Cerpen : Pelengkap atau sekadar mengisi kebosanan

“Hai..awak lagi ke..?tunggu sape pulak kali ni..?”terkejut Izzah namun tidak menjawab pertanyaan hanya memandang makhluk sebelahnya…. “Hai…saya cakap dengan awak ni…err…saya Donald…sementara awak tunggu boyfriend awak datang boleh saya teman awak kat sini”…sambung Donald tanpa segan silu…

Terpaksalah Izzah melayan Donald yang sedari tadi duduk disebelahnya… “Sorry,tak perasan..ingat awak cakap dengan makcik sebelah tu…saya Izzah…”tutur Izzah sopan mengukir senyuman mesra

“saya tak tunggu boyfriend tapi tunggu kawan….kawan perempuan…”sambung Izzah lagi…

“owh...ye ke…sorry nak tanya lagi, saya rasa saya selalu  nampak awak kat sini…tunggu sorang-sorang…lepas setengah jam baru kawan awak sampai…awak memang datang awal ke diorang yang datang lambat…?”soal Donald ramah walaupun baru kenal… 

“isshhh…nyibuk plak la mamat ni…diam-diam sudah la…nape la mesti Nurin janji kat tempat ni…”keluh Izzah dalam hatinya…

Melihat Izzah tidak membalas soalan tadi, Donald rasa bersalah… “err…awak…sorry la…saya tak bermaksud nak busybody…sorry ek…” …  “it’s ok” Lega hati Donald bila Izzah menguntumkan senyuman 

“hmmm….selalu ke awak lepak sini..?”soal Izzah mahu mematikan suasana suram di situ… 

“selalu la…lepak sini…sebab tu selalu jumpa awak…tapi mungkin awak tak perasan saya kot…” jelas Donald sambil memerhati sekeliling dengan senyuman tidak lekang dibibirnya… 

“emm..ramai pulak manusia minggu ni…tak pernah surut”bisik Donald sendirian…

“owh..ye ke..? sorry la tak perasan…mungkin ramai sangat kot kat sini masa tu…”Izzah mengerling jam tangannya…sudah jam 1.00 petang…

“kawan awak lewat lagi ke hari ni…?"tersentak Izzah dengan soalan Donald…risau pun ada…

“sebenarnya awak,saya tengah sedih la…” bicara Donald..“adoiya…apa kena ngan dia ni…stalker ke…ke baru terlepas…ishhh….mana Nurin ni…”bisik hati Izzah… kerisauan Izzah semakin bertambah

“kalau awak nak tau,sejak saya duduk sini, sape pun tak perasan saya…tapi bila diorang bosan baru diorang datang jumpa saya…baru diorang dekat dengan saya…masa tu saya rasa sangat gembira…happy sangat-sangat…tapi …”Donald memulakan cerita sedangkan Izzah gelisah menanti Nurin yang tak kunjung tiba….

“Tapi semua tu sementara…bila mereka dah kembali happy and ceria diorang tinggalkan saya macam tu je…diorang kembali biarkan saya keseorangan lagi…saya tau mana letak diri saya…tapi saya tak mampu nak buat apa-apa…saya terpaksa dalam rela…saya cuma mampu kembali tersenyum macam sekarang walaupun hati saya sangat sedih…”sambung Donald kembali…

Izzah cuba meredakan keadaan… “awak,saya faham perasaan awak,saya harap awak banyak-banyak sabar dan tabah ye…”

“saya faham perasaan awak…”ejek Donald… “Arghh..semua akan cakap macam tu..konon boleh faham perasaan orang lain…kalau tak pernah rasa jangan cakap faham perasaan orang lain…”

“Tapi,saya faham perasaan tu…saya tau macam mana awak rasa sekarang…saya faham perasaan bila orang sedar kehadiran kita bila diorang kebosanan…dan saya juga tau macam mana perasaan bila ditinggalkan setelah diorang kembali happy…”luah Izzah sambil tunduk kebawah…terasa sebak pulak hatinya tika itu…

“err…maaf la…saya tak bermaksud nak buat awak sedih…saya teremosi tadi…I’m really sorry…ok..”serba salah bila terlihat mata Izzah yang berkaca…

“no..it’s okay…saya yang teremosi…saya juga merasai apa yang awak rasa…memang sangat sedih…hati ni macam disiat-siat..tapi tak termampu nak buat apa-apa…Cuma sekadar senyum..itu saja…”kali ini Izzah cuba meluah perasaannya…

“tapi saya nampak  awak macam happy je,macam tak da masalah…saya tak tau pulak apa yang saya rasa awak pun rasainya…saya minta maaf buat awak sedih…”sekali lagi Donald meminta maaf…

“awak tak bersalah..buat apa nak minta maaf…saya cuma faham perasaan tu…kawan gembira memang ramai tapi kalau nak tau kawan yang sebenarnya adalah kawan yang sentiasa ada samada suka atau duka…saya tak tau nak describe macam mana kalau kawan yang cari kita bila dia bosan dan keseorangan…boleh ke kita panggil sebagai kawan…?soal Izzah diakhir penjelasannya...

“entah la…itu saya pun tak tau nak panggil apa…kalau kawan yang muncul masa dia susah dan kita senang tu kira dah normal walaupun menyakitkan…tapi kalau dia bosan dan lonely baru nak cari kita and sedar kehadiran kita dalam hidup dia itu lebih menyakitkan…itu dasar manusia tak kenang budi..tapi mungkin habitat dia kot cam tu…”ada riak marah diwajah Donald…

“bukan habitat la,itu  tabiat…tapi kita sebagai kawan yang pernah mengenali  dia, kena la ikhlas…biarlah dia nak buat apa pun…kita mampu doa harap-harap dia sedar dengan kesilapan dia tu…”jelas Izzah lembut tidak mahu terganggu oleh emosi lagi…

“hmmm…ye la kan…siapa la kita…moga kesabaran dihati ni tidak runtuh dek kebosanan hidup dia tu…”lega hati Izzah bila Donald dapat menerima pendapatnya…

‘‘sekurang-kurangnya dia tu masih ingat kita walaupun hanya tika dia bosan..tak gitu..”jelas Donald masih seperti tadi setia mengukir senyuman…

“hai Izzah…sorry..sorry aku lambat…aku terlepas bas…”lamunan Izzah terkejut apabila disapa suara Nurin…

“hai…hmmm..kalau dah dah tau bas tu tak tunggu ko,apakata lepas ni ko pulak tunggu bas…mesti dah tak terlepas lagi lepas ni…”perli Izzah tersenyum…

“sorry la…jangan la marah…lepas ni aku tunggu bas ok…”pujuk Nurin sambil mengajak Izzah meninggalkan tempat itu…

Sebelum berlalu Izzah sempat berpaling kebelakang,mahu mengucap selamat tinggal pada Donald…baru sebentar Izzah bangun tempatnya dah berganti…

“hei…yang ko perhati patung Mc’D tu lama-lama apasal…takkan tunggu aku lama tadi, ko dah tersangkut jiwang kat patung tu kot…”perli Nurin…mereka berpandangan,pecah ketawa mereka berdua…

Kalau la patung  Mc Donald tu punya perasaan, apakah pasti sama seperti aku alami…jauh sungguh aku berimaginasi tadi sehingga dengan patung pun boleh diajak berbual…hakikatnya,apakah kehadiran aku ini hanya sebagai pelengkap kehidupan seorang sahabat atau sekadar mengisi kebosanan hidup seorang kawan…Izzah masih bermonolog sendirian… tiada apa yang dia pinta dalam persahabatan melainkan kejujuran dan keikhlasan…Izzah tersenyum dan berlalu bersama teman karibnya memasuki ruang-ruang kedai di situ…dan Donald masih setia dengan senyuman walau sering ditinggalkan….




“jangan tanya pada sahabat apa yang telah kita berikan sepanjang perkenalan tapi tanya pada diri apa yang kita telah berikan pada sahabat untuk merapatkan hubungan persahabatan”

No comments:

Post a Comment