry la tak jemput buat kecil-kecil je...may be kenduri nanti dijemput...”balas Amir tidak lekang matanya memandang wajah Lisa...

“hai Amir adik dah bertunang tak lama lagi nak kahwin,  yang hang ni bila lagi...takkan nak tunggu puteri kayangan kot...”gurau Iskandar

“ye la...kembar tu..hang tak rasa apa-apa ke..?Hani mencelah cuba menyakat...

“eh..haloo...jangan nak mengata aku sorang je...semua pun sama kan...single and available..kan.. ”kata-kata Amir meledakkan ketawa mereka berempat...

Malam semakin larut tapi mereka berempat tidak berganjak dari tempat duduk masing-masing malah semakin rancak berbual...Amir mengambil kesempatan untuk berbual dengan Lisa...manakala Hani dan Iskandar berbual tanpa memperdulikan dua sahabat mereka itu...

“Lisa,buat apa ek sekarang...err..maksud saya kerja apa sekarang...”Amir memulakan bicara tapi agak kekok kerana sudah lama tidak berbual dengan Lisa...

“Owh..Lisa jadi kuli je...lukis plan...dengar cerita Amir dah jadi bos besar sekarang...hebat...”Lisa cuba berlagak tenang walaupun hatinya bergetar kencang...

“Eh...Amir..kalau hang nak tau Lisa la yang dok buat design rumah Dato’ Soffian tu...”celah Iskandarsambil tersenyum penuh makna...

“owh..ye ke..apsal aku tak tau pun”soal Amir kehairanan tidak tahu keterlibatan Lisa dalam projek bersama itu...

“Camna la hang nak tau,masa tu hang tenagh dok searabut settle hal dengan Puteri....”Amir membulatkan mata apabila terdengar Iskandar terlepas cakap...

Keruh wajah Lisa apabila mendengar nama Puteri...siapakah Puteri yang disebut oleh Iskandar tadi..mengapa Amir mesti memberi isyarat mata begitu...bisik hati Lisa ingin tahu...namun ditahan perasaannya itu...

Malam itu entah mengapa Lisa tak dapat melelapkan matanya..hatinya bergetar tatkala kelibat Amir memintas pandangannya...kebelakangan ini,hati Lisa diburu resah,perasaan yang tak keruan...Lisa pun sukar mentafsir perasaannya tika ini...apakah hatinya sudah tertaut pada Amir...sebab inikah hatinya tiada ruang lagi untuk insan bernama Harris...Lisa keliru...ingin sahaja menjerit meluahkan yang terbuku di hati...Lisa bangun dari katilnya melangkah perlahan menghampiri tingkap di kamarnya...di buka luas-luas...cuba menghirup kesejukkan udara di hening pagi...nyaman dan segar..

Subhanallah..indahnya ciptaanMu...ucap dibibir mungil Lisa memerhatikan bintang-bintang dilangit...tanpa disedari air mata mengalir membasahi pipi Lisa...air mata keinsafan...air mata yang mengakui betapa kerdilnya manusia di sisi Tuhan...hatinya kembali tenang melihat keindahan alam...lantas Lisa melangkah ke bilik air mengambil wuduk,sujud pada yang Satu di sepertiga malam...mohon petunjuk dari Ilahi...bagi Lisa hanya pada Dia sajalah tempat mengadu,kerana Dia adalah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hambaNya...

“Ya Allah,aku tiada tempat lain untuk mengadu selain dari Mu Ya Allah,hanya pada Mu... Ya Allah,aku ingin mencintaiMu,aku ingin merinduiMu... Ya Allah...aku pohon agar Kau kuatkanlah iman ku dan tabahkan lah hatiku menempuh dugaan yang Kau berikan...Redhailah hatiku...Pasrahkanlah aku dengan takdirMu...sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan adalah yang terbaik untuk ku...Ya Allah,Ya Tuhanku...Sesungguhnya Engkau Maha mengetahui ..segala yang terbaik untuk hambaMu ini... Amin..Amin..Ya rabbal’aalamin...”