Bab 14 :: Cintailah Ia Dalam Diam

“Aku tak boleh tahan tengok perempuan tu bergedik semacam sebelah Amir”rungut Puteri sambil diperhatikan oleh sepupu rapatnya,Diana.

“Tadi kau cakap siapa nama perempuan gedik tu...Lisa ke”soal Diana seperti pernah dengar nama Lisa sebelum ini
.
“Apa yang aku dengar la..kalau tak silap aku nama perempuan tu Lisa”

“Lisa..Lisa...macam aku pernah dengar...”Diana masih tidak dapat mengingati tapi seakan-akan kenal pemilik nama tersebut.

“Ishk..kalau aku dapat perempuan tu siap aku kerjakan”Puteri mengepal-ngepal penumpuk geram.

“Hei..Puteri..setahu aku kan,bukan ke kau yang minta putus dengan Amir tu,apasal kau nak mengamuk pula.biarla dia couple dengan siapa pun,kenapa kau nak kisah pula”hairan Diana

“eh..haloo..cik Diana,memang aku yang minta putus dengan Amir.Tapi bila bersama Carl aku masih teringat Amir.Aku ingat dia nak datang pujuk aku minta jangan putus.hmmm..haremm..tak ada pun..tup..tup aku dengar dia date dengan client dia.”

“Kau kan dah ada Carl kenapa pula nak ambil kisah pasal budak kampung tu”

“Itu la masalah nya,sejak balik dari oversea aku tengok carl macam dah berubah,macaam ada sesuatu yang dia sembunyikan dari aku”jelas Puteri meneguk jus oren yang dipesan tadi.

“Tu la kau,dulu kau buang Amir sekarang kau nak pungut balik ke?”tajam soalan Diana

“Kau cakap kalau tak sindir aku tak boleh ke?”

“Nape terasa ke? Dah la aku malas nak layan soal-soal hati ni”jawab Diana malas.

Tiba-tiba sahaja Puteri tersedak dan matanya asyik memandang pada sepasang pasangan berjalan dihadapan mereka.

“OMG..baru je sebut dah muncul”perasaan Puteri tidak keruan.

“Tu ke Lisa yang kau dok sebut-sebut dari tadi..”tanya Diana sambil memanjangkan lehernya memerhati pasangan yang baru sahaja melalui mereka.

Amir dan Lisa tidak sedar ada mata-mata tajam memandang mereka dari dalam restaurent apabila mereka melaluinya.

“Hah..tu la Lisa yang aku dok sebut-sebut dari tadi..kau tengok tu,mesra nya.Arghh..gedik nya sakit mata aku tengok”Puteri geram

“Hah...”tiba-tiba pula Diana menjerit kecil

“La..kenapa pula dengan kamu ni Diana..menjerit macam nampak hantu”Puteri kehairanan.

“Wei..kalau kau nak tau,hubungan aku dengan Rizal putus sebab perempuan tu la,berlagak baik konon..Huh..”marah Diana apabila kenangan pahit itu menerpa kembali apabila terlihat Lisa.

“Owh..dia ke perempuan yang pernah kau cerita dulu..huh..nampaknya perempuan yang sama dalam kes ni..so apa plan kau sekarang,nak biarkan ke macam tu je”

“Gila la aku kalau nak biar macam tu je,kau tau berapa lama aku simpan dendam takkan aku nak biar macam tu je.”dendam Diana terhadap Lisa tidak pernah padam.

“kalau macam tu,apa plan kau..perempuan macam tu tak boleh dibiarkan..kena ajar cukup-cukup biar dia rasa” hasut Puteri

“Biar aku plan dulu,sampai masa aku tau apa yang aku nak buat.Dia takkan hidup senang lepas ni”sumpah Diana sambil mengajak Puteri meninggalkan restaurent tersebut.

Di masa yang sama tapi di restaurent yang berlainan,kelihatan Amir rancak bebual mesra dengan Lisa.Hubungan mereka bertambah rapat selepas pulang dari majlis pertunangan Iskandar dan Hani. Perbualan mereka tidak lagi kekok seperti sebelum ni.Berbual mesra dan bergurau senda.

“Amboi mesra tak ingat...terconggok kami kami sini pun tak sedar”Suara Iskandar seakan mengganggu perbualan antara Amir dan Lisa.

“Oppss...sorry..tak perasan..dah lama ke sampai..duduk la,nape berdiri”Amir jemput Iskandar dan Hani duduk menutup perasan malu.Iskandar ketawa kecil melihat kelam-kabut Amir.

Hani duduk berhadapan Lisa sambil menjungkit keningnya seakan berkata pada Lisa “mesra nampak”.

“Mana ada,biasa-biasa je la”balas Lisa dengan mimik muka sambil tersenyum.

“huh.. dasyat la diorang ni bersembang guna mata je”perli Iskandar apabila melihat Hani dan Lisa diam tapi wajah mereka seperti berbual.

Lisa dan Hani sekadar tersenyum mendengar kata-kata Iskandar.

“kau jangan tak tahu mereka berdua ni memang arif bab-bab bahasa isyarat ni”Amir mencelah dengan kenangan lalu.

“Biar betul,setahu aku sekolah tu tak ada pelajaran bahasa isyarat”balas iskandar terkejut.

“Is,bukan bahasa isyarat tu la,ini yang lain.”

“Macam mana tu”soal Iskandar

“Entah la,tapi ini diorang-diorang je yang tau..pelik..macam makhluk asing je aku tengok tiap kali diorang ni komunikasi.Pernah ada sekali tu,Lisa kat bawah Hani kat tingkat tiga.lepas tu angkat-angkat tangan buat isyarat,kemudian Hani bagitau kelas cikgu suruh pergi Library..pelik kan..”Amir mengimbau kenangan lalu.

“hahaha...”ketawa Iskandar apabila mendengar cerita dari Amir.

Lisa dan Hani hanya mampu tersenyum.Hari itu mereka berempat seperti biasa,berjumpa,menjamu selera dan berbual tapi kali agak istimewa sebab menyambut ulangtahun kelahiran Hani.Walaupun sambutan kecil-kecilan dan disambut hanya mereka berempat tapi sungguh menyeronokkan,tambah-tambah Hani kerana itulah kali pertama dia menyambut dengan insan yang dicintainya.

***

Suatu petang yang mendamaikan diberanda tempat biasa, Lisa melayan perasaannya.Tiap kali Lisa teringat mengenai Amir Hamzah hatinya kini terasa seakan ada bahagia.Dia selesa bersama Amir.Tapi Lisa hairan degup jantungnya seperti kuat bekerja bila dia bersama Amir.

“sakit jantung kah aku ni..hmmm”tanya Lisa sendirian “atau dalam hati ada taman..”sambung Lisa sambil tersenyum..

Hani membawa dua mug berisi nescafe ke balkoni menemani Lisa.Seingat Hani,sejak dia mengikat pertunangan dia jarang nak berbual-bual dengan Lisa seperti dulu.Tambahan pula Lisa juga sibuk dengan projek barunya.Sesekali terdengar gelak ketawa dari mereka berdua.

Deringan pendek dari handphone Lisa menandakan ada mesej masuk.Selesai membaca mesej tersebut tiada lagi senyuman dibibir Lisa.Tiba-tiba tangannya mengigil.Sudah tiga kali Lisa menerima mesej begitu.

Hatinya resah.Siapa yang hantar.pernah Lisa cuba menghubungi pemilik nombor tersebut tapi tidak diangkat.Hatinya makin keliru.

“Cik Lisa”sapaan Hani tiba-tiba menyebabkan handphone terlepas dari tangan Lisa.Apabila melihat Lisa masih terkaku Hani mengutip handphone Lisa dilantai.Pelik dengan keadaan Lisa,Hani mencuri baca apa yang terdapat di paparan skrin mesej.

"Ya Allah"terbit suara dari bibir Hani.

No comments:

Post a Comment