Bab 8 : Cintailah Ia Dalam Diam

Lisa..hang okay ke..sapa call tadi...?”gelisah Hani bila melihat kelakuan Lisa selepas mendapat panggilan sebentar tadi...

Hani gelisah melihat perubahan Lisa selepas mendapat panggilan pagi tadi...Niat mahu bertanya tadi tidak kesampaian apabila melihat wajah Lisa yang masam mencuka...di biar keadaan tenang dulu...

“Lisa,awat ni...hang ada masalah ka...? cuba cerita kat aku..mana tau kalau-kalau aku boleh tolong...”...Sepi... “Lisa,kalau hang nak kongsi apa-apa aku ada di sisi hang,hang boleh  cerita apa saja...tapi kalau aku tak dapat tolong,aku minta maaf...tapi sekurang-kurangnya mungkin boleh ringankan beban hang sikit...”sambung Hani lagi...

Lisa cuba menyusun ayat untuk menerangkan keadaan dirinya... “Hani,thank you very much...I know you’ll always be with me...tapi aku tak tau macam mana nak mulakan...”

“Hmmm...kita kan sahabat...kalau aku ada poblem pun hang mesti akan tolong aku juga kan...sama-sama kongsi...but no share husband okay...”Kata-kata terakhir Hani buat Lisa tersenyum...

“macam tu la...senang sikit aku tengok...it’s ok...take your time...lagipun hari ni kan cuti...” senang hati melihat Lisa tidak lagi muram seperti tadi...

“Hani,...hang kenal kan sepupu aku,Rizal...?”Lisa memulakan bicara... “Awat pulak tak kenal...”jawab Hani..
“bukan itu...maksud aku hubungan antara aku dengan Rizal”sambung Lisa... “kalau tak silap dulu hang pernah bagitau..hang dengan Rizal bukan setakat sepupu tapi saudara sesusu...betul kan..?”Hani menjelaskan pertanyaan Lisa...Lisa mengiakan kata-kata Hani...

“Errr....hang ingat lagi tak,Harris Zaquan...?”pertanyaan Lisa kali ini membuatkan Hani terkejut... 

“Harris Zaquan...?...mana boleh aku lupa...mamat yang buat sahabat aku kecewa yang amat sehingga menutup pintu hati untuk terima mana-mana lelaki...dah macam anti-lelaki pulak aku tengok...”panas hati Hani bila mendengar nama Harris Zaquan...

“Ooittt...statement tu macam nak tikam aku je...nampak sangat ke aku ni anti-lelaki...ishh..mana ada aku anti lelaki...Cuma....”terkelu lidah Lisa untuk meneruskan kata-katanya...

“Cuma apa...Cuma hang tak dapat nak lupakan si Harris tu...”potong Hani yang semakin beremosi... “Cik Lisa,kalau tak benar aku tak cakap...rasanya ada dua tiga orang nak berkenalan tapi hang tolak mentah-mentah...”

“Tapi kan... hang ni betul ke tak boleh lupa si Harris Zaquan tu atau hang sedang menanti seseorang...”Hani meneka...

Lisa tersentap dengan kata-kata Hani...apakah betul dia masih tak dapat lupakan Harris atau sedang menanti seseorang...keliru hatinya untuk menjelaskan perasaannya ketika itu...

“Hani,kalau hang nak tau..tadi Harris yang call aku...tapi aku tak mampu nak bercakap...lidah aku kelu...air mata aku ni tiba-tiba mengalir...macam ada satu perasaan..tapi aku tak pasti...aku macam nak marah..tapi aku macam rindu suara tu...aku tak tau nak buat apa...” Hani sabar mendengar kata-kata Lisa,walaupun hatinya mengelegak bila dapat tahu Harris itu muncul kembali...

“Dia nak jumpa aku...Hani,please tolong aku...”berderai air mata Lisa yang ditahan dari tadi...
“Hang ada cakap apa,masa dia kata nak jumpa...”soal Hani... “Aku tak dapat nak cakap apa-apa cuma... ‘sorry,wrong number’...and then aku terus end call...”jelas Lisa sambil mengelap air mata yang mengalir deras...

“Kalau aku tanya,aku harap hang jawab dengan jujur dan ikhlas ye...”Lisa mengangguk seperti mendapat arahan dari Hani...

“sebelum apa-apa,hang tarik nafas dalam-dalam,hembus dengan tenang...aku nak hang jawab dengan akal dan hati yang normal bukan emosi”sekali lagi Hani memberi arahan dan Lisa melakukannya tanpa banyak soal...

“Lisa,hang cuba selam jauh dilubuk hati,apa perasaan yang hang rasa sekarang...apakah hang betul-betul marah,benci,sayang atau rindu pada si Harris tu...”Hani mula menyoal...

Selepas menghembus nafas,Lisa cuba menjawab dengan tenang... “Hani,bohong la kalau aku cakap tak rindu kat Harris dan bertambah bohong kalau aku cakap aku tak sayang Harris...tapi selepas lima tahun tiba-tiba baru dia muncul...aku sendiri tak pasti apa perasaan aku sekarang...hang tau tak betapa seksanya hati dan perasaan aku selama lima tahun tu...dan aku tak nafikan kata-kata hang,mungkin selama ni aku tolak untuk menerima dengan mana-mana lelaki adalah sebab aku menunggu dia...selepas dia menghilangkan diri,setiap hari aku berdoa,aku harap dia muncul kembali...dengar penjelasan aku...aku akan maafkan dia...aku akan terima dia...tapi harapan aku semakin pudar bila tiada apa-apa berita dari dia...dan aku baru hampir-hampir lupakan dia...”

“Hani,mengapa mesti dia hadir kembali...aku dah betul-betul nak lupakan dia...aku dah penat menunggu dia selama ni...”sambung Lisa lagi...

Keadaan sepi...sesepi malam itu...Hani cuba mengatur kata-kata yang terbaik untuk Lisa...dalam situasi sekarang Hani perlu berfikir secara bijak kerana perasaan Lisa sudah dipengaruhi oleh emosi...bimbang juga kalau kata-katanya nanti akan mempengaruhi keputusan Lisa...

“Lisa,sekarang ni hang ada suka kat seseorang ke atau menanti seseorang tapi bukan Harris...?soalan Hani tiba-tiba itu memeranjatkan Lisa...tak termampu Lisa untuk menjawab...seperti dapat membaca perasaan Lisa tika ini Hani kembali menyambung... “aku bukan nak pandai-pandai,kalau sekarang hang ada mencintai atau meminati seseorang...aku rasa selepas apa yang terjadi,lebih baik hang bagi peluang kat diri hang untuk menerima kehadiran insan baru tu dalam hati hang...aku bukan nak suruh hang benci Harris...tapi hang mesti dah faham perangai Harris kan...”

“tapi mungkin hang perlu jumpa Harris,dengar penjelasan dia,betul ke dia dah berubah dan menyesal...kemudian hang fikir dalam-dalam,minta petunjuk dari Yang Mengetahui...kalau hang rasa masih berat lagi perasaan hang kat dia,hang pupuk la semula cinta dulu tu...tapi kalau hati hang masih ragu-ragu,hang tolak la dengan baik...jangan biar dia sakit hati...berdendam...dalam pada tu hang belajar-belajar la terima cinta dari insan lain...”sambung Hani menyakinkan pilihan Lisa...

Thanks Hani...thank you very much...”hanya itu yang termampu Lisa ucapkan bila terdengar kata-kata Hani...

Hani menarik nafas lega bila kata-katanya diterima Lisa dengan senyuman... “Lisa,aku tau hang bijak buat pilihan”

No comments:

Post a Comment