Bab 3 :: Cintailah Ia Dalam Diam



Di suatu sudut di hujung sebuah kampung, kesibukan menguruskan sebuah majlis pertunangan tidak terjejas walaupun hujan turun dengan lebat sejak petang tadi...majlis pertunangan yang amat di nanti-nantikan oleh sepasang suami isteri,En.Yusuf dan Puan Zulaikha...

“Hamzah,agak-agak kamu cukup ke hantaran ni...ibu risau la,kalau-kalau ada benda lain yang tak cukup...”jelas kelihatan kerisauan di wajah Pn.Zulaikha... “Ibu,tak payah nak risau...InsyaAllah,berjalan lancar majlis tu nanti...” balas si anak bagi mengurangkan kerisauan di hati ibunya...Hujan masih lagi belum menunjukkan tanda-tanda mahu berhenti...

Dalam kesibukan itu,sesekali hatinya berdebar bila terkenang kembali majlis reunion yang dihadirinya hujung tahun lalu...Amir Hamzah merenung jauh dalam kepekatan malam... menikmati hembusan bayu nan kedinginan...titisan hujan masih membasahi bumi...Suara katak bersahutan langsung tidak mengganggu lamunannya.

“Agak-agaknya apa yang sedang dia lakukan tika ini...hmmm...” Ingatan Amir kembali ketika zaman persekolahan...Amir sendiri tidak ingat lagi bila dan mengapa hampir setiap hari dia mengganggu dan mengusik Lisa...Sedangkan mereka pernah berkawan baik pada mulanya...Kenakalan Amir tika itu nyaris-nyaris buatkan Lisa berpindah sekolah.

Nur Lisa Arrayyanti Binti Haikal...setiap kali terkenangkan pemilik nama itu,hatinya bergetar dan berdebar...Meruntun hatinya di segenap jiwa..lontaran rindu seakan tersadung di birai hati. “Adakah hatinya sudah dimiliki...apakah masih ada ruang lagi untuk diriku,setelah apa yang berlaku...apakah masih berpeluang lagikah diri ini bertakhta dihatinya..menjadi raja sanubari. Lisa,sudikah kau maafkan diriku...”Dentuman guruh mengejutkan Amir dari lamunan...

“Kenapa dulu aku nakal,selalu sangat kacau Lisa, kalau tidak mesti aku dan Lisa bersahabat baik...atau mungkin kami berdua akan.........”monolog Amir sendirian...Rindu berderai dalam titisan hujan renyai itu.

Walaupun hari minggu, Lisa dan Hani tetap bangun awal.Niat untuk keluar berjogging namun cuaca tidak mengizinkan...hujan renyai-renyai sejak awal pagi tiada tanda-tanda untuk berhenti...

“Hmmm...kalau camni kita jogging atas katil je la...sejuk-sejuk ni best gak tidur.”Hani memecah kesunyian pagi itu . “Ehhh...banyak la hang nak jogging atas katil ni.. dah alang-alang bangun ni...jom kita buat operasi mengemas..kalau tunggu tiga empat hari lagi , bilik hang aku rasa nanti ada penempatan baru pulak...”jawab Lisa sambil menuju ke dapur.

“Penempatan baru...?”tanya Hani kehairanan. “Ya la..dulu kan dah ada penempatan cik semut...aku takut pulak kalau-kalau cik semut habaq kat cik sitikus ada kawasan lapang untuk penempatan baru...Silap hari bulan depa buat konsert jelajah,habis la mai bilik aku pulak...”gurau Lisa.

“Tuu dia...hang ingat bilik aku tu teruk sangat ka...aku baru ja kemas sebelum balik kampung hari tu...penempatan lama ka baru ka,semua dah tak da o.k” Hani tidak mahu mengalah...

“Oiii Cik Hani,awak ingat minggu lepas ke awak balik kampung...dah sebulan tau...takkan la penangan Pak Seman kahwin lain hang terus hilang ingatan.”
Lisa tersenyum melihat telatah sabahat baiknya itu.

“Oh..dah sebulan ke aku balik kampung...rasa macam semalam je balik kampung...memang aku dah hilang ingatan sebentar..tapi bukan sebab Pak Seman ye...hmmm.....Lisa,hang ingat tak Iskandar budak kelas masa form 4 yang pernah aku cerita dulu”...balas Hani menutup malu...

“Iskandar...budak baru yang pindah lepas aku keluar tu ke...errr... sorry la aku dah tak ingat...kenapa pulak...?” Lisa minta kepastian...

“Ye...budak tu la...masa aku balik sini naik keretapi dulu, aku jumpa dengan Is...tapi sempat sembang sat ja...dia dok coatch lain...” jelas Hani tersenyum... “dia keje dekat je dengan area office kita dan kalau hang nak tau dia serumah dengan sahabat baik yang tak boleh renggang sejak dulu,si Amir...”sambung Hani lagi...

Lisa hanya mendengar sahaja...tiada bicara, namun jauh disudut hatinya berharap agar Hani akan membuka cerita pasal Amir dan kedai pengantin yang pernah Hani ceritakan dahulu...sekali lagi Lisa hampa,Hani tidak lagi menyambung cerita malah berlalu menuju ke dapur untuk menyiapkan sarapan...

“Weh,Hani...apa sebenarnya hang nak cerita ni...?”bebel Lisa bila Hani hanya berlalu tanpa menceritakan apa-apa... “Tak da apa-apalah...saja ja nak habaq kat hang yang aku jumpa Is..tu je...”Hani menjelaskan namun masih ada sisa-sisa senyuman di bibir.Senyuman yang agak sukar ditafsir Lisa...dan harapan terus menjadi harapan yang tidak tahu bila bernoktah.


Majlis yang dirancang telahpun berjalan dengan lancar.ikatan pertunangan terjalin seperti yang telah dijanjikan,maka terikatlah satu ikatan untuk suatu perhubungan namun bukan syarat untuk menghalalkan pergaulan...Alam pertunangan adalah satu proses mengenali hati budi,kata orang-orang tua ketika inilah dugaan sering menduga, menguji tahap kesabaran seseorang sebelum menempuh gerbang perkahwinan...Tiada saat paling indah seandainya berjaya mengharungi segala permasalahan itu,ikatan suci yang halal menanti di gerbang perkahwinan...

“Tahniah,ada juga insan yang berminat dengan adik abang ye...lepas ni dah tak boleh manja-manja lagi dengan abang tau...”gurau Amir kepada adiknya,Anis...

Thanks abang...ye la tu...tapi bukan ke abang yang selalu manja-manja dengan Anis...hah!.abang tu bila lagi ni...cam tak sabar pulak nak jumpa bakal kakak ipar...”Anis memulangkan buah keras mengusik abangnya pula...

“Eh..ke situ pulak,abang tak pa...lewat pun saham masih tinggi...”Amir juga tidak mahu mengalah...

“Abang,masih teringat kakak tu lagi ke...?”soalan Anis membuatkan Amir terkedu....Anis seperti dapat mengagak apabila melihat abangnya itu terdiam...

“Abang,jangan tunggu lama-lama...nanti melepas...cuba la sebelum terlambat...Ini semua bukan untuk Anis,bukan juga untuk Ibu dan Abah, tapi untuk diri abang sendiri...kalau abang tidak cuba,sampai bila-bila pun abang takkan tahu jawapannya...tak salah mencuba,kalau tiada jodoh sekurang-kurangnya abang dapat jawapan yang pasti...jangan risau Anis akan sokong abang dari belakang...”Anis cuba beri semangat...

Amir termenung mendengar kata-kata dari adik kembarnya itu...Sebetulnya Amir tidak menafikan kata-kata Anis itu...memang dari dahulu Amir hanya memendam rasa,tidak berani untuk meluahkan apa yang terpendam dihatinya...takut dan malu jika ditolak bulat-bulat...kasih seakan tidak kesampaian..takut kecundang dikala hati sedang bercambah kasih...

“Hmmm...mungkin ini salah satu sebab aku menggangu Lisa dulu...mulanya sekadar ingin menarik lebih perhatiannya tapi kenakalanku menjadi-jadi hinggakan menimbulkan kebencian dihati Lisa tanpa sempat aku meluahkan apa yang terbuku di hatiku...Kalau la boleh kembali sewaktu zaman sekolah dulu...aku akan cuba pastikan tiada kebencian dihati Lisa bila bersamaku...arghhh....mengapa kebodohan aku itu menutup keikhlasan aku untuk mengenali dia lebih dalam...”bicara Amir di hatinya...wajah Lisa bermain diruang minda....hati bertamu rindu....

“Abang,jauh menung...atur strategi ke...?”Anis mengusik menghentikan lamunannya... “Tak adalah...pandai-pandai je...Anis ni...” balas Amir sambil meninggalkan adiknya sendirian...

Hati Amir sebenarnya sangat runsing dengan apa yang dilihatnya sebelum pulang ke kampung hari tu...betulkah apa yang dia nampak....berbungkam rasa tidak senang hati...

No comments:

Post a Comment