Bab 4 :: Cintailah Ia Dalam Diam

Dingin pagi itu tidak mematahkan semangat dua anak muda untuk melangkah ke masjid menunaikan solat subuh berjemaah. Penuh kesyahduan dan rendah diri bersujud pada yang Satu.Selesai solat bergegas pulang untuk tunaikan amanah yang kedua pula..iaitu bekerja.Sungguhpun usia masih muda tidak menghalang mereka untuk menubuhkan sebuah syarikat yang kukuh,walaupun hanya mempunyai dua orang pekerja.

“Amir, hari ni aku nak jumpa klien...kalau hang free jom join aku...mana tau kalau-kalau idea bernas hang tu memikat klien kita...”Iskandar memulakan perbualan ketika kesunyian menyelubungi perjalanan pagi itu...

“Is,aku bukan tak nak ikut tapi aku ada hal sikit la...nak kena settle hari ni jugak..”balas Amir serius...

Amir dan Iskandar, dua sahabat baik sejak dari zaman sekolah lagi...membesar bersama di sebuah kampung tapi terpisah membawa haluan untuk mengejar impian masing-masing,namun persahabatan mereka yang masih erat mereka bertemu semula apabila sudah berjaya dan kini menubuhkan syarikat bersama...

“Ni pasal kerja atau pasal Puteri..? Kalau pasal Puteri, aku rasa baik hang settle cepat...aku yang tengok pun naik rimas...tapi kalau hang masih lagi berminat nak teruskan...hang bincang la elok-elok..” Iskandar sekadar meneka apa yang tersimpul di benak fikiran Amir...

“Betul la tu..pasal Puteri...aku dah give up la...tak guna lagi aku teruskan hubungan ni...jatuh maruah aku sebagai lelaki...bukan aku je,hang pun nampakkan...?..nasib baik aku nampak sekarang..buatnya dah kahwin..naya aku macam ni...”jelas Amir panjang lebar...mencurahkan rasa gelisah nya...

“Aku bukan apa Mir,sebagai kawan aku ikut je mana yang hang rasa betul...tapi kan aku pelik la...macam hang boleh tahan dengan perangai gedik si Puteri tu?”soal Iskandar kembali...

“Entah la Is,aku pun tak pasti macam mana aku boleh tersangkut kat perempuan tu...mula dulu aku tengok macam okay je...cantik gak...baru setahun couple dia tunjuk belang...”Amir menyuarakan kata hati...

“Mungkin masa tu dia berjaya sembunyi perangai sebenar...tapi aku rasa baik hang nampak sekarang...cantik luaran ja Amir, dalam hanya Allah saja yang tahu...ada la hikmah disebalik ni...mana tau..entah-entah ada yang terbaik dok tunggu hang kan...” balas Iskandar kembali...

Ketika bersendirian di bilik kata-kata akhir dari Iskandar terngiang-ngiang di telinga Amir... “Entah-entah ada yang dok tunggu hang”....agak-agak siapalah bidadari itu kan...kalau la benar ada yang masih menunggu, biarlah kali ini Lisa yang menjadi insan itu...biarlah Lisa menjadi insan yang terakhir memiliki hati dan cintanya.Hmmm...tapi bukan kah semua ini sudah ditentukan...siapalah aku hendak melawan takdir.Hanya insan kerdil yang diberi peluang untuk mensyukuri nikmat pada hari ini...esok,mungkin tiada lagi esok untuk aku...hanya Allah saja yang Maha mengetahui...

Ya Allah, seandainya ada jodoh buat aku dan Lisa...temukanlah kami berdua...moga terbuka hatinya untuk memaafkan diriku ini...doa Amir dihatinya...

Lamunan Amir terhenti apabila alarm remindernya berbunyi... “Arghhh...kenapa la aku harus lalui semua ini...Ya Allah,berikanlah aku petunjuk...dan seandainya ini adalah jalan yang terbaik permudahkanlah segala urusanku...”bisik hati Amir sambil menuju ke surau untuk tunaikan kewajipan pada yang Esa...

Selesai solat zuhur bergegas Amir ke tempat yang di janjikan untuk bertemu Puteri dan menyelesaikan semua kekusutan...biarpun sebelum ini keputusan memutuskan hubungan berjaya dipujuk rayu oleh Puteri...namun kali ini Amir tekad untuk memutuskan hubungan.Sepanjang perjalanan Amir hanya mampu berdoa moga Allah memudahkan urusannya kali ini...

Kelibat Puteri diperhati dari kejauhan... “Arghh..dah lambat masih boleh berlenggok lagi..tak rasa bersalah sikit pun...”bentak Amir dalam hati...

“Hai sayang..sorry I lambat...I ingat you tak nak datang tadi..”Puteri memulakan bicara petang itu... “Dah janji kan.. I datanglah... I ada benda nak bincang dengan you...”balas Amir serius. “You ni, I datang jauh-jauh tak pelawa I minum dulu ke..I dahaga tau...”Puteri melirik melihat wajah pada Amir yang serius dari tadi...

Setelah air yang di pesan tiba..suasana masih sepi...Amir mengumpul segala kekuatan untuk memulakan bicaranya petang itu tanpa dikuasai oleh emosi.Namun belum sempat Amir bersuara, Puteri memulakannya dahulu...

“Sayang, kenapa ni...nampak serius sangat ni?Sebenarnya...... I pun ada benda nak bincang juga dengan you...boleh la nak kata penting...” “Apa dia?”terpacul dari bibir Amir tidak sabar... malah dalam hati biarlah perkara yang nak diucapkan adalah sama dengan niatnya...

“I sebenarnya dah lama fikir tentang kita...I dah tak sabar dengan perangai you,apa yang I buat dan apa yang I pakai semua you tak suka...mula tu memang I sabar and I ikut kehendak you...tapi I dah tak tahan you tak pernah nak hargai I...and baru-baru ni, you jumpa I with someone right ? for you information he’s my boyfriend...we all break kejap because dia further study kat U.K...by the way...dia anak Dato’..and bakal warisi harta his parents...so kalau nak compare dengan you...nothing...He love what I’m doing and what I done...not like you...everything worst to you...yang tahu ceramah kat I je...nonsense…so I hope you fahamkan…kita tak setaraf langsung…”penjelasan dari Puteri membuatkan Amir menarik nafas mengawal semua emosi...

“Kenapa you diam...bukan ke you pun ada benda nak bincang kan...tapi kalau you nak ceramah-ceramah kat I, I dah tak nak dengar lagi...I dah bosan dengan life you...asal dari kampung tapi ada hati nak kahwin dengan I...pleaseee...I sudi kawan dengan you pun sebab nak isi masa lapang I je sementara tunggu boyfriend I balik...so faham-faham je la... ”sambung Puteri lagi...kali ini kata-kata Puteri buatkan Amir tersentap...

Di tarik nafas dalam-dalam agar dapat menahan amarahnya itu sebelum memulakan bicara... “ I sebenarnya memang nak bincangkan pasal ni, tapi memandangkan you dah buat keputusan...I sedar mana letak diri I... I doakan agar you bahagia dengan dia...”pendek saja kata-kata Amir buatkan Puteri tersenyum sinis...

“Lepas ni kita dah tak ada apa-apa hubungan so you jangan hegeh-hegeh cari I pulak ye...I kena jaga nanti boyfriend I salah faham pulak...okay..take care ya..oppsss...sebelum I lupa, nanti you balik, you cerminkan dulu muka you ye...”sindir Puteri ketawa berlalu menuju ke arah lelaki yang setia menunggu sejak tadi...

“Alhamdulillah...”itulah kata-kata yang terpacul dari Amir...Alhamdulillah semua selesai tanpa sebarang keadaan yang tidak diingini.Walaupun itulah keputusan yang Amir harapkan,namun dia tidak sangka kata-kata yang terkeluar dari mulut Puteri..dari insan yang pernah disayanginya dan di cintainya suatu masa dahulu.Pedih hatinya bagai disiat-siat dengan kata-kata hina itu...dia tidak tahu apa yang dia rasai sekarang... dilukai,dikhianati,dihina,gembira...emosinya bercampur-aduk. Fikirannya bercelaru... hatinya sakit...kosong...tanpa sedari tangannya menekan nombor sahabat baiknya...kebetulan perbincangan dengan klien selesai...bergegas Iskandar mahu menemui sahabatnya...

“Hmmmm....naik train je la...pastu naik teksi...”bisik Iskandar sendirian apabila teringat Amir yang menghantarnya tadi...

Amir hanya perhatikan dari jauh sahabatnya.. ada riak bimbang...namun masih boleh tersenyum... “ Is...sapa yang hang tumpang tadi...?” soal Amir setelah melihat sahabatnya itu tenang meneguk minuman yang telah pesan sebelum Iskandar sampai...

“Macam pernah aku nampak..tapi tak pasti pulak kat mana...”sambung Amir lagi...seperti menghilangkan rasa tidak selesa dihati...

“Klien la..dia kata lalu area ni..dia tumpang kan la..yang hang ni pa cerita..? gelabah semacam ja aku tengok...macam mana dah settle ke...” soal Iskandar membetulkan duduknya... “Alhamdulillah...semua dah settle...” balas Amir tersenyum tawar...keinginan Iskandar untuk bertanya lebih lanjut terhenti apabila Amir mangajaknya pulang...

“Hang drive...aku nak relaks jap..”pinta Amir apabila mereka tiba di kereta...Perjalanan pulang petang itu sepi...sesepi hati Amir...kata-kata Puteri masih terngiang-ngiang di telinga Amir...Iskandar membiarkan keadaan sahabatnya itu melayani perasaan...niatnya untuk bertanya ditahan dahulu... “biarlah Mir cerita sendiri kalau semua dah tenang”monolog Iskandar sendirian...

Tiba disatu hentian simpang lampu merah, Iskandar terpandang ada air mata yang mengalir di pipi sahabatnya itu... terus dia menekan butang radio dan biarkan terpasang kuat...membiarkan keriuhan lagu-lagu itu menenggelam suara kesedihan Amir...biarkan air mata lelaki ini membasahi pipi...biarkan ia tertumpah disini..buangkan semua yang terhimpun tiada bersisa....kerana air mata lelaki sangat berharga....tabahlah Amir...

No comments:

Post a Comment