Bab 13 :: Cintailah Ia Dalam Diam

“Tahniah Hani...aku doakan kau bahagia”ucap Lisa dengan perasaan berbaur..sedih dan gembira..

“Ehh..aku baru bertunang kot..jangan la sedih-sedih pula..”balas Hani apabila melihat perubahan pada wajah Lisa..

“mana ada..aku happy la..”

“Errr...Hani..Taniah..aku doakan kau bahagia”entah dari mana tiba-tiba muncul Amir Hamzah diantara mereka.

“Uikk...tetiba je menyelit...”terkejut Hani dan Lisa dengan kehadiran amir tiba-tiba itu.

“Tapi ucapan kau sama je dengan Lisa...err..korang pakat ke..?sambung Hani lagi mengusik..

Amir hanya memandang Lisa dan tersenyum..senyuman yang tersirat seribu makna..
“Ehem...korang ni nak jeling-jeling manja sambil bila ye..aku rasa cam dah bertukar jadi tiang lampu la pula kat sini”sakat Hani lagi...

Dari kejauhan Iskandar hanya memerhati sahaja gelagat tunang dan sahabatnya itu..tiba-tiba Isakandar tersengih dan berlalu menghampiri mereka bertiga..

“Sorry guys..nak pinjam tunang aku kejap ye”Iskandar terus menarik lengan Hani mengajak meninggalkan Lisa dan Amir Hamzah.

Belum sempat Amir mencelah,Iskandar dan Hani dah hilang disebalik tetamu yang hadir..kini hanya tinggal dia dan Lisa sahaja disitu..

Keriuhan dimajlis pertunangan tersebut tiba-tiba bagaikan sepi apabila Lisa bertentangan mata dengan mata Amir.. Masing-masing bagai terpukau,diam seribu bahasa.

“hmmm...dah bagi peluang pun tak menjadi ke..”rungut Iskandar yang memerhati dari jauh..kini baru la Hani faham mengapa dia ditarik meninggalkan sahabatnya begitu sahaja.

“Awak ni,tak agak-agak la..diorang tu kan dua-dua pemalu..takkan menjadinya kalau awak buat drastik camtu”balas Hani mengerti niat Iskandar yang kini sudah pun sah bergelar tunangnya..

“Aikk..dulu kan awak cakap,Amir ni ligat kalau bab menyakat Lisa..”soal Iskandar sambil matanya tidak terlepas lagi dari memandang Amir dan Lisa.

“Ye la..memang dulu Amir suka sakat Lisa sampai nangis-nangis..tapi tu dulu..zaman kanak-kanak..zaman yang tak tau malu..memang la seronok sakat-sakat orang”

“Alaa..tapi masih Amir Hamzah yang sama kan...tak pa,kita tengok la apa nak jadi..jangan masing-masing jadi bisu dah la..”

Amir masih kebuntuan ayat nak diucapkan...bukan dia tak pernah berbual dengan Lisa sebelum ni tapi bila di fikirkan balik dia dan Lisa bertemu hanya urusan kerja sahaja..maka berbual pun berkaitan kerja.

“Aisshh...jaga kau Is,saja je kan nak kenakan aku..apa aku nak cakap ekk.. nak cakap pasal kerja,time-time happy nak ungkit pasal kerja..memang potong la..takkan nak cakap pasal cuaca pula..pelik kot tiba-tiba nak cakap pasal cuaca..aku bukannya pengkaji cuaca..”bicara Amir dalam hatinya

“Awak fikir pasal apa sampai berkerut dahi...masalah negara ke”akhirnya Lisa memecah dinding kesepian antara mereka..

“Hah..awak cakap dengan saya ke..awak cakap apa ekk?”Soal Amir yang baru tersedar dari lamunan

“Ehh..taklah..saya cakap dengan bunga manggar ni..cantik pula dia hari ni ye..colourful”balas Lisa tersenyum..

“Arghh..manisnya..senyuman ni la yang buat aku tak senang duduk sejak zaman sekolah dulu”monolog Amir lagi.

“Hmmm..tengok..dah sampai bulan ke Encik Amir”perli Lisa apabila sedar dia cakap seorang diri.

“Hah..baru nak sampai tadi patah balik ke bumi”balas Amir tersengih

“Ehh..kenapa pula”

“Sebab kat bulan tak ada alien comel macam cik Lisa”nakal menyakat Lisa..

Lisa tunduk malu.

“Hmmm..Amir Hamzah..welcome back”balas Lisa tiba-tiba..

“Hah..”Amir kehairanan..

“bukan ke awak dah selamat balik ke bumi..so welcome back”giliran Lisa pula menyakat..

“Owh”masing-masing ketawa walaupun dalam hati mereka berdebar-debar hanya Tuhan saja yang tahu..

“Yes..menjadi....”Iskandar bersorak keriangan dengan rancangannya...

“Memang la menjadi,tapi tadikan Lisa yang mulakan dulu..bukan yang macam awak plan pun..”

“Alaaa..tak kisah la sapa yang start dulu,yang penting dua-dua dah boleh bergurau bukan lagi bincang pasal kerja..tak begitu cik Hani sayang..”tersenyum bahagia Hani bila terdengar perkataan “sayang” dari tunangnya...

Dari kejauhan ada mata yang merenung tajam memerhati kemesraan dan gurau senda Amir Hamzah dan Lisa Arrayyanti...

“Huh..aku akan dapatkan kau kembali, Amir”

kelibat seorang wanita yang seksi diantara tetamu yang hadir berlalu meninggalkan majlis yang tak mengundangnya. api dendam semakin membara.

“hai,Amir..kamu agak-agak bila pula..?”tiba-tiba suara sumbang menggangu perbualan Lisa dan Amir..

“Eh..pakcik..makcik”tegur Amir menyalami tangan milik ayah Hani dan dturuti Lisa menyalami ibu Hani.

“Entah la pakcik,calon pun tak ada macam mana nak kahwin”gurau Amir tersenyum menjeling Lisa.

“Kamu ni memilih sangat kot..ada depan mata tak nampak atau kamu sedang tunggu seseorang”teka pakcik Hashim,ayah Hani.

“Alaa..jodoh rezeki ajal maut di tangan Tuhan, InsyaAllah sampai masanya pakcik dan makcik boleh la merasa nasi minyak saya pula”balas Amir

“Ye la Amir,jodoh tu sememangnya ditetapkan sejak kita dalam kandungan lagi,tapi kita di suruh berusaha bukan menunggu sahaja”kali ini makcik Seha pula mencelah.

Amir sekadar tersenyum mengiakan sahaja.

“Kalau tak silap makcik kamu ni Lisa kan,anak Haikal cucu Tok Mat,betul tak?”tegur Makcik Seha

“Err..ye makcik..Saya Lisa yang selalu datang main dengan Hani masa kecil-kecil dulu.”perkenal Lisa

“Hmmm...lepas ayah kamu pindah pakcik jarang-jarang nak jumpa dia.Balik sekali-sekala je.Macam mana dia sekarang?”Pakcik Hashim pula menyampuk

“Ayah Alhamdulillah.dia sihat.Tapi rasanya baru minggu lepas ayah balik jenguk atok.Pakcik tak jumpa ayah ke?”

“Hmm...Lisa jangan kamu layan pakcik kamu ni.dia yang sibuk memanjang.ada saja kursus tiap bulan.Makcik sempat je jumpa mak kamu.”Makcik Seha pulang buah keras.

“Ye la..saya je yang sibuk.hmm..jom la kita ke sana pula.nampak macam Abang Suffian”ajak Pakcik Hashim sambil bergerak meninggalkan Amir dan Lisa.

“Amir,jodoh takkan datang bergolek.Jangan biar lama-lama nanti di kebas orang”sempat lagi Pakcik Hashim berbisik pada Amir.

“Apa yang pakcik bisik kat awak tadi?”soal Lisa apabila Pakcik Hashim dan Makcik Leha jauh meninggalkan mereka.

“Hah..errr...rahsia orang lelaki”sengih Amir

“Banyak la rahsia lelaki”Lisa mencebik mendengar jawapan dari Amir.Lisa berlalu meninggalkan Amir setelah memberitahu dia ingin kedalam mencari Hani.

Suka Amir melihat mimik muka Lisa.Comel.

No comments:

Post a Comment