Bab 12 :: Cintailah Ia Dalam Diam

Keakraban antara Lisa dan Amir terjalin hanya atas nama kerja sahaja. Bagi Lisa dan Amir mereka perlu bersikap profesional untuk menghasilkan kerja yang terbaik.Mereka berdua lebih pentingkan hal kerja dari segalanya.Hal ini telah merunsingkan Hani dan Iskandar.Pada pandangan mereka berdua,baik Lisa mahupun Amir,seperti menyimpan perasaan tapi pendamkan sahaja.Seperti ada sesuatu yang menjarakkan hubungan itu.

“Lisa, minggu depan kita balik kampung jom” suara milik Hani mematikan lamunan Lisa.

“Astagfirullahal’azim...cik Hani ooiii....boleh tak lain kali bagi mukadimah dulu sebelum main terjah je”leter Lisa apabila terperanjat dengan kehadiran Hani.

“Huh..ye la..saja je nak sergah kau...ingatkan tak sedar...jauh sangat aku tengok kau terbang”perli Hani sambil mengambil tempat di sebelah Lisa.

Tempat kegemaran mereka berdua melepak,beranda yang mengadap kehijauan bukit.Penuh ketenangan.

“Nasib baik aku tak ada penyakit tiga serangkai tu,kalau tidak tak pasal-pasal kau nanti merengkok dalam penjara,bunuh tanpa niat..haha”gurau Lisa menutup malunya termenung sehingga tidak sedar kehadiran Hani di sebelahnya tadi.

“Kau cakap apa tadi..?aku kurang jelas la”soal Lisa kembali bila teringat hal sebentar tadi.

“Hmmm...tahu la petang ni tenang..angin sepoi-sepoi bahasa...burung berkicauan...sesuai sangat la nak berjiwang kan...sampaikan aku bertenggek sebelah kau macam dah tumbuh akar kau tak sedar kan...”perli Hani mengusik...

“Ehh..aku bukannya macam kau yang suka jiwang-jiwang karat ni...aku layan pop rock je”balas Lisa tersengih

“Eh..eh..Sama la taste kau dengan Amir tu...setahu aku dia pun layan pop rock.Tapi dengar-dengar cerita sekarang ni dia layan pop leleh pulak...hmmm...pelik..”makin kuat Hani usik Lisa..merona wajah Lisa mendengar usikkan Hani.

“Err...aku dengar kau nak balik kampung..bila ek..?tanya Lisa cuba mengubah perbualan petang itu..

“Aik..ubah channel nampak”balas Hani senyum penuh makna
“Mana ada,aku risau je nanti kau hanyut jauh sangat..dah jauh sangat melalut”sangkal Lisa

“Hmmm...aku nak balik minggu depan.Jom kita balik sekali”ajak Hani.
“Minggu depan..?aku rasa tak dapat la.Ada presentation hari Rabu,nak kena prepared la mana patut”

“Alaaa...minta postpone tak boleh ke?kalau boleh nak minta kau apply cuti hari Khamis dengan Jumaat tu”pinta Hani mengharap.

“Uiks..mana boleh suka-suka nak postpone.Ni projek baru aku nak kena presentation kat syarikat buah hati kau tu.Tapi kan,perlu kah aku apply cuti..hmmm...dua hari tu..ada apa-apa kah?”

“Rahsia”jawab Hani sambil menguntum senyuman makna.

“Kalau dah rahsia,kau balik la sorang-sorang”dengan nada merajuk Lisa menjawab.

“Alaa..kau apply la cuti dulu nanti aku cerita la”Hani memujuk.

“Hmm..tengok la macam mana..”balas Lisa bersahaja sambil berlalu meninggalkan Hani keseorangan di beranda...

“Aku nak bertunang”balas Hani perlahan namun mampu didengari Lisa.

“What..?!”jerit Lisa..

“Tak pa la kalau kau taknak balik.aku balik sorang je la”rajuk Hani

“Hani...benda macam ni kau sorok dari aku...sampai hati...”

“Aku minta maaf..aku tak terniat nak sorokkan dari kau..sebenarnya aku malu nak bagitau kau hal ni”

“Hani..benda baik macam ni apa yang nak dimalukan...sampai hati kau tak bagitau aku perkara ni”giliran Lisa pula merajuk.

“Aku bukan tak nak bagitau kau..tapi aku pun tak jangka perkara ni cepat macam ni...lagipun aku malu la nak bagitau awal-awal,buatnya tak jadi,malu aku nanti..belum apa-apa dah riuh..kan”balas Hani...

“Owh...so who’s the lucky one?”

“I think you know who..”sengih Hani

“Is that Iskandar or another guy?”

“Ada kau nampak aku berkawan dengan lelaki lain ke..?”jawab Hani malu..

“Mana nak tau kan..kalau hal besar macam ni pun kau boleh rahsia dari aku ini kan pula dengan siapa kau berkawan kan...”

“Lisa,kalau kau masih terasa dengan aku,betul-betul aku nak minta maaf.aku sememangnya tak terniat langsung nak rahsia dari kau.Bulan lepas,aku pun terkejut bila Is lamar aku.”terang Hani

“What..?bulan lepas dia lamar kau...tapi kenapa baru sekarang kau bagitau aku...apa aku tak layak ke nak kongsi kegembiraan sahabat aku..”Lisa memotong dengan suara yang masih ada nada rajuk.

“Lisa,please...dengar aku nak cerita dulu...”

“ok..sorry”

“Memang la bulan lepas Is lamar aku..tapi aku minta masa..aku ingat nak tanya pendapat kau..tapi aku tengok kau dah macam mayat hidup..hampir 24jam sehari 7hari seminggu kau bekerja siapkan proposal...aku minta petunjuk dari Dia...selepas Is lamar aku buat istiqarah setiap malam..aku betul-betul buntu masa tu...aku perlukan kau masa tu tapi aku tak sanggup nak kacau kau...sedangkan makan minum dan tidur pun kau tak kisah ini kan pula hal aku.aku tak nak susahkan kau.Aku tanya pendapat mak ayah aku,diorang tak halang malah merestui pilihan aku.So hari terakhir sebelum aku beri keputusan,aku buat istiqarah sekali lagi,masa tu aku dapat keyakinan yang pilihan aku buat adalah betul.tapi aku masih ada risau mana nak tau tiba-tiba Is pula buat hal.sebab tu aku rahsiakan dari kau.Lisa aku betul-betul minta maaf”panjang lebar Hani menerangkan kepada Lisa.

Lisa tidak dapat menafikan kata-kata Hani,bulan lepas memang dia sangat sibuk.Dan dia juga merasakan juga seperti mayat hidup tungkus lumus siapkan proposal.Dia juga ada terperasan sikap Hani ketika itu,tapi dia tidak mampu untuk bertanya.Fikirnya mahu bertanya selepas siap kerja tapi dia terlupa.

“Lisa...”

“Owh...Hani...aku yang patut minta maaf dengan kau.aku perasan sikap kau pelik masa tu tapi aku abaikan sebab terkejar-kejar hal kerja.aku minta maaf sebab salah faham”

“Lisa,kau tak salah..”balas Hani sambil memeluk Lisa..

Sepi....

“Eh..sentimental la pula...Hani..apa-apa pun aku nak ucap tahniah...”Lisa mematikan suasana sepi.

“Terima kasih...sebab tu aku harap kau dapat teman aku nanti...minta la cuti ek..pasal presentation tu aku rasa mesti postpone nye.”berseri-seri wajah Hani.

“InsyaAllah aku try apply cuti...lagipun aku kerja macam orang gila bulan lepas.nak gak bercuti..kan.”

“Lisa..aku ada satu lagi rahsia..kau nak tau tak..?tanya Hani malu-malu

“Aik..ada lagi rahsia..hmmm..banyak sungguh rahsia kau Hani..kalau kau sudi kongsikan aku sejuta kali sudi dengar”balas Lisa tersenyum.

“sebenarnya...errrr...sebenarnya....”tergagap-gagap Hani mulakan cerita

“haiii...sejak bila kau gagap ni Hani..takkan penangan nak bertunang kau terus gagap”perli Lisa tersenyum lagi...manis...

“aku ...aku...Is..sebenarnya...errr...malu la aku nak cakap...hmmm...tak payah la..ek”

“Ya Allah...Hani..Hani..benda apa yang kau nak cakap sampai tergagap-gagap macam ni...”

“hah..kau dengan Is ada buat benda tak elok ke..?”teka Lisa

“Weh..agak-agak la nak serkap..serkap kau tu jarang..selalu tak mengena”balas Hani geram

“habis dah kau tak nak cakap..aku serkap je la..mana tau..kot-kot bertuah kali ni”gurau Lisa

“banyak la kau bertuah..tu malang tau kalau serkap kau mengena...kalau aku cakap kau jangan gelakkan aku ye...”

“errr..tengok keadaan la..kalau kelakar ku gelak la..tapi kalau tak aku pura-pura gelak boleh?”ligat Lisa bergurau.suka Lisa bila tengok wajah Hani mengelabah.

“Kau ni Lisa..aku serius ni”

“Ye la..ye la...cepat pecahkan rahsia tadi”

“sebenarnya dulu aku pernah sukakan Is.Tapi dalam diam je la.Masa tu aku tengok dia macam tak berminat dengan perempuan je,asyik berkepit dengan Amir.Walaupun dok berkepit dengan Amir,Is masih ramai peminat,tapi semua ditolak mentah-mentah.So aku pun minat dalam diam je la”terbongkar jua rahsia Hani yang dipendamkan selama ini.

“Owh..ye ke..patut la masa mula-mula jumpa Iskandar kau macam excited semacam je..pelik aku tengok masa tu tapi tak terasa pula nak tegur..”

“Owh..nampak sangat ke?”tanya Hani malu-malu

“Too obvious....Cer citer lagi perkembangan perasaan hati kau tu”

“Errrr...to be continued...aku belum solat Asar lagi...haha”kata Hani sambil berlalu meninggalkan Lisa keseorangan..

“sok jangan lupa apply cuti ye...i wish you will be with me”sambung Hani lagi...

Lisa keseorangan di beranda menyambung kembali lamunannya...termenung memikirkan masa depannya.apakah masih ada bahagia dalam hidupnya...

Teringat kata-kata Hani semalam ketika perjalanan pulang dari kerja...

“Lisa,aku bukan nak campurtangan hal perasaan kau atau urusan peribadi kau,tapi aku sebagai kawan merangkap sahabat baik,aku nak cakap sikit boleh”

“Apa nya..bunyi macam serius je..aku ada buat salah ke?”soal Lisa..risau

“Kau tak ada buat salah..Cuma aku nak tanya kau la..apa perasaan kau sekarang”

“Perasaan aku...?maksud kau..?”

“Err..maksud aku..apa perasaan kau sekarang lepas kau jumpa kembali dengan Harris..apa kau masih beri dia peluang atau kau dah tengah kemaskan perasaan kau?”

Sepi..tiada jawapan dari Lisa...

“Aku minta maaf la kalau kau rasa aku masuk campur hal peribadi kau...tapi kau pernah dengar tak cerita seorang perempuan dengan bas..”soal Hani berharap Lisa berminat untuk mendengar..

“Err..tak pernah,tapi apa kena mengena cerita perempuan tu dengan benda yang kau nak cakap..”tanya Lisa kembali...

Hani tersenyum bila pancingannya berjaya...

“saja je nak cerita-cerita petang yang indah sambil terperangkap dalam lautan kereta..arghh..aku benci betul la time cam ni”balas Hani

“Banyak la kau punya petang yang indah..lautan kereta bagai...aku rasa tak da sorang pun yang suka cam ni..”Lisa juga bosan dengan suasana kota setiap hari..

“hah..cepat la cerita sebelum kebosanan aku di tahap maksima..”sambung Lisa

“macam ni...ada seorang perempuan tu..Cik A..suatu hari dia naik bas no 1..bas tu yang sangat selesa..Cik A senang hati dalam perjalanan.Tiba-tiba bas no 1 yang selesa tu rosak ditengah jalan,Cik A tadi terpaksa turun kemudian bas no 1 pergi tinggalkan Cik A keseorangan...

Dalam masa tengah tunggu datang bas no 2,bas tu sangat selesa,bersih sama je kalau nak dibandingkan dengan bas no 1..tapi Cik A biarkan bas no 2 tu berlalu dengan harapan bas no 1 tu kembali.tidak lama kemudian datang pula bas no 3.bas no 3 tu pandangan dari luar nampak cantik,ada air-con tapi seatnya banyak yang rosak..Sekali lagi Cik A biarkan bas no 3 tu pergi juga.dalam hati dia rasa menyesal sebab abaikan bas no 2 tadi.tapi dalam masa dok tunggu Cik A masih mengharapkan bas no 1 tadi datang”Hani berhenti sebentar memalingkan wajahnya memandang Lisa..

Sepi...

Melihat tiada reaksi dari Lisa,Hani memyambung kembali ceritanya itu..

“Tiba-tiba datang bas no 4,tapi bas ni lagi teruk dari bas no 3 tadi.dah la kotor,tak da air-cond dan seat pun banyak yang rosak.Cik A biarkan bas tu berlalu lagi dengan harapan lepas ni ada bas yang lebih baik dari ini...

Hari pun dah semakin petang..tapi Cik A masih belum naik bas untuk teruskan perjalanan lagi...dalam hatinya dia benar-benar menyesal sebab abaikan bas 2 dan 3 tadi.kali ini Cik A benar-benar tekad walaupun teruk macammana pun bas yang akan datang dia mesti naik.sebab kalau dia abaikan juga kali ni,dia tidak akan sampai ke destinasinya”panjang lebar Hani bercerita...

“The end”sambung Hani lagi bila melihat Lisa masih seperti tadi..tiada reaksi

“so..moral of the story..?”soal Lisa

“Lu pikir la sendiri”kata Hani sambil meniru gaya Nabil Raja Lawak.Lisa mencebik.Lisa sengaja tanya Hani sedangkan dia faham maksud yang nak disampaikan...

“Aku kah Cik A tu..Aku taknak jadi macam Cik A..melepaskan peluang yang ada...sampai akhir terpaksa terima pilihan terakhir”bicara Lisa dengan perasaannya..mengenang cerita Hani..

“Hai Cik Lisa..jauh sangat menung tu..sudah-sudah la..dah nak maghrib ni...”lamunan Lisa terhenti mendengar suara Hani dari dapur.

“huh..kacau sungguh la...aku nak melayan jiwang sikit pun tak boleh..”rungut Lisa bangun menutup pintu beranda.

“itu la..kalau suka katakan suka...tidak la ternanti..merana jiwa..merana perasaan...”sakat Hani lagi...

“Ya Allah...Aku ingin beri peluang pada hatiku menyintai dia keranaMu..aku ingin beri peluang pada hatiku untuk merindui dia keranaMu..tapi layak kah aku sedangkan cintaku padaMu dan rinduku padaMu sering kuabaikan...dalam fitrah ku sebagai manusia ingin jua mencintai dan dicintai,namun aku ingin mencintaiMu setulusnya,..ku mengharapkan keredhaanMu..Ya Allah...bimbinglah daku,pelihara lah hatiku dan diriku agar jauh dari kemungkaranMu Ya Allah..Amin”doa Lisa dalam hatinya.

Sayup-sayup terdengar azan maghrib di surau kawasan perumahan mereka.Dengan segera Lisa menyiapkan diri,bersedia menyerah jiwa dan raga untuk sujud pada yang Satu..rindu untuk berbicara dan mengadu dengan Pencipta...

No comments:

Post a Comment