LOveIsNeverUGly

At first time heard of this poem when i was watching the movie Beastly  and then i did research to finish reading the entire poem. I've read it and i think its beautiful.So i just wanna share here...



 Listen to this music to get more feeling.. XOXO
 


Having a Coke with You
 
is even more fun than going to San Sebastian, IrĂșn, Hendaye, Biarritz, Bayonne
or being sick to my stomach on the Travesera de Gracia in Barcelona
partly because in your orange shirt you look like a better happier St. Sebastian
partly because of my love for you,
partly because of your love for yoghurt
partly because of the fluorescent orange tulips around the birches
partly because of the secrecy our smiles take on before people and statuary
it is hard to believe when I’m with you that there can be anything as still
as solemn as unpleasantly definitive as statuary when right in front of it
in the warm New York 4 o’clock light we are drifting back and forth
between each other like a tree breathing through its spectacles
and the portrait show seems to have no faces in it at all, just paint
you suddenly wonder why in the world anyone ever did them

I look
at you and I would rather look at you than all the portraits in the world
except possibly for the Polish Rider occasionally and anyway it’s in the Frick
which thank heavens you haven’t gone to yet so we can go together the first time
and the fact that you move so beautifully more or less takes care of Futurism
just as at home I never think of the Nude Descending a Staircase or
at a rehearsal a single drawing of Leonardo or Michelangelo that used to wow me
and what good does all the research of the Impressionists do them
when they never got the right person to stand near the tree when the sun sank
or for that matter Marino Marini when he didn’t pick the rider as carefully
as the horse

it seems they were all cheated of some marvelous experience
which is not going to go wasted on me which is why I am telling you about it

Frank O’Hara



~~~~~~~~~~~~~******~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


LOve is never Ugly


 It's What's underneath

Bab 8 : Cintailah Ia Dalam Diam

Lisa..hang okay ke..sapa call tadi...?”gelisah Hani bila melihat kelakuan Lisa selepas mendapat panggilan sebentar tadi...

Hani gelisah melihat perubahan Lisa selepas mendapat panggilan pagi tadi...Niat mahu bertanya tadi tidak kesampaian apabila melihat wajah Lisa yang masam mencuka...di biar keadaan tenang dulu...

“Lisa,awat ni...hang ada masalah ka...? cuba cerita kat aku..mana tau kalau-kalau aku boleh tolong...”...Sepi... “Lisa,kalau hang nak kongsi apa-apa aku ada di sisi hang,hang boleh  cerita apa saja...tapi kalau aku tak dapat tolong,aku minta maaf...tapi sekurang-kurangnya mungkin boleh ringankan beban hang sikit...”sambung Hani lagi...

Lisa cuba menyusun ayat untuk menerangkan keadaan dirinya... “Hani,thank you very much...I know you’ll always be with me...tapi aku tak tau macam mana nak mulakan...”

“Hmmm...kita kan sahabat...kalau aku ada poblem pun hang mesti akan tolong aku juga kan...sama-sama kongsi...but no share husband okay...”Kata-kata terakhir Hani buat Lisa tersenyum...

“macam tu la...senang sikit aku tengok...it’s ok...take your time...lagipun hari ni kan cuti...” senang hati melihat Lisa tidak lagi muram seperti tadi...

“Hani,...hang kenal kan sepupu aku,Rizal...?”Lisa memulakan bicara... “Awat pulak tak kenal...”jawab Hani..
“bukan itu...maksud aku hubungan antara aku dengan Rizal”sambung Lisa... “kalau tak silap dulu hang pernah bagitau..hang dengan Rizal bukan setakat sepupu tapi saudara sesusu...betul kan..?”Hani menjelaskan pertanyaan Lisa...Lisa mengiakan kata-kata Hani...

“Errr....hang ingat lagi tak,Harris Zaquan...?”pertanyaan Lisa kali ini membuatkan Hani terkejut... 

“Harris Zaquan...?...mana boleh aku lupa...mamat yang buat sahabat aku kecewa yang amat sehingga menutup pintu hati untuk terima mana-mana lelaki...dah macam anti-lelaki pulak aku tengok...”panas hati Hani bila mendengar nama Harris Zaquan...

“Ooittt...statement tu macam nak tikam aku je...nampak sangat ke aku ni anti-lelaki...ishh..mana ada aku anti lelaki...Cuma....”terkelu lidah Lisa untuk meneruskan kata-katanya...

“Cuma apa...Cuma hang tak dapat nak lupakan si Harris tu...”potong Hani yang semakin beremosi... “Cik Lisa,kalau tak benar aku tak cakap...rasanya ada dua tiga orang nak berkenalan tapi hang tolak mentah-mentah...”

“Tapi kan... hang ni betul ke tak boleh lupa si Harris Zaquan tu atau hang sedang menanti seseorang...”Hani meneka...

Lisa tersentap dengan kata-kata Hani...apakah betul dia masih tak dapat lupakan Harris atau sedang menanti seseorang...keliru hatinya untuk menjelaskan perasaannya ketika itu...

“Hani,kalau hang nak tau..tadi Harris yang call aku...tapi aku tak mampu nak bercakap...lidah aku kelu...air mata aku ni tiba-tiba mengalir...macam ada satu perasaan..tapi aku tak pasti...aku macam nak marah..tapi aku macam rindu suara tu...aku tak tau nak buat apa...” Hani sabar mendengar kata-kata Lisa,walaupun hatinya mengelegak bila dapat tahu Harris itu muncul kembali...

“Dia nak jumpa aku...Hani,please tolong aku...”berderai air mata Lisa yang ditahan dari tadi...
“Hang ada cakap apa,masa dia kata nak jumpa...”soal Hani... “Aku tak dapat nak cakap apa-apa cuma... ‘sorry,wrong number’...and then aku terus end call...”jelas Lisa sambil mengelap air mata yang mengalir deras...

“Kalau aku tanya,aku harap hang jawab dengan jujur dan ikhlas ye...”Lisa mengangguk seperti mendapat arahan dari Hani...

“sebelum apa-apa,hang tarik nafas dalam-dalam,hembus dengan tenang...aku nak hang jawab dengan akal dan hati yang normal bukan emosi”sekali lagi Hani memberi arahan dan Lisa melakukannya tanpa banyak soal...

“Lisa,hang cuba selam jauh dilubuk hati,apa perasaan yang hang rasa sekarang...apakah hang betul-betul marah,benci,sayang atau rindu pada si Harris tu...”Hani mula menyoal...

Selepas menghembus nafas,Lisa cuba menjawab dengan tenang... “Hani,bohong la kalau aku cakap tak rindu kat Harris dan bertambah bohong kalau aku cakap aku tak sayang Harris...tapi selepas lima tahun tiba-tiba baru dia muncul...aku sendiri tak pasti apa perasaan aku sekarang...hang tau tak betapa seksanya hati dan perasaan aku selama lima tahun tu...dan aku tak nafikan kata-kata hang,mungkin selama ni aku tolak untuk menerima dengan mana-mana lelaki adalah sebab aku menunggu dia...selepas dia menghilangkan diri,setiap hari aku berdoa,aku harap dia muncul kembali...dengar penjelasan aku...aku akan maafkan dia...aku akan terima dia...tapi harapan aku semakin pudar bila tiada apa-apa berita dari dia...dan aku baru hampir-hampir lupakan dia...”

“Hani,mengapa mesti dia hadir kembali...aku dah betul-betul nak lupakan dia...aku dah penat menunggu dia selama ni...”sambung Lisa lagi...

Keadaan sepi...sesepi malam itu...Hani cuba mengatur kata-kata yang terbaik untuk Lisa...dalam situasi sekarang Hani perlu berfikir secara bijak kerana perasaan Lisa sudah dipengaruhi oleh emosi...bimbang juga kalau kata-katanya nanti akan mempengaruhi keputusan Lisa...

“Lisa,sekarang ni hang ada suka kat seseorang ke atau menanti seseorang tapi bukan Harris...?soalan Hani tiba-tiba itu memeranjatkan Lisa...tak termampu Lisa untuk menjawab...seperti dapat membaca perasaan Lisa tika ini Hani kembali menyambung... “aku bukan nak pandai-pandai,kalau sekarang hang ada mencintai atau meminati seseorang...aku rasa selepas apa yang terjadi,lebih baik hang bagi peluang kat diri hang untuk menerima kehadiran insan baru tu dalam hati hang...aku bukan nak suruh hang benci Harris...tapi hang mesti dah faham perangai Harris kan...”

“tapi mungkin hang perlu jumpa Harris,dengar penjelasan dia,betul ke dia dah berubah dan menyesal...kemudian hang fikir dalam-dalam,minta petunjuk dari Yang Mengetahui...kalau hang rasa masih berat lagi perasaan hang kat dia,hang pupuk la semula cinta dulu tu...tapi kalau hati hang masih ragu-ragu,hang tolak la dengan baik...jangan biar dia sakit hati...berdendam...dalam pada tu hang belajar-belajar la terima cinta dari insan lain...”sambung Hani menyakinkan pilihan Lisa...

Thanks Hani...thank you very much...”hanya itu yang termampu Lisa ucapkan bila terdengar kata-kata Hani...

Hani menarik nafas lega bila kata-katanya diterima Lisa dengan senyuman... “Lisa,aku tau hang bijak buat pilihan”

Bab 7 : Cintailah Ia Dalam Diam


Entah mengapa air matanya mengalir laju...ingatannya ligat kembali mengingati kenangan-kenangan bersama seseorang yang pernah menakluki hatinya,Harris Zaquan...namun,jodoh mereka tidak panjang,tidak sempat untuk meraikan majlis gilang gemilang...entah dimana salah Lisa, Harris berubah,membuat keputusan yang menyakitkan... 

“Lisa, I tak faham and I dah tak sabar lagi...apa sebenarnya hubungan you dengan Rizal sebenarnya...Bukan sekali dua je tau...dah berpinar mata I nampak You dengan jantan tu...” 

“Harris,berapa kali I nak bagitau,Rizal tu sepupu I..and we're so close...I tak ada apa-apa hubungan pun dengan dia..kalu you tak percaya jom kita jumpa Rizal and you boleh tanya dia sendiri...”Lisa ingin menjernihkan keadaan...

 “yaa..I know..memang you dah banyak  kali bagitau I,tapi I berbulu biji mata ni tengok you dengan dia mesra sangat...dah tak macam sepupu...bertepuk tampar...berpeluk bagai...arghhhh...menyampah betul I tengok...”Haikal masih tidak puas hati dengan penjelasan Lisa...

 But Harris ,it’s true...please listen to me first..” Lisa masih cuba menjelaskan...

Look...kalau you nak explain..I just want to know mana you pergi last Monday night...”pinta Harris

"Last Monday night..?"Ingatan Lisa kembali pada malam isnin tika dia dan Rizal bertemu...ada kekusutan di wajah Rizal..sebagai sepupu yang paling rapat Lisa rasa dia perlu berada bersama Rizal untuk menguraikan kekusutan tersebut... 

“Rizal..kenapa ni..tiba-tiba ja ajak Lisa keluar malam-malam macam ni..Rizal ada masalah ke?”..sepi.. “cuba cerita sikit mana tau kalau-kalau mungkin boleh Lisa tolong...”pujuk Lisa bila dilihatnya Rizal masih diam membisu... 

“Lisa..aku..aku...”terdengar suara Rizal yang begitu payah untuk berbicara.. “Rizal,take your time and please let me know..kalau tak macam mana Lisa nak tolong”pujuk Lisa lagi.. 

“Lisa,kau kenal kan awek aku..Diana...kami dah 2 tahun couple...aku ingat aku kenal dia...rupa-rupanya tidak...tadi baru aku tahu siapa dia sebenarnya...” Lisa sabar mendengar kata-kata Rizal..terasa amat susah untuk lelaki itu berbicara “Lisa,tadi aku terjumpa Diana...” sabarnya Lisa mendengar kata-kata yang bakal dikeluarkan oleh Rizal...

“aku terjumpa Diana baru keluar dari pub...bukan keseorangan...tapi dengan seorang mat saleh...jalan terhuyung hayang...”Rizal terhenti seketika bila seorang pelayan membawa pesanan mereka tadi... “first time aku tengok keadaan Diana macam tu...aku tak pernah tau dia memang minum air haram tu”sengaja di tekan suaranya pada air haram... 

“kemudian aku ikut Diana dengan mat saleh tu...mat saleh tu drive kereta Diana laju kot..tapi nasib baik aku pun sempat ikut juga...sampai satu simpang kereta tu belok ke arah kawasan pembinaan yang terbelengkalai... kereta tu berhenti tempat yang agak tersorok... agak lama aku perhati dari jauh...tiba-tiba terasa nak jenguk apa diorang buat...Astagfirullahal'azim...Lisa..aku tak sanggup nak teruskan...”jelas kekecewaan yang amat sangat diwajah Rizal...

“Sabar la Rizal...mungkin Allah nak tunjuk kat Rizal siapa sebenarnya Diana...tapi Rizal tak nak dengar penjelasan Diana dulu ke..mana tau kalau-kalau dia terpedaya...”pujuk Lisa... “Entah Lisa,aku dah tak tau nak buat apa sekarang...sorry la aku terdial nombor ko...aku teringat ko je masa-masa cmni...”lega sikit Lisa bila lelaki tersebut mengukir senyuman walaupun dalam kepayahan... 

“Ye la..time susah-susah cmni baru ingat Lisa kan...kalau tak...hmmm..”Lisa pura-pura merajuk... 

“hei...tak kan merajuk kot...Lisa la sahabat merangkap sepupu yang paling Rizal sayang tau...”pujuk Rizal...
“hmm..ye la tu..dah jom Lisa hantar Rizal balik...dah selekeh benar Lisa tengok...tak hensem sudah...”gurau Lisa dan mengajak Rizal balik...

Dari kejauhan kelihatan mata yang memandang tajam memerhati kemesraan antara Lisa dan Rizal...Api cemburu bertambah menguasai diri apabila terlihat aksi mersa antara Lisa dan sepupunya. Harris memandu mengikut Rizal dan Lisa... “Arghhh...sepupu konon...”marah Harris apabila melihat Lisa memimpin Rizal keluar dari kereta...tanpa disedari ,Harris memecut keretanya bila setelah puas mengitip aksi mesra Lisa menghantar Rizal pulang...hatinya bagai ditusuk sembilu tajam melihat kelakuan tunangnya bermesra dengan lelaki lain...api cemburu menguasai diri,Harris tekad dengan keputusannya tanpa berfikir panjang...

“sudah la Lisa, I dah bosan dengan penjelasan you...I tak mahu dengar apa-apa lagi dari you...” lamunan Lisa terhenti bila terdengar suara Harris... 

But Harris, please listen to me.. I dengan Rizal...”belum sempat Lisa meneruskan bicara Harris memotong kata-kata Lisa...

“kita putus...next week I hantar my parents  jumpa your's parents...and from now you’re not my fiance anymore okay...”kata putus dari Haikal tidak dijangka langsung dari Lisa...

Hanya tinggal beberapa bulan saja lagi majlis perkahwinan mereka...nasib baik kad belum diedarkan dan begitu juga tempahan-tempahan lain belum confirm lagi...Cuma barangan hantaran saja yang hampir siap dibeli... Lepas kejadian tu,Lisa tidak dapat menghubungi Harris...talian telefon telah ditamatkan perkhidmatannya...

“Ya Allah,hanya Engkau yag mengetahui apa yang terbaik untuk ku...tapi aku tidak mengerti...mengapa dia mesti hadir di saat-saat aku sudah hampir melupakan dia...Ya Allah tabahkan hatiku...kuatkan imanku..redha la aku akan dugaan-Mu...Ya Allah...”doa Lisa dalam hatinya...

Bab 6 : Cintailah Ia Dalam Diam

Bang, bagi char ketiau taknak seafood satu,minum nescafe ais satu...hang nak makan apa Hani..?”order Lisa... “Bang bagi nasi goreng USA pastu limau ais satu...terima kasih..” “oitt..Lisa..kenyang ke tak makan nasi..atau hang dah memang kekenyangan sejak petang tadi...?”usik Hani sambil menikmati hembusan bayu yang dingin malam itu...

“Takkan hang tak tau ni kan favorite aku kalau mai kedai ni...”balas Lisa sambil memerhati pelanggan-pelanggan kedai tersebut. “Ramai pulak kan malam ni..”sambung Lisa lagi...

“Itu la..nasib baik kita cepat,kalau tak mesti kena tapau la jawab nya...”Hani mengiakan kata-kata Lisa...

Dari kejauhan Iskandar terpandang susuk tubuh yang amat dikenalinya...tanpa sedari kakinya melangkah menuju ke arah tempat tersebut... “Hai cik Lisa..sorang je ke?”sapa Iskandar setelah menghampiri Lisa yang keseorangan...

“Owh..hai En.Iskandar..tak la..berdua..dengan kawan...dia pergi toilet kejap”terkejut Lisa bila di sapa oleh Iskandar... “En.Iskandar sorang je ke..buat apa kat sini..?”sambung Lisa... “I dengan kawan gak..dia parking kereta..jap gi sampai la...” “I saja je kat sini..mana tau kot-kot warung ni nak cari pekerja..I nak apply..”balas Iskandar bergurau tersengih menampakkan lesung pipit di pipinya...

“Macam ramai je kan malam ni..boleh kami duduk sini tak..?”sambung iskandar lagi.. “err..saya bukan tauke warung ni...boleh je la kalau nak duduk sini..”gurau Lisa... “hah..tu pun kawan saya...en.Iskandar,ni.......”belum sempat Lisa memperkenalkan, Iskandar lebih dahulu menyapa...matanya tidak berkelip memandang Hani penuh dengan seribu kerinduan yang terungkai...

“Hani...awak...Hanisa kan...?” Iskandar terketar menyebut nama Hani...mulutnya bergetar menahan rasa rindu...Ya Allah adakah ini bukan mimpi...Dia didepan mataku...

“Is..Iskandar...?”soal Hani kembali...Raut wajah Hani mempamerkan satu perasaan...indah yang tak dapat diungkap dengan perkataan...“Ya..saya Is...awak buat pa kat sini..err..i mean...kecil sungguh dunia ni..jumpa gak kita kat sini..”balas Iskandar... “awak sorang je ke..?”soal Hani...

“tak..saya dengan Amir...hah tu dia..”balas Iskandar sambil melambai-lambai tangan memanggil Amir...

Tersentap sekejap Lisa bila mendengar nama Amir...Adakah dia Amir itu...
“weii..Amir..”hampir menjerit Hani bila ternampak kelibat Amir menghampiri mereka... “jumpa kat sini pulak kita kan...”Iskandar memulakan perbualan. “itu la...tak sangka...rupa-rupanya dekat je kita tinggal...boleh la kerap jumpa kalau macam ni kan...”balas Hani melirik pada Lisa dengan senyuman penuh makna...

Sangkaan Lisa meleset.”Amir..kau hadir kala ku merindukan mu...kau membuaikan rasa kasihku...tapi entah mengapa...aku seakan ingin berlari jauh dari kalian semua...menangisi pertemuan yang tidak terduga ini...Amir..mampukah ku bertahan sehingga selesai drama ini...hatiku tersangat kecil”.Lisa menunduk muka ketanah..menguis kertas kecil di bawah meja..hatinya kini runsing..arjunanya di depan mata...

“Ya Alalh..kuatkan dan tabahkanlah hati hambamu ini”.Berdoa Lisa dalam hati...

Pertemuan tak disangka pada malam itu bakal mengubah episod dalam hidup Lisa...tanpa terduga hatinya berdebar makin rancak...tapi persoalan yang berlegar difikirannya masih belum terjawab...perbualan sehingga larut malam tiada pula menyentuh pasal Amir dan kedai pengantin itu...kenapa tiada pula Hani bertanya hal itu...selalu dia yang bersemangat nak tau pasal gossip-gossip ni...

“Nasib baik hari ini cuti...sembang sampai tak ingat semalam...”Hani memecah keheningan pagi minggu itu... “Hang la,aku dah ajak balik tapi dok start cerita macam-macam..”balas Lisa...

“Mana ada...sembang biasa-biasa je kot...lagipun lama tak jumpa kan...last jumpa pun masa reunion hari tu..itu pun sembang kejap je..”Hani tau salah dia tapi tidak mahu mengaku...kebetulan yang amat mengembirakan hatinya...

“Tapi kan Lisa,aku terlupa pulak nak tanya Amir sesuatu”sambung Hani lagi.. “uitt...aku rasa macam dah buka semua cerita sampaikan gossip panas ka..suam-suam kuku ka..semua hang cerita...takkan ada yang tertinggal kot..?”perli Lisa...

“wei..agak-agak la kan...mana aku ada gossip-gossip...tapi ni serius la..aku terlupa nak tanya Amir...”

“aku lupa nak tanya Amir...siapakah permaisuri hati dia...tunang diam-diam...tak bagitau kawan-kawan pun” kali ini kata-kata Hani buat Lisa terpaku...sememangnya itu yang ingin juga Lisa mahu tahu... “Hani...kenapa la hang boleh terlupa bab paling penting ni”keluh Lisa dalam hatinya...

Deringan rest of my life dari handphone Lisa menghentikan perbualannya dengan Hani.... private number tertera di skrin handphone Lisa... “siapa la yang guna private number ni...”bisik Lisa “Hello

Hello..Lisa...It’s me...Harris...did you remember me...”....sepi...tiada jawapan... “Hello Lisa..I know you there...please anwser me...”...bergenang air mata mendengar suara yang pernah dirinduinya suatu masa dulu... “Lisa..please...please say something...Lisa...please...i really miss you...boleh kita jumpa...Lisa..hello..Lisa..”

Sorry..wrong number”Lisa mematikan talian dan berlalu ke biliknya tanpa sepatah kata...Hani hanya memerhati dari jauh gelagat Lisa dari dapur... “apa kena pulak la Lisa ni..”

Bab 5 :: Cintailah Ia Dalam Diam

Masuk hari ini sudah tiga hari Amir tidak datang pejabat,katanya tidak sihat...Iskandar faham keadaan Amir ketika itu...Namun,sehingga saat itu,Amir masih belum menceritakan apa-apa tentang kejadian sebenar petang itu...apakah yang terjadi..sehinggakan air mata mu tumpah..untuk insan yang bernama Puteri...

“Tak boleh jadi kalau terus macam ni,mesti ada sesuatu yang tak kena ni...lantak lah hang Amir,petang ni kalau hang tak mau cerita aku sendiri akan paksa hang cerita...”Iskandar bicara sendirian...

“Encik Iskandar, Cik Lisa dari syarikat Cassia In-Design dah sampai” bunyi Intercom dari pekerjanya memecah lamunan saat itu...

“okay...Jemput dia masuk”balas Iskandar...Perbincangan mereka petang itu masih belum memperoleh keputusan...Iskandar perlu juga mendapat persetujuan dari Amir...Tetapi Amir masih lagi memerlukan masa...kekuatannya belum cukup untuk memulakan tugas...

“Untuk membalas budi cik Lisa petang tu, boleh tak kalau saya belanja minum petang...” pelawa Iskandar... “oh..maafkan saya,kejap lagi kawan saya sampai...mungkin lain kali ye...”Lisa menolak lembut pelawaan Iskandar...Memang betul jangkaan Iskandar pelawaannya akan ditolak...tiba-tiba terdengar ringtone Rest of my life nyanyian Maher Zain dari telefon bimbit Lisa berdering...

“Maafkan saya ye...”Lisa minta izin dan menjawab talian tersebut “Wa’alaikumussalam..hah..Hani...kat mana sekarang..aku dah siap...apa...ye lah...jangan lambat...aku tunggu kat tempat tadi...ok..”Iskandar hanya memasang telinga dan jantung berdegup kencang bila nama ‘Hani’ disebut.... “Apakah orang yang sama atau hanya sekadar nama je yang sama...”bisik hati Iskandar...

“So..macam mana...kawan you lambat ke...kalau macam tu biar I teman sampai dia sampai...boleh...?”Iskandar cuba memancing lagi... “hmmm...ok..saya ikut je...orang nak belanja kan...tapi dekat-dekat sini je la ye...saya dah janji dengan kawan nak tunggu kat sini tadi” Iskandar tersenyum pelawaannya dituruti...“okay..kat bawah ni ada cafe...boleh minum-minum sementara tunggu kawan you...”

“Minum je...”gurau Lisa.... “Ishhh...apa plak minum je..kalau you nak makan order je..you punya hal...I tak kisah...”balas Iskandar sambil mengajak Lisa ke kafe di bawah pejabatnya...

“cantik juga Lisa tu...bukan setakat cantik je...lemah lembut...cakap pun sopan je...senyuman dia...perghhh....cair... kalau la hati aku ni tak terpikat kat seseorang mungkin aku pikat je Lisa ni...”Iskandar berbicara sendirian dalam perjalanan pulang... “tapi kenapa kawan dia macam pernah aku nampak...nama pun sama...adakah orang yang sama...ishhh...pasai pa la Amir call tadi,kalau boleh pergi hantar sampai kereta...boleh la aku tau sapa kawan dia tu...kacau line betul”...Isakandar meninggalkan persoalan yang belum bernoktah itu...

"Siapa mamat tadi..?”tanya Hani sebaik sahaja melewati tempat Lisa menunggu... “Siapa..? yang teman aku tadi ke?”tanya Lisa kembali..

“ya la...hang ni pasai pa plak...takkan dah rindu kot baru tadi ja jumpa...”gurau Hani.. “Eh...mana ada..tu klien aku la...lepas dia tau hang mai lambat,dia ajak aku p minum dulu...ingat nak kenalkan kat hang tapi tetiba ja phone dia bunyi...so lain kali la aku introduce kat hang ya...”terang Lisa sambil matanya melirik ke arah Hani...

“Ehhh...nak buat pa pekenal kat aku pulak..aku bukannya ada urusan apa dengan dia...tok sah dok nak ngarut ya...”jelas Hani... “Mana tau la kan...kot-kot nanti sekali pandang terus berkenan kan...apa orang cakap...hmmm...love at first sight...gitu...”usikan Lisa menjadi-jadi bila wajah Hani kemerahan menahan malu dan geram...Lisa ketawa kecil .Seronok dia mengusik kawannya itu...

“huh..malas aku nak layan hang...aku rasa baik hang cari kat hang dulu..baru pekenal kat aku...”balas Hani geram... Lisa terdiam...sepi...tiba-tiba perasaannya teringatkan seseorang...seseorang yang tiada kepastian...hatinya berdegup apabila samar-samar wajah itu muncul “agak-agak apa yang sedang dia buat ya..apakah sedang bahagiakah dia sekarang...?”

“Hei cik Lisa...jauh betul hang terbang ya...sorry la kalau aku cakap tadi hang terasa...aku tak maksudkan apa-apa pun...”suara kasar Hani mengejutkan Lisa dari lamunannya...

"Eh..tak da apa-apa lah...aku tak terasa apa pun...hang kan memang suka cakap lepas ja kan..lagipun..terkadang aku terfikir siapakah arjuna yang akan menjadi raja hati....”.Lisa seakan merenung hatinya....bilakah dia akan tiba...

"hang kata apa..?arjuna..? sapa arjuna...?"soal Hani kembali kerana sibuk menumpukan perhatian pemanduannya...

“Errr....tak da apa-apa la...ni hah..aku sebenarnya dok fikir pasal design ni...macam-macam pulak nak ubah...budget sikit tapi nak macam-macam...”sambung Lisa lagi cepat-cepat mengubah rasa sentimental tadi...

“Hang ni kan Lisa,sudah-sudah la...jangan dok fikir sangat pasal kerja..sekarang dah habis waktu kerja...jom la ni kita fikir nak masak pa malam ni...”Hani mengubah tajuk perbualan apabila hampir tiba di rumah sewa mereka... “aku macam malas la nak masak malam ni...jom kita bungkus je la...nasi goreng kat gerai hujung simpang tu kat favourite hang...”jawapan Lisa membuatkan Hani ingin memandu ke gerai yang dikatakan oleh Lisa...

“nak bungkus wat pa...kita balik dulu,mandi bagi segar sikit lepas maghrib kita pi makan la..kalu beli bungkus nanti nak kena basuh pinggan lagi...amacam ok tak plan aku..?”...cadang Hani... “ok juga,lagipun badan pun dah melekit,bau hang pun dah semerbak...badan segar baru sedap sikit nak makan...”gurau Lisa mengiakan cadangan Hani...Dan ketawa mereka berderai bersama.

Bab 4 :: Cintailah Ia Dalam Diam

Dingin pagi itu tidak mematahkan semangat dua anak muda untuk melangkah ke masjid menunaikan solat subuh berjemaah. Penuh kesyahduan dan rendah diri bersujud pada yang Satu.Selesai solat bergegas pulang untuk tunaikan amanah yang kedua pula..iaitu bekerja.Sungguhpun usia masih muda tidak menghalang mereka untuk menubuhkan sebuah syarikat yang kukuh,walaupun hanya mempunyai dua orang pekerja.

“Amir, hari ni aku nak jumpa klien...kalau hang free jom join aku...mana tau kalau-kalau idea bernas hang tu memikat klien kita...”Iskandar memulakan perbualan ketika kesunyian menyelubungi perjalanan pagi itu...

“Is,aku bukan tak nak ikut tapi aku ada hal sikit la...nak kena settle hari ni jugak..”balas Amir serius...

Amir dan Iskandar, dua sahabat baik sejak dari zaman sekolah lagi...membesar bersama di sebuah kampung tapi terpisah membawa haluan untuk mengejar impian masing-masing,namun persahabatan mereka yang masih erat mereka bertemu semula apabila sudah berjaya dan kini menubuhkan syarikat bersama...

“Ni pasal kerja atau pasal Puteri..? Kalau pasal Puteri, aku rasa baik hang settle cepat...aku yang tengok pun naik rimas...tapi kalau hang masih lagi berminat nak teruskan...hang bincang la elok-elok..” Iskandar sekadar meneka apa yang tersimpul di benak fikiran Amir...

“Betul la tu..pasal Puteri...aku dah give up la...tak guna lagi aku teruskan hubungan ni...jatuh maruah aku sebagai lelaki...bukan aku je,hang pun nampakkan...?..nasib baik aku nampak sekarang..buatnya dah kahwin..naya aku macam ni...”jelas Amir panjang lebar...mencurahkan rasa gelisah nya...

“Aku bukan apa Mir,sebagai kawan aku ikut je mana yang hang rasa betul...tapi kan aku pelik la...macam hang boleh tahan dengan perangai gedik si Puteri tu?”soal Iskandar kembali...

“Entah la Is,aku pun tak pasti macam mana aku boleh tersangkut kat perempuan tu...mula dulu aku tengok macam okay je...cantik gak...baru setahun couple dia tunjuk belang...”Amir menyuarakan kata hati...

“Mungkin masa tu dia berjaya sembunyi perangai sebenar...tapi aku rasa baik hang nampak sekarang...cantik luaran ja Amir, dalam hanya Allah saja yang tahu...ada la hikmah disebalik ni...mana tau..entah-entah ada yang terbaik dok tunggu hang kan...” balas Iskandar kembali...

Ketika bersendirian di bilik kata-kata akhir dari Iskandar terngiang-ngiang di telinga Amir... “Entah-entah ada yang dok tunggu hang”....agak-agak siapalah bidadari itu kan...kalau la benar ada yang masih menunggu, biarlah kali ini Lisa yang menjadi insan itu...biarlah Lisa menjadi insan yang terakhir memiliki hati dan cintanya.Hmmm...tapi bukan kah semua ini sudah ditentukan...siapalah aku hendak melawan takdir.Hanya insan kerdil yang diberi peluang untuk mensyukuri nikmat pada hari ini...esok,mungkin tiada lagi esok untuk aku...hanya Allah saja yang Maha mengetahui...

Ya Allah, seandainya ada jodoh buat aku dan Lisa...temukanlah kami berdua...moga terbuka hatinya untuk memaafkan diriku ini...doa Amir dihatinya...

Lamunan Amir terhenti apabila alarm remindernya berbunyi... “Arghhh...kenapa la aku harus lalui semua ini...Ya Allah,berikanlah aku petunjuk...dan seandainya ini adalah jalan yang terbaik permudahkanlah segala urusanku...”bisik hati Amir sambil menuju ke surau untuk tunaikan kewajipan pada yang Esa...

Selesai solat zuhur bergegas Amir ke tempat yang di janjikan untuk bertemu Puteri dan menyelesaikan semua kekusutan...biarpun sebelum ini keputusan memutuskan hubungan berjaya dipujuk rayu oleh Puteri...namun kali ini Amir tekad untuk memutuskan hubungan.Sepanjang perjalanan Amir hanya mampu berdoa moga Allah memudahkan urusannya kali ini...

Kelibat Puteri diperhati dari kejauhan... “Arghh..dah lambat masih boleh berlenggok lagi..tak rasa bersalah sikit pun...”bentak Amir dalam hati...

“Hai sayang..sorry I lambat...I ingat you tak nak datang tadi..”Puteri memulakan bicara petang itu... “Dah janji kan.. I datanglah... I ada benda nak bincang dengan you...”balas Amir serius. “You ni, I datang jauh-jauh tak pelawa I minum dulu ke..I dahaga tau...”Puteri melirik melihat wajah pada Amir yang serius dari tadi...

Setelah air yang di pesan tiba..suasana masih sepi...Amir mengumpul segala kekuatan untuk memulakan bicaranya petang itu tanpa dikuasai oleh emosi.Namun belum sempat Amir bersuara, Puteri memulakannya dahulu...

“Sayang, kenapa ni...nampak serius sangat ni?Sebenarnya...... I pun ada benda nak bincang juga dengan you...boleh la nak kata penting...” “Apa dia?”terpacul dari bibir Amir tidak sabar... malah dalam hati biarlah perkara yang nak diucapkan adalah sama dengan niatnya...

“I sebenarnya dah lama fikir tentang kita...I dah tak sabar dengan perangai you,apa yang I buat dan apa yang I pakai semua you tak suka...mula tu memang I sabar and I ikut kehendak you...tapi I dah tak tahan you tak pernah nak hargai I...and baru-baru ni, you jumpa I with someone right ? for you information he’s my boyfriend...we all break kejap because dia further study kat U.K...by the way...dia anak Dato’..and bakal warisi harta his parents...so kalau nak compare dengan you...nothing...He love what I’m doing and what I done...not like you...everything worst to you...yang tahu ceramah kat I je...nonsense…so I hope you fahamkan…kita tak setaraf langsung…”penjelasan dari Puteri membuatkan Amir menarik nafas mengawal semua emosi...

“Kenapa you diam...bukan ke you pun ada benda nak bincang kan...tapi kalau you nak ceramah-ceramah kat I, I dah tak nak dengar lagi...I dah bosan dengan life you...asal dari kampung tapi ada hati nak kahwin dengan I...pleaseee...I sudi kawan dengan you pun sebab nak isi masa lapang I je sementara tunggu boyfriend I balik...so faham-faham je la... ”sambung Puteri lagi...kali ini kata-kata Puteri buatkan Amir tersentap...

Di tarik nafas dalam-dalam agar dapat menahan amarahnya itu sebelum memulakan bicara... “ I sebenarnya memang nak bincangkan pasal ni, tapi memandangkan you dah buat keputusan...I sedar mana letak diri I... I doakan agar you bahagia dengan dia...”pendek saja kata-kata Amir buatkan Puteri tersenyum sinis...

“Lepas ni kita dah tak ada apa-apa hubungan so you jangan hegeh-hegeh cari I pulak ye...I kena jaga nanti boyfriend I salah faham pulak...okay..take care ya..oppsss...sebelum I lupa, nanti you balik, you cerminkan dulu muka you ye...”sindir Puteri ketawa berlalu menuju ke arah lelaki yang setia menunggu sejak tadi...

“Alhamdulillah...”itulah kata-kata yang terpacul dari Amir...Alhamdulillah semua selesai tanpa sebarang keadaan yang tidak diingini.Walaupun itulah keputusan yang Amir harapkan,namun dia tidak sangka kata-kata yang terkeluar dari mulut Puteri..dari insan yang pernah disayanginya dan di cintainya suatu masa dahulu.Pedih hatinya bagai disiat-siat dengan kata-kata hina itu...dia tidak tahu apa yang dia rasai sekarang... dilukai,dikhianati,dihina,gembira...emosinya bercampur-aduk. Fikirannya bercelaru... hatinya sakit...kosong...tanpa sedari tangannya menekan nombor sahabat baiknya...kebetulan perbincangan dengan klien selesai...bergegas Iskandar mahu menemui sahabatnya...

“Hmmmm....naik train je la...pastu naik teksi...”bisik Iskandar sendirian apabila teringat Amir yang menghantarnya tadi...

Amir hanya perhatikan dari jauh sahabatnya.. ada riak bimbang...namun masih boleh tersenyum... “ Is...sapa yang hang tumpang tadi...?” soal Amir setelah melihat sahabatnya itu tenang meneguk minuman yang telah pesan sebelum Iskandar sampai...

“Macam pernah aku nampak..tapi tak pasti pulak kat mana...”sambung Amir lagi...seperti menghilangkan rasa tidak selesa dihati...

“Klien la..dia kata lalu area ni..dia tumpang kan la..yang hang ni pa cerita..? gelabah semacam ja aku tengok...macam mana dah settle ke...” soal Iskandar membetulkan duduknya... “Alhamdulillah...semua dah settle...” balas Amir tersenyum tawar...keinginan Iskandar untuk bertanya lebih lanjut terhenti apabila Amir mangajaknya pulang...

“Hang drive...aku nak relaks jap..”pinta Amir apabila mereka tiba di kereta...Perjalanan pulang petang itu sepi...sesepi hati Amir...kata-kata Puteri masih terngiang-ngiang di telinga Amir...Iskandar membiarkan keadaan sahabatnya itu melayani perasaan...niatnya untuk bertanya ditahan dahulu... “biarlah Mir cerita sendiri kalau semua dah tenang”monolog Iskandar sendirian...

Tiba disatu hentian simpang lampu merah, Iskandar terpandang ada air mata yang mengalir di pipi sahabatnya itu... terus dia menekan butang radio dan biarkan terpasang kuat...membiarkan keriuhan lagu-lagu itu menenggelam suara kesedihan Amir...biarkan air mata lelaki ini membasahi pipi...biarkan ia tertumpah disini..buangkan semua yang terhimpun tiada bersisa....kerana air mata lelaki sangat berharga....tabahlah Amir...

Bab 3 :: Cintailah Ia Dalam Diam



Di suatu sudut di hujung sebuah kampung, kesibukan menguruskan sebuah majlis pertunangan tidak terjejas walaupun hujan turun dengan lebat sejak petang tadi...majlis pertunangan yang amat di nanti-nantikan oleh sepasang suami isteri,En.Yusuf dan Puan Zulaikha...

“Hamzah,agak-agak kamu cukup ke hantaran ni...ibu risau la,kalau-kalau ada benda lain yang tak cukup...”jelas kelihatan kerisauan di wajah Pn.Zulaikha... “Ibu,tak payah nak risau...InsyaAllah,berjalan lancar majlis tu nanti...” balas si anak bagi mengurangkan kerisauan di hati ibunya...Hujan masih lagi belum menunjukkan tanda-tanda mahu berhenti...

Dalam kesibukan itu,sesekali hatinya berdebar bila terkenang kembali majlis reunion yang dihadirinya hujung tahun lalu...Amir Hamzah merenung jauh dalam kepekatan malam... menikmati hembusan bayu nan kedinginan...titisan hujan masih membasahi bumi...Suara katak bersahutan langsung tidak mengganggu lamunannya.

“Agak-agaknya apa yang sedang dia lakukan tika ini...hmmm...” Ingatan Amir kembali ketika zaman persekolahan...Amir sendiri tidak ingat lagi bila dan mengapa hampir setiap hari dia mengganggu dan mengusik Lisa...Sedangkan mereka pernah berkawan baik pada mulanya...Kenakalan Amir tika itu nyaris-nyaris buatkan Lisa berpindah sekolah.

Nur Lisa Arrayyanti Binti Haikal...setiap kali terkenangkan pemilik nama itu,hatinya bergetar dan berdebar...Meruntun hatinya di segenap jiwa..lontaran rindu seakan tersadung di birai hati. “Adakah hatinya sudah dimiliki...apakah masih ada ruang lagi untuk diriku,setelah apa yang berlaku...apakah masih berpeluang lagikah diri ini bertakhta dihatinya..menjadi raja sanubari. Lisa,sudikah kau maafkan diriku...”Dentuman guruh mengejutkan Amir dari lamunan...

“Kenapa dulu aku nakal,selalu sangat kacau Lisa, kalau tidak mesti aku dan Lisa bersahabat baik...atau mungkin kami berdua akan.........”monolog Amir sendirian...Rindu berderai dalam titisan hujan renyai itu.

Walaupun hari minggu, Lisa dan Hani tetap bangun awal.Niat untuk keluar berjogging namun cuaca tidak mengizinkan...hujan renyai-renyai sejak awal pagi tiada tanda-tanda untuk berhenti...

“Hmmm...kalau camni kita jogging atas katil je la...sejuk-sejuk ni best gak tidur.”Hani memecah kesunyian pagi itu . “Ehhh...banyak la hang nak jogging atas katil ni.. dah alang-alang bangun ni...jom kita buat operasi mengemas..kalau tunggu tiga empat hari lagi , bilik hang aku rasa nanti ada penempatan baru pulak...”jawab Lisa sambil menuju ke dapur.

“Penempatan baru...?”tanya Hani kehairanan. “Ya la..dulu kan dah ada penempatan cik semut...aku takut pulak kalau-kalau cik semut habaq kat cik sitikus ada kawasan lapang untuk penempatan baru...Silap hari bulan depa buat konsert jelajah,habis la mai bilik aku pulak...”gurau Lisa.

“Tuu dia...hang ingat bilik aku tu teruk sangat ka...aku baru ja kemas sebelum balik kampung hari tu...penempatan lama ka baru ka,semua dah tak da o.k” Hani tidak mahu mengalah...

“Oiii Cik Hani,awak ingat minggu lepas ke awak balik kampung...dah sebulan tau...takkan la penangan Pak Seman kahwin lain hang terus hilang ingatan.”
Lisa tersenyum melihat telatah sabahat baiknya itu.

“Oh..dah sebulan ke aku balik kampung...rasa macam semalam je balik kampung...memang aku dah hilang ingatan sebentar..tapi bukan sebab Pak Seman ye...hmmm.....Lisa,hang ingat tak Iskandar budak kelas masa form 4 yang pernah aku cerita dulu”...balas Hani menutup malu...

“Iskandar...budak baru yang pindah lepas aku keluar tu ke...errr... sorry la aku dah tak ingat...kenapa pulak...?” Lisa minta kepastian...

“Ye...budak tu la...masa aku balik sini naik keretapi dulu, aku jumpa dengan Is...tapi sempat sembang sat ja...dia dok coatch lain...” jelas Hani tersenyum... “dia keje dekat je dengan area office kita dan kalau hang nak tau dia serumah dengan sahabat baik yang tak boleh renggang sejak dulu,si Amir...”sambung Hani lagi...

Lisa hanya mendengar sahaja...tiada bicara, namun jauh disudut hatinya berharap agar Hani akan membuka cerita pasal Amir dan kedai pengantin yang pernah Hani ceritakan dahulu...sekali lagi Lisa hampa,Hani tidak lagi menyambung cerita malah berlalu menuju ke dapur untuk menyiapkan sarapan...

“Weh,Hani...apa sebenarnya hang nak cerita ni...?”bebel Lisa bila Hani hanya berlalu tanpa menceritakan apa-apa... “Tak da apa-apalah...saja ja nak habaq kat hang yang aku jumpa Is..tu je...”Hani menjelaskan namun masih ada sisa-sisa senyuman di bibir.Senyuman yang agak sukar ditafsir Lisa...dan harapan terus menjadi harapan yang tidak tahu bila bernoktah.


Majlis yang dirancang telahpun berjalan dengan lancar.ikatan pertunangan terjalin seperti yang telah dijanjikan,maka terikatlah satu ikatan untuk suatu perhubungan namun bukan syarat untuk menghalalkan pergaulan...Alam pertunangan adalah satu proses mengenali hati budi,kata orang-orang tua ketika inilah dugaan sering menduga, menguji tahap kesabaran seseorang sebelum menempuh gerbang perkahwinan...Tiada saat paling indah seandainya berjaya mengharungi segala permasalahan itu,ikatan suci yang halal menanti di gerbang perkahwinan...

“Tahniah,ada juga insan yang berminat dengan adik abang ye...lepas ni dah tak boleh manja-manja lagi dengan abang tau...”gurau Amir kepada adiknya,Anis...

Thanks abang...ye la tu...tapi bukan ke abang yang selalu manja-manja dengan Anis...hah!.abang tu bila lagi ni...cam tak sabar pulak nak jumpa bakal kakak ipar...”Anis memulangkan buah keras mengusik abangnya pula...

“Eh..ke situ pulak,abang tak pa...lewat pun saham masih tinggi...”Amir juga tidak mahu mengalah...

“Abang,masih teringat kakak tu lagi ke...?”soalan Anis membuatkan Amir terkedu....Anis seperti dapat mengagak apabila melihat abangnya itu terdiam...

“Abang,jangan tunggu lama-lama...nanti melepas...cuba la sebelum terlambat...Ini semua bukan untuk Anis,bukan juga untuk Ibu dan Abah, tapi untuk diri abang sendiri...kalau abang tidak cuba,sampai bila-bila pun abang takkan tahu jawapannya...tak salah mencuba,kalau tiada jodoh sekurang-kurangnya abang dapat jawapan yang pasti...jangan risau Anis akan sokong abang dari belakang...”Anis cuba beri semangat...

Amir termenung mendengar kata-kata dari adik kembarnya itu...Sebetulnya Amir tidak menafikan kata-kata Anis itu...memang dari dahulu Amir hanya memendam rasa,tidak berani untuk meluahkan apa yang terpendam dihatinya...takut dan malu jika ditolak bulat-bulat...kasih seakan tidak kesampaian..takut kecundang dikala hati sedang bercambah kasih...

“Hmmm...mungkin ini salah satu sebab aku menggangu Lisa dulu...mulanya sekadar ingin menarik lebih perhatiannya tapi kenakalanku menjadi-jadi hinggakan menimbulkan kebencian dihati Lisa tanpa sempat aku meluahkan apa yang terbuku di hatiku...Kalau la boleh kembali sewaktu zaman sekolah dulu...aku akan cuba pastikan tiada kebencian dihati Lisa bila bersamaku...arghhh....mengapa kebodohan aku itu menutup keikhlasan aku untuk mengenali dia lebih dalam...”bicara Amir di hatinya...wajah Lisa bermain diruang minda....hati bertamu rindu....

“Abang,jauh menung...atur strategi ke...?”Anis mengusik menghentikan lamunannya... “Tak adalah...pandai-pandai je...Anis ni...” balas Amir sambil meninggalkan adiknya sendirian...

Hati Amir sebenarnya sangat runsing dengan apa yang dilihatnya sebelum pulang ke kampung hari tu...betulkah apa yang dia nampak....berbungkam rasa tidak senang hati...