Cerpen : Pelengkap atau sekadar mengisi kebosanan

“Hai..awak lagi ke..?tunggu sape pulak kali ni..?”terkejut Izzah namun tidak menjawab pertanyaan hanya memandang makhluk sebelahnya…. “Hai…saya cakap dengan awak ni…err…saya Donald…sementara awak tunggu boyfriend awak datang boleh saya teman awak kat sini”…sambung Donald tanpa segan silu…

Terpaksalah Izzah melayan Donald yang sedari tadi duduk disebelahnya… “Sorry,tak perasan..ingat awak cakap dengan makcik sebelah tu…saya Izzah…”tutur Izzah sopan mengukir senyuman mesra

“saya tak tunggu boyfriend tapi tunggu kawan….kawan perempuan…”sambung Izzah lagi…

“owh...ye ke…sorry nak tanya lagi, saya rasa saya selalu  nampak awak kat sini…tunggu sorang-sorang…lepas setengah jam baru kawan awak sampai…awak memang datang awal ke diorang yang datang lambat…?”soal Donald ramah walaupun baru kenal… 

“isshhh…nyibuk plak la mamat ni…diam-diam sudah la…nape la mesti Nurin janji kat tempat ni…”keluh Izzah dalam hatinya…

Melihat Izzah tidak membalas soalan tadi, Donald rasa bersalah… “err…awak…sorry la…saya tak bermaksud nak busybody…sorry ek…” …  “it’s ok” Lega hati Donald bila Izzah menguntumkan senyuman 

“hmmm….selalu ke awak lepak sini..?”soal Izzah mahu mematikan suasana suram di situ… 

“selalu la…lepak sini…sebab tu selalu jumpa awak…tapi mungkin awak tak perasan saya kot…” jelas Donald sambil memerhati sekeliling dengan senyuman tidak lekang dibibirnya… 

“emm..ramai pulak manusia minggu ni…tak pernah surut”bisik Donald sendirian…

“owh..ye ke..? sorry la tak perasan…mungkin ramai sangat kot kat sini masa tu…”Izzah mengerling jam tangannya…sudah jam 1.00 petang…

“kawan awak lewat lagi ke hari ni…?"tersentak Izzah dengan soalan Donald…risau pun ada…

“sebenarnya awak,saya tengah sedih la…” bicara Donald..“adoiya…apa kena ngan dia ni…stalker ke…ke baru terlepas…ishhh….mana Nurin ni…”bisik hati Izzah… kerisauan Izzah semakin bertambah

“kalau awak nak tau,sejak saya duduk sini, sape pun tak perasan saya…tapi bila diorang bosan baru diorang datang jumpa saya…baru diorang dekat dengan saya…masa tu saya rasa sangat gembira…happy sangat-sangat…tapi …”Donald memulakan cerita sedangkan Izzah gelisah menanti Nurin yang tak kunjung tiba….

“Tapi semua tu sementara…bila mereka dah kembali happy and ceria diorang tinggalkan saya macam tu je…diorang kembali biarkan saya keseorangan lagi…saya tau mana letak diri saya…tapi saya tak mampu nak buat apa-apa…saya terpaksa dalam rela…saya cuma mampu kembali tersenyum macam sekarang walaupun hati saya sangat sedih…”sambung Donald kembali…

Izzah cuba meredakan keadaan… “awak,saya faham perasaan awak,saya harap awak banyak-banyak sabar dan tabah ye…”

“saya faham perasaan awak…”ejek Donald… “Arghh..semua akan cakap macam tu..konon boleh faham perasaan orang lain…kalau tak pernah rasa jangan cakap faham perasaan orang lain…”

“Tapi,saya faham perasaan tu…saya tau macam mana awak rasa sekarang…saya faham perasaan bila orang sedar kehadiran kita bila diorang kebosanan…dan saya juga tau macam mana perasaan bila ditinggalkan setelah diorang kembali happy…”luah Izzah sambil tunduk kebawah…terasa sebak pulak hatinya tika itu…

“err…maaf la…saya tak bermaksud nak buat awak sedih…saya teremosi tadi…I’m really sorry…ok..”serba salah bila terlihat mata Izzah yang berkaca…

“no..it’s okay…saya yang teremosi…saya juga merasai apa yang awak rasa…memang sangat sedih…hati ni macam disiat-siat..tapi tak termampu nak buat apa-apa…Cuma sekadar senyum..itu saja…”kali ini Izzah cuba meluah perasaannya…

“tapi saya nampak  awak macam happy je,macam tak da masalah…saya tak tau pulak apa yang saya rasa awak pun rasainya…saya minta maaf buat awak sedih…”sekali lagi Donald meminta maaf…

“awak tak bersalah..buat apa nak minta maaf…saya cuma faham perasaan tu…kawan gembira memang ramai tapi kalau nak tau kawan yang sebenarnya adalah kawan yang sentiasa ada samada suka atau duka…saya tak tau nak describe macam mana kalau kawan yang cari kita bila dia bosan dan keseorangan…boleh ke kita panggil sebagai kawan…?soal Izzah diakhir penjelasannya...

“entah la…itu saya pun tak tau nak panggil apa…kalau kawan yang muncul masa dia susah dan kita senang tu kira dah normal walaupun menyakitkan…tapi kalau dia bosan dan lonely baru nak cari kita and sedar kehadiran kita dalam hidup dia itu lebih menyakitkan…itu dasar manusia tak kenang budi..tapi mungkin habitat dia kot cam tu…”ada riak marah diwajah Donald…

“bukan habitat la,itu  tabiat…tapi kita sebagai kawan yang pernah mengenali  dia, kena la ikhlas…biarlah dia nak buat apa pun…kita mampu doa harap-harap dia sedar dengan kesilapan dia tu…”jelas Izzah lembut tidak mahu terganggu oleh emosi lagi…

“hmmm…ye la kan…siapa la kita…moga kesabaran dihati ni tidak runtuh dek kebosanan hidup dia tu…”lega hati Izzah bila Donald dapat menerima pendapatnya…

‘‘sekurang-kurangnya dia tu masih ingat kita walaupun hanya tika dia bosan..tak gitu..”jelas Donald masih seperti tadi setia mengukir senyuman…

“hai Izzah…sorry..sorry aku lambat…aku terlepas bas…”lamunan Izzah terkejut apabila disapa suara Nurin…

“hai…hmmm..kalau dah dah tau bas tu tak tunggu ko,apakata lepas ni ko pulak tunggu bas…mesti dah tak terlepas lagi lepas ni…”perli Izzah tersenyum…

“sorry la…jangan la marah…lepas ni aku tunggu bas ok…”pujuk Nurin sambil mengajak Izzah meninggalkan tempat itu…

Sebelum berlalu Izzah sempat berpaling kebelakang,mahu mengucap selamat tinggal pada Donald…baru sebentar Izzah bangun tempatnya dah berganti…

“hei…yang ko perhati patung Mc’D tu lama-lama apasal…takkan tunggu aku lama tadi, ko dah tersangkut jiwang kat patung tu kot…”perli Nurin…mereka berpandangan,pecah ketawa mereka berdua…

Kalau la patung  Mc Donald tu punya perasaan, apakah pasti sama seperti aku alami…jauh sungguh aku berimaginasi tadi sehingga dengan patung pun boleh diajak berbual…hakikatnya,apakah kehadiran aku ini hanya sebagai pelengkap kehidupan seorang sahabat atau sekadar mengisi kebosanan hidup seorang kawan…Izzah masih bermonolog sendirian… tiada apa yang dia pinta dalam persahabatan melainkan kejujuran dan keikhlasan…Izzah tersenyum dan berlalu bersama teman karibnya memasuki ruang-ruang kedai di situ…dan Donald masih setia dengan senyuman walau sering ditinggalkan….




“jangan tanya pada sahabat apa yang telah kita berikan sepanjang perkenalan tapi tanya pada diri apa yang kita telah berikan pada sahabat untuk merapatkan hubungan persahabatan”

Bab 10 :: Cintailah Ia Dalam Diam

Malam itu tidak seperti malam-malam sebelum 
ini,keadaan kedai kegemaran mereka berdua agak lengang...tiada pelanggan...hanya beberapa orang sahaja...sebaik sahaja menjumpai ‘port’  yang best nak lepak, Lisa dan Hani terus duduk dan ingin memesan makanan... “dah nak kebulur aku tunggu hang bersiap”rungut Lisa sambil mencari order special...saja ingin menukar selera... “Ye la..sorry..aku salah..malam ni hang order je..aku belanja...”Hani memujuk...

“Hani...Lisa...”terdengar suara memanggil Lisa dan Hani... “Alamak...Is dengan Amir la...kacau daun betul la depa ni...”rungut Hani apabila menoleh ke arah suara memanggil tadi...tersenyum...

“Ehhh....pelik...bukan ke hang suka sangat nak jumpa Iskandar tu...”perli Lisa... “Ye la..memang aku suka...tapi sekarang aku nak berdua dengan hang...kacau line betul la mamat dua orang tu”balas Hani marah tapi suka...

“Assalamualaikum...baru sampai ke..jom lepak dengan kita orang...”tanpa sedar Iskandar sudah pun berada dekat meja mereka berdua...

“Wa’alaikumussalam...errr..tak ganggu ke kalau kami ni join...”balas Hani menjeling ke arah Lisa...

“Ehhh...tak da nya nak ganggu...kami dua orang je...bosan juga kalau dah hari-hari menyembang berdua je...jom la join...Lisa..jom...”ajak Iskandar...

Dari kejauhan kelihatan Amir Hamzah memerhati sahaja sahabatnya itu...jauh di sudut hatinya mengharapkan agar Lisa juga bersetuju ajakan Iskandar... “Alaaa..hang ni mahu tapi malu...”terngiang lagi suara Iskandar memerlinya tadi...

“Wahhh....makan besar korang berdua ni...ada apa-apa ke nak celebrate...”terkejut Iskandar melihat hidangan yang diorder oleh Lisa dan Hani sampai...

 “Mak aaii...korang nak makan ke nak menjamu...” berderai ketawa mereka berempat dengan kata-kata Amir...

“Kita makan dulu la ye...kemudian kita sambung sembang lagi...jemput makan semua...”jemput Hani agak terkejut juga bila hidangan sampai...itu la akibat kalau order makanan masa tengah lapar...nasib baik jumpa Iskandar dan Amir boleh tolong habiskan...

“Terima kasih Hani,Lisa..belanja kita orang”Amir merasa segan apabila Hani pergi membayarnya... 

“Sama-sama... hari tu kan korang dah belanja...kali ni biar aku pula yang belanja...lagipun banyak sangat kita orang punya order...lain kali giliran korang pula ye...”balas Hani sambil menyedut jus yang baru di order nya lagi tadi...

Perbualan malam itu semakin rancak...mengukit kembali zaman-zaman sekolah dahulu...Lisa hanya mampu tersenyum dan sesekali ketawa...dia tak dapat nak bercerita kerana ketika itu dia dah bertukar ke sekolah lain berasrama penuh...

“Is..kalau awak nak tau ada sorang budak ni,hari-hari nangis kat kelas... tak mau pi sekolah...sampai nak pindah sekolah...”usik Hani sambil mengerling ke arah Lisa...merah padam wajah Lisa menahan malu...

“Tu dia...mesti budak manja kan...tak kan hari-hari nangis...”soal Iskandar sambil ketawa...
Lisa menunduk malu manakala Amir diam membisu... “Arghh...Hani kenapa la mesti mengungkit peristiwa ni...”bentak Amir dalam hatinya...

Melihat dua sahabat baiknya diam,Hani semakin suka untukmenyakat... “Amir takkan hang tak ingat...hang buat apa sampai Lisa nak tukar sekolah...”

“Wei...tu cerita lama la..tak payah nak ungkit-ungkit lagi...lagipun aku memang nakal dulu..”Amir cuba menahan Hani dari terus bercerita...

“Oppss...kejap-kejap...Amir nakal ke dulu mengusik sampai ada yang nak tukar sekolah..”berderai ketawa Iskandar lagi...“Setahu aku dia skema je”kali ini ketawa Iskandar disambut Hani...Cuma Lisa dan Amir sahaja membisu...
 
Hani semakin rancak bercerita kenangan tersebut kepada Iskandar...sesekali mereka ketawa... Amir memandang Lisa yang berdiam diri sejak tadi...

“Errr...Lisa..pasal dulu tu hang...err...awak...masih marahkan saya ke...?”soal Amir tidak menghiraukan perbualan Hani dan Iskandar...

Kelu lidah Lisa untuk berbicara... “Lisa,awak masih marahkan saya lagi ke”ulang Amir melihat Lisa tidak membalasnya...

Senyum... “Lisa rasa semua tu dah berlalu...zaman kanak-kanak kan...masa tengah nakal...masa tu memang la marah tapi bila fikir-fikir semula kelakar pun ada...”balas Lisa...

Baru saja Amir ingin berbual dengan Lisa,Hani mencelah... “Amir,tahniah ye...hang bertunang tak cerita pun kan...”

“kacau betul la minah ni”rungut Amir dalam hati apabila baru saja berpeluang sembang dengan Lisa...

“Amir...bila hang tunang pula...tak bagitau aku pun...”Iskandar kehairanan

Terpinga Amir mendapat ucapan tahniah dari Hani... “bila masa pula aku tunang...mana hang dapat khabar angin ni...?”

“Akhirnya Hani hang tanya juga...”bisik hati Lisa mengharap jawapan dari Amir...
“Eh..bukan ke hari tu aku jumpa hang kat kedai Ah Seng yang jual barang-barang kahwin..banyak benar aku tengok hang borong...tu pun tak mau ngaku lagi ke?”Hani serkap jarang sesuka hati...

“Ooo...yang tu...lain kali tanya la dulu jangan main serkap je...hari tu memang aku pi beli barangan bertunang,tapi bukan untuk aku..untuk adik aku...adik kembar aku tu...si Anis”terang Amir...

“wahh...Anis dah tunang ke...? owh...bukan hang ek..aku ingat kan hang...”malu tapi Hani puas hati mengetahui perkara sebenar...

“Ehh..Anis dah tunang ek..dah lama tak dengar cerita pasal dia...apa dia buat sekarang ek...”Lisa tiba-tiba teruja bila mendengar nama Anis...kawan sepermainannya dan Hani...Tapi mereka terpisah apabila Anis ditawarkan ke sekolah berasrama penuh...jarang sekali untuk bertemu walaupun cuti sekolah...

“Hurm... a’a...Anis dah bertunang dua minggu lepas dengan rakan sekolah lamanya dulu...sorry la tak jemput buat kecil-kecil je...may be kenduri nanti dijemput...”balas Amir tidak lekang matanya memandang wajah Lisa...

“hai Amir adik dah bertunang tak lama lagi nak kahwin,  yang hang ni bila lagi...takkan nak tunggu puteri kayangan kot...”gurau Iskandar

“ye la...kembar tu..hang tak rasa apa-apa ke..?Hani mencelah cuba menyakat...

“eh..haloo...jangan nak mengata aku sorang je...semua pun sama kan...single and available..kan.. ”kata-kata Amir meledakkan ketawa mereka berempat...

Malam semakin larut tapi mereka berempat tidak berganjak dari tempat duduk masing-masing malah semakin rancak berbual...Amir mengambil kesempatan untuk berbual dengan Lisa...manakala Hani dan Iskandar berbual tanpa memperdulikan dua sahabat mereka itu...

“Lisa,buat apa ek sekarang...err..maksud saya kerja apa sekarang...”Amir memulakan bicara tapi agak kekok kerana sudah lama tidak berbual dengan Lisa...

“Owh..Lisa jadi kuli je...lukis plan...dengar cerita Amir dah jadi bos besar sekarang...hebat...”Lisa cuba berlagak tenang walaupun hatinya bergetar kencang...

“Eh...Amir..kalau hang nak tau Lisa la yang dok buat design rumah Dato’ Soffian tu...”celah Iskandarsambil tersenyum penuh makna...

“owh..ye ke..apsal aku tak tau pun”soal Amir kehairanan tidak tahu keterlibatan Lisa dalam projek bersama itu...

“Camna la hang nak tau,masa tu hang tenagh dok searabut settle hal dengan Puteri....”Amir membulatkan mata apabila terdengar Iskandar terlepas cakap...

Keruh wajah Lisa apabila mendengar nama Puteri...siapakah Puteri yang disebut oleh Iskandar tadi..mengapa Amir mesti memberi isyarat mata begitu...bisik hati Lisa ingin tahu...namun ditahan perasaannya itu...

Malam itu entah mengapa Lisa tak dapat melelapkan matanya..hatinya bergetar tatkala kelibat Amir memintas pandangannya...kebelakangan ini,hati Lisa diburu resah,perasaan yang tak keruan...Lisa pun sukar mentafsir perasaannya tika ini...apakah hatinya sudah tertaut pada Amir...sebab inikah hatinya tiada ruang lagi untuk insan bernama Harris...Lisa keliru...ingin sahaja menjerit meluahkan yang terbuku di hati...Lisa bangun dari katilnya melangkah perlahan menghampiri tingkap di kamarnya...di buka luas-luas...cuba menghirup kesejukkan udara di hening pagi...nyaman dan segar..

Subhanallah..indahnya ciptaanMu...ucap dibibir mungil Lisa memerhatikan bintang-bintang dilangit...tanpa disedari air mata mengalir membasahi pipi Lisa...air mata keinsafan...air mata yang mengakui betapa kerdilnya manusia di sisi Tuhan...hatinya kembali tenang melihat keindahan alam...lantas Lisa melangkah ke bilik air mengambil wuduk,sujud pada yang Satu di sepertiga malam...mohon petunjuk dari Ilahi...bagi Lisa hanya pada Dia sajalah tempat mengadu,kerana Dia adalah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hambaNya...

“Ya Allah,aku tiada tempat lain untuk mengadu selain dari Mu Ya Allah,hanya pada Mu... Ya Allah,aku ingin mencintaiMu,aku ingin merinduiMu... Ya Allah...aku pohon agar Kau kuatkanlah iman ku dan tabahkan lah hatiku menempuh dugaan yang Kau berikan...Redhailah hatiku...Pasrahkanlah aku dengan takdirMu...sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan adalah yang terbaik untuk ku...Ya Allah,Ya Tuhanku...Sesungguhnya Engkau Maha mengetahui ..segala yang terbaik untuk hambaMu ini... Amin..Amin..Ya rabbal’aalamin...”



Bab 9 :: Cintailah Ia Dalam Diam

Lisa memilih lokasi yang pernah menjadi tempat pertama pertemuan mereka suatu masa dahulu...bukan untuk mengenang kembali kenangan indah mereka berdua, tetapi itulah tempat yang terlintas apabila disoal oleh Harris...Tiba-tiba terasa menyesal kerana bersetuju untuk berjumpa... “arghhh...mengapa pula aku mesti jumpa dia...apa perlu aku buat nanti...”getus Lisa sendirian...

Selepas perbualan dari hati ke hati dengan Hani pada malam tu,Lisa tekad untuk beri peluang pada Harris untuk menjelaskan situasinya...walau ada kerisauan di hatinya...untuk menerimanya kembali,Lisa mungkin perlu masa untuk berfikir...Penyeksaan perasaan selama lima tahun ini memang mengajarnya... kesabaran...bersyukur...menghargai...bak kata orang-orang tua pengalaman mengajar erti kehidupan...

“isshhh..mana ni..janji pukul 2.00ptg sekarang dan hampir pukul 3.00...batang hidung pun tak nampak...macam tak da perubahan je...”rungut Lisa...

“Hai..Lisa...sorry...i’m late...jem tadi...”alasan yang begitu popular untuk warga kota termasuklah Harris...

Selepas menghilangkan dahaga,Harris memulakan bicara apabila melihat kegelisahan di wajah Lisa... “Lisa, I nak minta maaf dengan you, I sebenarnya dah salah faham hubungan you dan Rizal... I betul-betul menyesal sebab buat keputusan tanpa berfikir panjang... I’m really sorry, Lisa...would you forgive me...please..?”

“Sebenarnya...apa yang you nak sekarang,Harris...kenapa mesti sekarang baru nak minta maaf...kenapa you tak pernah dengar penjelasan I,kenapa you mesti muncul sekarang...kenapa...tak cukup kah you lukakan hati I,malukan keluarga I...?”akhirnya terkeluar juga segala yang dipendam Lisa selama ini...

“Lisa,I’m really sorry...I know I bersalah...maaf kan I please...”harris cuba merayu lagi...

“Look Harris,bukan sekali dua You buat I macam ni...masa kita mula couple lagi kan..You bosan you cari I,and then you sibuk dengan kerja-kerja you...I ingat you akan berubah lepas kita tunang dan nak kahwin...tapi you masih sibuk sampai tak ada masa untuk I,dan bila I nak jelaskan salah faham tu,you langsung tak nak dengar...”Lisa cuba untuk berbicara tanpa emosi walaupun ingin saja menghambur kemarahannya...

“Lisa, please...I betul-betul menyesal sekarang...I mengaku I bersalah selalu abaikan you...I sedar I betul-betul terasa kehilangan you...I rasa kekosongan lepas you tiada...Please Lisa...forgive me..?” 

“Kalau you rasa kekosongan dan dah menyesal kenapa baru sekarang you muncul..bukan lima tahun dulu...kenapa sekarang baru you nak minta maaf...kenapa sekarang Harris..?”Lisa kecewa dengan sikap Harris...cuba ditahan dari melimpah air matanya itu...

“I...I...I sebenarnya bukan tak nak cari you tapi.....”tergagap-gagap seperti ada sesuatu yang disembunyi Harris..

“Harris,I dah lama maafkan you...tapi...I juga nak minta maaf”Lisa mengumpul kekuatan untuk meneruskan kata-katanya...

“Thanks Lisa...sebenarnya you tak da salah apa-apa dengan I,you tak payah minta maaf...”terukir senyuman di bibir Harris Zaquan apabila maaf telah diterima...

“Harris, I nak minta maaf dengan you juga...dulu I memang tunggu you,setiap saat I harap you muncul kembali dalam hidup I, I harap you call I and minta penjelasan tentang Rizal,tentang salah faham dalam hubungan kita. I tolak tawaran untuk di tranfer ke lain bahagian sebab I takut kalau suatu hari nanti you datang cari I, tapi I tiada...I tunggu you tiap saat dalam hidup I...Tapi I kecewa,I tunggu sesuatu yang tak pasti...”Lisa meluah isi hati yang terpendam selama ini...Air mata selama ini ditahan melimpah jua...Biarlah Harris tahu apa perasaannya sekarang...walaupun Lisa tahu semua ini tidak akan mengubah kembali seperti dahulu... 

“Harris,kenapa mesti sekarang baru you muncul kembali... I seperti orang bodoh selama ni...I tak tau apa yang I tunggu dari you...”

“Lisa,I minta maaf...I tak sangka you tunggu I...I betul-betul minta maaf sebab tak dengar penjelasan you sebelum ini..I menyesal sekarang ...tapi Lisa,i tu dulu kan,sekarang I dah ada kat depan you...Lisa,please...kita mulakan hubungan baru...”bagai tidak percaya bila terdengar luahan hati Lisa...fikirnya selama ini,Lisa pasti dah buang jauh-jauh dirinya...perasaan menyesalnya semakin bercambah...

“Harris,sebab tu I nak minta maaf dengan you,semua yang I cerita tu,dah jadi kenangan...semua tu dulu...sekarang tidak lagi...Harris, cukup lah I dah habiskan masa I  lima tahun tunggu you...I pekakkan telinga dengar kejian dari masyarakat, dan sekarang I nak you tau  I dah tak da apa-apa perasaan lagi...I anggap semua tu kenangan berharga dalam hidup I...kenangan yang menguatkan I hadapi masa depan...I betul-betul minta maaf..I tak dapat nak teruskan lagi hubungan kita...I harap you faham perasaan I”penjelasan Lisa kali ini benar-benar buat Harris ditimpa penyesalan yang amat...

“Lisa,tak boleh ke you bagi I peluang sekali lagi...I promise I akan hargai you...Lisa...Please...”

“I minta maaf Harris..and semua yang berlaku antara kita I dah lama maafkan you..”

“Lisa,kalau kita tidak boleh teruskan hubungan ini,boleh ke kalau kita berkawan...?”harapan terakhir Harris agar Lisa menyetujuinya...mungkin dia akan dengan cara ini dia masih boleh memenangi hati Lisa kembali...

“Untuk apa lagi kita berkawan,kalau semua ini akan mengungkit kisah lalu...perlukah I lukakan hati I lagi untuk terima you kembali...Sorry,Harris...buat masa ni I harap kita tiada apa-apa hubungan lagi...I minta maaf...I kena pergi sekarang...”Harris kecewa mendengar keputusan dari Lisa...

“Lisa,apa-apa pun thanks coz dah maafkan I...I doakan you bahagia”Harris kecewa dengan keputusan Lisa...

“Thanks to you too...”Lisa berlalu pergi dan mengharapkan keputusan yang dia buat adalah betul...Air matanya mengalir deras meninggalkan tempat yang penuh kenangan itu...Sepuluh tahun yang lalu,di situ pertemuan pertama antara dia dan Harris...indah,bahagia...namun pertemuan hari ini hanya mengundang kedukaan...terpaksa membuat keputusan yang amat perit baginya...

Lisa masih ragu-ragu dengan keputusan yang dibuatnya itu...keliru dengan perasaannya lagi... “betul ke keputusan aku buat ni...apa...betul ke aku dah penat menunggu dia...atau aku sedang membalas dendam lepas apa yang Harris buat selama ini”persoalan yang tak terjawab di hati Lisa...namun jauh di lubuk hati Lisa,dia mengharapkan keredhaan dari Ilahi,mengharapkan agar apa yang dia buat tu betul...biarlah Allah yang menentukan apa yang terbaik untuk nya...biar lah masa menentukan apa yang akan terjadi...

 “Ya Allah,tabahkan lah hati hambaMu ini...Redhailah aku dengan dugaanMu YaAllah...Kuatkanlah hati ku dan diri ku untuk lalui perjalanan dalam hidup ini...Amin...”doa Lisa dalam hatinya penuh keyakinan pada Ilahi...

Selepas menerima panggilan dari Lisa,Hani bergegas mengambil Lisa...perasaan ingin tahu membuak-buak di hatinya... “apa keputusan Lisa ye...kalau la dia trima kembali mamat tu...isshhhh...tak mungkin kot...tapi kalau dia tolak atas alasan apa ek...Lisa dilamun cinta ke...hmmm...tak kan dia tak bagitau aku...tapi sejak kebelakangan ni,Lisa selalu je termenung...hmmm..mesti ada sesuatu...”Hani berteka-teki sendirian menuju tempat yang ditunggu Lisa...

Suasana sepi menemani sepanjang perjalanan...hanya muzik sahaja yang berkumandang di radio... “Hani,jom makan...aku lapar la..”Lisa memecah kesunyian sebaik menyusuri jalan menghala ke rumah sewa mereka...

“Errr...aku rasa kita keluar lepas maghrib boleh...badan aku melekit la...tadi aku tawaf satu taman...”cadang Hani...

“yang hang p tawaf satu taman tu buat pa...ke hang dating...haaaa...”teka Lisa...cuba untuk senyum...

“ehhh...mana ada...aku sorang-sorang je kot...dah tempat tu je yang dekat dengan tempat hang dating..aku lepak la situ sambil jalan-jalan...boleh gak keluar peluh...”penjelasan Hani menceriakan keadaan yang sepi tadi...

“Lisa,hang tak mau cerita kat aku ke...? ”senyuman Lisa terhenti mendengar soalan dari Hani...

“Sorry, Hani...aku tak rasa nak bercerita lagi...mungkin sampai masanya aku cerita okay...”jelas Lisa 

“Okay dear,kalau hang perlukan seseorang pendengar setia jangan segan-segan cari aku ye...aku sahabat hang...i’ll try my best for always be with you...”walaupun tak puas hati dengan jawapan Lisa,Hani tidak akan memaksa Lisa...

“Thanks Hani...I’ll”jelas Lisa tersenyum...

Cinta Dalam Diam


Cintailah ia dalam diam, dari kejauhan, dengan kesederhanaan dan keikhlasan ...


Ketika cinta kini hadir tidaklah untuk Yang Maha Mengetahui saat sececah rasa, izinkanlah hati bertanya untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba, mungkinkah dengan redha-Nya atau hanya mengundang murka-Nya?


Jika benar cinta itu kerana Allah, maka biarkanlah ia mengalir mengikuti aliran Allah kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah maka ia pun berhilir hanya kepada Allah.


"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah." (QS. Adz-Dzariyat: 49)


"Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui. "(QS. An-Nuur: 32)


"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu, isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. "(QS. Ar-Ruum: 21)


Tapi jika memang kelemahan masih nyata dikelopak mata maka bersabarlah ... berdoalah ... berpuasalah ...


"Wahai kaum pemuda, siapa saja diantara kamu yang sudah sanggup untuk menikah, maka menikahlah, sesungguhnya berkahwin itu memelihara mata, dan memelihara kemaluan, maka bila diantara kamu belum sanggup untuk menikah, berpuasalah, kerana sesungguhnya puasa tersebut sebagai penahannya" (Hadist)


"Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. "(QS. Al-Israa ': 32)


Cukup cintai ia dalam diam ...

Bukan kerana membenci hadirnya, tapi menjaga kesuciannya..bukan kerana mengelakkan dunia, tapi meraih syurga-Nya..bukan kerana lemah untuk menghadapinya, tapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup.


Cukup cintai ia dari kejauhan ...


Kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari cubaan. Kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan. Kerana hadirmu mungkin saja kan membawa kenelangsaan hati-hati yang terjaga.


Cukup cintai ia dengan kesederhanaan ...


Memupuknya hanya akan menambah penderitaan menumbuhkan harapan hanya akan mengundang kekecewaan mengharapkan balasan hanya akan membawa kebahagiaan para syaitan.


Maka cintailah ia dengan keikhlasan


Kerana tentu kisah fatimah dan ali bin abi thalib diingini oleh hati, tapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi ...?


"... Boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. "(QS. AlBaqarah: 216)


"Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita -wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (syurga) "(QS.An-Nuur: 26)


Cukup cintai ia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhanaan dan keikhlasan. 


Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan. Mungkin saja rasa ini ujian yang akan mereput atau membeku dengan perlahan kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikan. Serahkankan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya biarkan ia yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya.


"Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga." (Umar bin Khattab ra.)


sumber : www.murabbi.net

LOveIsNeverUGly

At first time heard of this poem when i was watching the movie Beastly  and then i did research to finish reading the entire poem. I've read it and i think its beautiful.So i just wanna share here...



 Listen to this music to get more feeling.. XOXO
 


Having a Coke with You
 
is even more fun than going to San Sebastian, Irún, Hendaye, Biarritz, Bayonne
or being sick to my stomach on the Travesera de Gracia in Barcelona
partly because in your orange shirt you look like a better happier St. Sebastian
partly because of my love for you,
partly because of your love for yoghurt
partly because of the fluorescent orange tulips around the birches
partly because of the secrecy our smiles take on before people and statuary
it is hard to believe when I’m with you that there can be anything as still
as solemn as unpleasantly definitive as statuary when right in front of it
in the warm New York 4 o’clock light we are drifting back and forth
between each other like a tree breathing through its spectacles
and the portrait show seems to have no faces in it at all, just paint
you suddenly wonder why in the world anyone ever did them

I look
at you and I would rather look at you than all the portraits in the world
except possibly for the Polish Rider occasionally and anyway it’s in the Frick
which thank heavens you haven’t gone to yet so we can go together the first time
and the fact that you move so beautifully more or less takes care of Futurism
just as at home I never think of the Nude Descending a Staircase or
at a rehearsal a single drawing of Leonardo or Michelangelo that used to wow me
and what good does all the research of the Impressionists do them
when they never got the right person to stand near the tree when the sun sank
or for that matter Marino Marini when he didn’t pick the rider as carefully
as the horse

it seems they were all cheated of some marvelous experience
which is not going to go wasted on me which is why I am telling you about it

Frank O’Hara



~~~~~~~~~~~~~******~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


LOve is never Ugly


 It's What's underneath

Bab 8 : Cintailah Ia Dalam Diam

Lisa..hang okay ke..sapa call tadi...?”gelisah Hani bila melihat kelakuan Lisa selepas mendapat panggilan sebentar tadi...

Hani gelisah melihat perubahan Lisa selepas mendapat panggilan pagi tadi...Niat mahu bertanya tadi tidak kesampaian apabila melihat wajah Lisa yang masam mencuka...di biar keadaan tenang dulu...

“Lisa,awat ni...hang ada masalah ka...? cuba cerita kat aku..mana tau kalau-kalau aku boleh tolong...”...Sepi... “Lisa,kalau hang nak kongsi apa-apa aku ada di sisi hang,hang boleh  cerita apa saja...tapi kalau aku tak dapat tolong,aku minta maaf...tapi sekurang-kurangnya mungkin boleh ringankan beban hang sikit...”sambung Hani lagi...

Lisa cuba menyusun ayat untuk menerangkan keadaan dirinya... “Hani,thank you very much...I know you’ll always be with me...tapi aku tak tau macam mana nak mulakan...”

“Hmmm...kita kan sahabat...kalau aku ada poblem pun hang mesti akan tolong aku juga kan...sama-sama kongsi...but no share husband okay...”Kata-kata terakhir Hani buat Lisa tersenyum...

“macam tu la...senang sikit aku tengok...it’s ok...take your time...lagipun hari ni kan cuti...” senang hati melihat Lisa tidak lagi muram seperti tadi...

“Hani,...hang kenal kan sepupu aku,Rizal...?”Lisa memulakan bicara... “Awat pulak tak kenal...”jawab Hani..
“bukan itu...maksud aku hubungan antara aku dengan Rizal”sambung Lisa... “kalau tak silap dulu hang pernah bagitau..hang dengan Rizal bukan setakat sepupu tapi saudara sesusu...betul kan..?”Hani menjelaskan pertanyaan Lisa...Lisa mengiakan kata-kata Hani...

“Errr....hang ingat lagi tak,Harris Zaquan...?”pertanyaan Lisa kali ini membuatkan Hani terkejut... 

“Harris Zaquan...?...mana boleh aku lupa...mamat yang buat sahabat aku kecewa yang amat sehingga menutup pintu hati untuk terima mana-mana lelaki...dah macam anti-lelaki pulak aku tengok...”panas hati Hani bila mendengar nama Harris Zaquan...

“Ooittt...statement tu macam nak tikam aku je...nampak sangat ke aku ni anti-lelaki...ishh..mana ada aku anti lelaki...Cuma....”terkelu lidah Lisa untuk meneruskan kata-katanya...

“Cuma apa...Cuma hang tak dapat nak lupakan si Harris tu...”potong Hani yang semakin beremosi... “Cik Lisa,kalau tak benar aku tak cakap...rasanya ada dua tiga orang nak berkenalan tapi hang tolak mentah-mentah...”

“Tapi kan... hang ni betul ke tak boleh lupa si Harris Zaquan tu atau hang sedang menanti seseorang...”Hani meneka...

Lisa tersentap dengan kata-kata Hani...apakah betul dia masih tak dapat lupakan Harris atau sedang menanti seseorang...keliru hatinya untuk menjelaskan perasaannya ketika itu...

“Hani,kalau hang nak tau..tadi Harris yang call aku...tapi aku tak mampu nak bercakap...lidah aku kelu...air mata aku ni tiba-tiba mengalir...macam ada satu perasaan..tapi aku tak pasti...aku macam nak marah..tapi aku macam rindu suara tu...aku tak tau nak buat apa...” Hani sabar mendengar kata-kata Lisa,walaupun hatinya mengelegak bila dapat tahu Harris itu muncul kembali...

“Dia nak jumpa aku...Hani,please tolong aku...”berderai air mata Lisa yang ditahan dari tadi...
“Hang ada cakap apa,masa dia kata nak jumpa...”soal Hani... “Aku tak dapat nak cakap apa-apa cuma... ‘sorry,wrong number’...and then aku terus end call...”jelas Lisa sambil mengelap air mata yang mengalir deras...

“Kalau aku tanya,aku harap hang jawab dengan jujur dan ikhlas ye...”Lisa mengangguk seperti mendapat arahan dari Hani...

“sebelum apa-apa,hang tarik nafas dalam-dalam,hembus dengan tenang...aku nak hang jawab dengan akal dan hati yang normal bukan emosi”sekali lagi Hani memberi arahan dan Lisa melakukannya tanpa banyak soal...

“Lisa,hang cuba selam jauh dilubuk hati,apa perasaan yang hang rasa sekarang...apakah hang betul-betul marah,benci,sayang atau rindu pada si Harris tu...”Hani mula menyoal...

Selepas menghembus nafas,Lisa cuba menjawab dengan tenang... “Hani,bohong la kalau aku cakap tak rindu kat Harris dan bertambah bohong kalau aku cakap aku tak sayang Harris...tapi selepas lima tahun tiba-tiba baru dia muncul...aku sendiri tak pasti apa perasaan aku sekarang...hang tau tak betapa seksanya hati dan perasaan aku selama lima tahun tu...dan aku tak nafikan kata-kata hang,mungkin selama ni aku tolak untuk menerima dengan mana-mana lelaki adalah sebab aku menunggu dia...selepas dia menghilangkan diri,setiap hari aku berdoa,aku harap dia muncul kembali...dengar penjelasan aku...aku akan maafkan dia...aku akan terima dia...tapi harapan aku semakin pudar bila tiada apa-apa berita dari dia...dan aku baru hampir-hampir lupakan dia...”

“Hani,mengapa mesti dia hadir kembali...aku dah betul-betul nak lupakan dia...aku dah penat menunggu dia selama ni...”sambung Lisa lagi...

Keadaan sepi...sesepi malam itu...Hani cuba mengatur kata-kata yang terbaik untuk Lisa...dalam situasi sekarang Hani perlu berfikir secara bijak kerana perasaan Lisa sudah dipengaruhi oleh emosi...bimbang juga kalau kata-katanya nanti akan mempengaruhi keputusan Lisa...

“Lisa,sekarang ni hang ada suka kat seseorang ke atau menanti seseorang tapi bukan Harris...?soalan Hani tiba-tiba itu memeranjatkan Lisa...tak termampu Lisa untuk menjawab...seperti dapat membaca perasaan Lisa tika ini Hani kembali menyambung... “aku bukan nak pandai-pandai,kalau sekarang hang ada mencintai atau meminati seseorang...aku rasa selepas apa yang terjadi,lebih baik hang bagi peluang kat diri hang untuk menerima kehadiran insan baru tu dalam hati hang...aku bukan nak suruh hang benci Harris...tapi hang mesti dah faham perangai Harris kan...”

“tapi mungkin hang perlu jumpa Harris,dengar penjelasan dia,betul ke dia dah berubah dan menyesal...kemudian hang fikir dalam-dalam,minta petunjuk dari Yang Mengetahui...kalau hang rasa masih berat lagi perasaan hang kat dia,hang pupuk la semula cinta dulu tu...tapi kalau hati hang masih ragu-ragu,hang tolak la dengan baik...jangan biar dia sakit hati...berdendam...dalam pada tu hang belajar-belajar la terima cinta dari insan lain...”sambung Hani menyakinkan pilihan Lisa...

Thanks Hani...thank you very much...”hanya itu yang termampu Lisa ucapkan bila terdengar kata-kata Hani...

Hani menarik nafas lega bila kata-katanya diterima Lisa dengan senyuman... “Lisa,aku tau hang bijak buat pilihan”

Bab 7 : Cintailah Ia Dalam Diam


Entah mengapa air matanya mengalir laju...ingatannya ligat kembali mengingati kenangan-kenangan bersama seseorang yang pernah menakluki hatinya,Harris Zaquan...namun,jodoh mereka tidak panjang,tidak sempat untuk meraikan majlis gilang gemilang...entah dimana salah Lisa, Harris berubah,membuat keputusan yang menyakitkan... 

“Lisa, I tak faham and I dah tak sabar lagi...apa sebenarnya hubungan you dengan Rizal sebenarnya...Bukan sekali dua je tau...dah berpinar mata I nampak You dengan jantan tu...” 

“Harris,berapa kali I nak bagitau,Rizal tu sepupu I..and we're so close...I tak ada apa-apa hubungan pun dengan dia..kalu you tak percaya jom kita jumpa Rizal and you boleh tanya dia sendiri...”Lisa ingin menjernihkan keadaan...

 “yaa..I know..memang you dah banyak  kali bagitau I,tapi I berbulu biji mata ni tengok you dengan dia mesra sangat...dah tak macam sepupu...bertepuk tampar...berpeluk bagai...arghhhh...menyampah betul I tengok...”Haikal masih tidak puas hati dengan penjelasan Lisa...

 But Harris ,it’s true...please listen to me first..” Lisa masih cuba menjelaskan...

Look...kalau you nak explain..I just want to know mana you pergi last Monday night...”pinta Harris

"Last Monday night..?"Ingatan Lisa kembali pada malam isnin tika dia dan Rizal bertemu...ada kekusutan di wajah Rizal..sebagai sepupu yang paling rapat Lisa rasa dia perlu berada bersama Rizal untuk menguraikan kekusutan tersebut... 

“Rizal..kenapa ni..tiba-tiba ja ajak Lisa keluar malam-malam macam ni..Rizal ada masalah ke?”..sepi.. “cuba cerita sikit mana tau kalau-kalau mungkin boleh Lisa tolong...”pujuk Lisa bila dilihatnya Rizal masih diam membisu... 

“Lisa..aku..aku...”terdengar suara Rizal yang begitu payah untuk berbicara.. “Rizal,take your time and please let me know..kalau tak macam mana Lisa nak tolong”pujuk Lisa lagi.. 

“Lisa,kau kenal kan awek aku..Diana...kami dah 2 tahun couple...aku ingat aku kenal dia...rupa-rupanya tidak...tadi baru aku tahu siapa dia sebenarnya...” Lisa sabar mendengar kata-kata Rizal..terasa amat susah untuk lelaki itu berbicara “Lisa,tadi aku terjumpa Diana...” sabarnya Lisa mendengar kata-kata yang bakal dikeluarkan oleh Rizal...

“aku terjumpa Diana baru keluar dari pub...bukan keseorangan...tapi dengan seorang mat saleh...jalan terhuyung hayang...”Rizal terhenti seketika bila seorang pelayan membawa pesanan mereka tadi... “first time aku tengok keadaan Diana macam tu...aku tak pernah tau dia memang minum air haram tu”sengaja di tekan suaranya pada air haram... 

“kemudian aku ikut Diana dengan mat saleh tu...mat saleh tu drive kereta Diana laju kot..tapi nasib baik aku pun sempat ikut juga...sampai satu simpang kereta tu belok ke arah kawasan pembinaan yang terbelengkalai... kereta tu berhenti tempat yang agak tersorok... agak lama aku perhati dari jauh...tiba-tiba terasa nak jenguk apa diorang buat...Astagfirullahal'azim...Lisa..aku tak sanggup nak teruskan...”jelas kekecewaan yang amat sangat diwajah Rizal...

“Sabar la Rizal...mungkin Allah nak tunjuk kat Rizal siapa sebenarnya Diana...tapi Rizal tak nak dengar penjelasan Diana dulu ke..mana tau kalau-kalau dia terpedaya...”pujuk Lisa... “Entah Lisa,aku dah tak tau nak buat apa sekarang...sorry la aku terdial nombor ko...aku teringat ko je masa-masa cmni...”lega sikit Lisa bila lelaki tersebut mengukir senyuman walaupun dalam kepayahan... 

“Ye la..time susah-susah cmni baru ingat Lisa kan...kalau tak...hmmm..”Lisa pura-pura merajuk... 

“hei...tak kan merajuk kot...Lisa la sahabat merangkap sepupu yang paling Rizal sayang tau...”pujuk Rizal...
“hmm..ye la tu..dah jom Lisa hantar Rizal balik...dah selekeh benar Lisa tengok...tak hensem sudah...”gurau Lisa dan mengajak Rizal balik...

Dari kejauhan kelihatan mata yang memandang tajam memerhati kemesraan antara Lisa dan Rizal...Api cemburu bertambah menguasai diri apabila terlihat aksi mersa antara Lisa dan sepupunya. Harris memandu mengikut Rizal dan Lisa... “Arghhh...sepupu konon...”marah Harris apabila melihat Lisa memimpin Rizal keluar dari kereta...tanpa disedari ,Harris memecut keretanya bila setelah puas mengitip aksi mesra Lisa menghantar Rizal pulang...hatinya bagai ditusuk sembilu tajam melihat kelakuan tunangnya bermesra dengan lelaki lain...api cemburu menguasai diri,Harris tekad dengan keputusannya tanpa berfikir panjang...

“sudah la Lisa, I dah bosan dengan penjelasan you...I tak mahu dengar apa-apa lagi dari you...” lamunan Lisa terhenti bila terdengar suara Harris... 

But Harris, please listen to me.. I dengan Rizal...”belum sempat Lisa meneruskan bicara Harris memotong kata-kata Lisa...

“kita putus...next week I hantar my parents  jumpa your's parents...and from now you’re not my fiance anymore okay...”kata putus dari Haikal tidak dijangka langsung dari Lisa...

Hanya tinggal beberapa bulan saja lagi majlis perkahwinan mereka...nasib baik kad belum diedarkan dan begitu juga tempahan-tempahan lain belum confirm lagi...Cuma barangan hantaran saja yang hampir siap dibeli... Lepas kejadian tu,Lisa tidak dapat menghubungi Harris...talian telefon telah ditamatkan perkhidmatannya...

“Ya Allah,hanya Engkau yag mengetahui apa yang terbaik untuk ku...tapi aku tidak mengerti...mengapa dia mesti hadir di saat-saat aku sudah hampir melupakan dia...Ya Allah tabahkan hatiku...kuatkan imanku..redha la aku akan dugaan-Mu...Ya Allah...”doa Lisa dalam hatinya...